Wednesday, April 27, 2011

Khasiatmu BUDU!!!

Assalamualaikum...

Nak buh foto asyik hang saja...jom layan citer2 pasal cik BUDU dari entry lama blog lamaku...my peberet...anda peminat jom baca akan khasiatnya...tak rugi makan jangan tak makan....tetiba tingi nasi kerabu biruku...bilalah nak memasaknya!!!

Antara yg tersohor...CAP KETEREH
KHASIAT BUDU

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. 

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". 

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. 

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .


Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. 

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. 

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Ok di sini pula tambahan cerita-ceriti pasal ENCIK BUDU...resepi budu yang berguru dengan bonda suatu waktu dibumi sakura...untuk anak rantauan eloklah mencuba ya kalau susah2 nak cari!!!

RESEPI PANDUAN MEMBUAT BUDU
budu bonda dalam kenangan kat Beppu pulau Kyushu!!!
Sukatannya mengikut gelas yg digunakan:

1)Kalau 3 gelas bilis(bilis dibersihkan dan dijemur seharian sebelum diperam) +1 gelas garam..seeloknya garam kasar.
2) Masukkan 2-3 keping asam keping dan sedikit saja nise(gula melaka dari kelate).
3)Masukkan air masak secukupnya,biar setengah paras bahan….dan sesuai di buat di musim panas sebenarnya sbb petua mak…kena selalu jemurkan panas..supaya bilis senang hancur...dalam tempoh 1-2 bulan dah dapat hasilnya nanti.

p/s:***ada sesetengah resepi tak payah buh air sebab bilis tu akan hancur tapi saya buat di musim sejuk so kena guna air utk lebih cepat proses hancurkan bilis..dlm sebulan buat masih x hancur so saya blender aje...ok jugak!!! 

Tuesday, April 19, 2011

Ayam kampungku kena penyet???

Sudah lama dibuat....tapi baru sekarang dapat nak menaip resepi....untuk dikongsikan.

Ok kalau berdasarkan dari pengalaman makan2 di restoran Indonesia contoh WONG SOLO di Seksyen 9 Bangi(paling sedap setakat inilah) dan Restoran Ayam Penyet Seksyen 15... rasanya dah ada iras2 dan namun kualiti masih kurang al maklum first time...mungkin juga resepi tidak dinyatakan detail stepnya dan mungkin juga berbeda sedikit bahan2nya...kalau begitu lain kali akan ku cari/gali/timba lagi resepi ayam terpenyet yg lain pula di masa akan datang...biar dapat yang menyangkut di hati baru ok dan berpuas hati!


lakuuuu walau mutuuuu rasa  kena perbaiki..sekor  masih x cukup!!!

Rujukan :MAJALAH RASA NOVEMBER 2009
***Resepi ini diubah suai sedikit kerana sukatan yg diberi HANYA utk 1 ketul ayam...dan yg mana sukatan rasa tak logik macam terlebih...dikurangkan dan sukatan bahan ditokok tambah ikut citarasa sendiri juga dari secebis pengalaman masak memasak....ampunnn!!!

Bahan A:
1 ekor ayam kg dipotong 4 atau ikut rasa
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
30 gm buah keras
30 gm ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit air

-Bahan A ditumbuk halus lalu digaul sebati dan dikukus dan ketepikan.

Bahan B:
8 ulas bawang putih-racik halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
sedikit minyak utk menggoreng

-panaskan sedikit minyak utk menumis bawang putih hingga wangi,pastu masukkan  bersama telur serta serbuk kunyit.Masukkan ayam kukus dan gaul rata. Goreng pula dalam kuali hingga garing dan masak(campuran telur menjadikan ada kerak2 sedikit hitam bila digoreng)

***ikut pendapat lebih elok ditambah bredcrumb utk menjadikan ayam ranggup dan telur dijadikan sebagai celupan sahaja pada ayam...next time boleh praktikkan begitu berdsrkan satu lagi pemerhatian dlm edisi masakan bersama Pak Engku dalam WHI baru2 ini...resepi x sempat nak menyalin...tapi ada tambahan kari Babas jika tak tersilap ingatan...huhu.

Bahan Sambal Penyet:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
-Tumbuk semua bahan hingga lumat.

Bahan Sampingan(optional dan boleh digabungkan citarasa):
Tauhu goreng,tempe goreng,hirisan timun,kangkung dicelur dan kuah kacang.

p/s:untuk warga Bangi,Kajang or Putrajaya...boleh hubungi saya 013-6406625 utk stok ayam kg yg pasti lebih murahhhhhh ...promote bisnes gitu...saya bukan ALONGGG tapi sambil2 saya mau tolong kawannn maaaaa!!!

Sekian.Ada berani yg mahu cuba???

Monday, April 18, 2011

Tip menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk 1!!

Contoh ilustrasi carian Pakcik Google!!!
Bagi kawan2 yang agak2 was-was/pening2 lalat atau apa2 pening sekalipun/(diri sendiri terutamanya kadang mengabaikannya) bagaimanakah cara terbaik menjaga makanan yang disimpan dalam peti sejuk ...jom ikuti panduan di bawah k!!!


1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.
3. Daging
Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.
4. Ikan
Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku.
5. Sayur-sayuran
Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.
6. Makanan
Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.
7. Sos dan kicap
Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.
8. Sisa Roti
Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.
9. Kebersihan
Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.

Rujukan:
http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/tip-menyimpan-makanan-dalam-peti-ais/

Sunday, April 17, 2011

Tip menyedapkan Spageti Bolognese!!

Mungkin sesetengah orang berlainan cara memasak...basic mungkin kita sudah tau tapi nak tambahkan skil bagi menyedapkan lagi anak tekak...ari tu masak utk birthday anakanda sampai jiran yang dijemput...tanya apakah rahsianya itewww...dok pikir2...rasanya biasa2 aje mungkin style dan teknik masakan membezakan...sebab hobi suka search sana.. sini.. sinun korek2 ilmu..baca majalah masakan...jgk blog resepi...so terhasil kombinasi idea yg digarapkan sendiri!!! Apapun maghilah  tenguk kot2 ada lain sedikit cara memasak,bahan2 yg digunakan  atau segalanya.....jommmmmmmm layannnnnnn!!!

Resepi:
500 gm spageti direbus(air dipanaskan dahulu hingga mendidih kemudian campur sedikit minyak semasa merebus dan ikut panduan masa seperti di paket)
 ***sesuai gitu makan utk pagi dan merangkap tengahari sekaligus sebab anakanda sangat2 suka mkn(2 dewasa 3 kanak2...sederhana makan)***

Kuahnya:
500 gm daging kisar(daging digoreng siap dengan sedikit minyak sebentar)
1 botol sos spageti jenama KIMBALL 350 gm(ikut pilihan sama suka yg ada tradisional/cendawan)
3 sudu besar minyak zaitun(paling sedap melainkan takde stok boleh minyak biasa)
4 ulas bawang putih-potong halus
2 labu bawang besar(yg kuning-dipotong dadu)
2 biji tomato agak besar-potong dadu
sedikit lada sulah dan lada hitam jika suka
1/2 cawan mix vege@carrot dipotong dadu(optional)
sedikit cili sos
garam dan sedikit gula sahaja
keju parmesan untuk last sekali tabur bila masak
1 helai daun bay
sedikit mix herba(boleh ganti oregano dan campurkan basil)
sedikit air bergantung kesukaan kepekatan(biasanya dimasak agak pekat biar spageti melekat dgn kuah)
sedikit daun parsli utk hiasan jika mau mencantikkan hidangan....

Cara Memasak:
1)Tumiskan bawang putih hingga wangi pastu masukkan bawang besar sekejap baru masukkan daging yg digoreng dan biarkan agak2 wangi,
2)Selepas itu masukkan tomato juga sos spageti dan sedikit air biarkan mereneh agak2 kuah pekat. Masukkan daun bay,mix herba,mix vege , cili sos juga lada sulah dan rasakan garam  serta gula.
3)Daun bay perlu diangkat bila selesai memasak kerana rasanya agak kuat jika dibiarkan lama2..tip ini penting juga.
4)Hidangkan dalam bekas dan bolehlah taburkan serbuk keju di atas hidangan dgn hiasan sedikit parsli.....selamat merasaaaa...ok ke tak ok???

p/s:nanti untuk yang mencuba boleh tinggalkan jejak/komen/feedback k...terima kasih!

Wednesday, April 13, 2011

Ini roti Perancis maghi???

Nama resepi saja ROTI PERANCIS tapi RESEPI DARI BUKU BAHASA JEPUN daaaaa....

Kisahnya lamaaaa sudahhhhh tak menggunakan breadmaker  yang dibeli masa kat Jepun...kekanda dan anakanda mula menyebut2 nak makan roti tanpa pengawet.....setelah membelek resepi bahasa Jepun dari buku breadmaker...teringin nak guna taima(timer)....ingat2 lupaaaaaa dah makcikkkk....sib baik pulih ingatan kembaliiiiii....jam 9:30 malam bau harummmmmmm roti 1 rumah.....ini dia hasilnya...nampak agak kurang garingggg...pasal lamo tok buat kot...huhu...peringatan untuk diri sendiri!!!

Buh butter bakar pahtu buh sekayo byk sikit sedak jugok!!!
Lagi sedap uli roti buat hok bentuk panjang2...potong kecik2...buh butter...pastu buh garlic n bakar kejap...nyakut3x!!!

Resepi Dari Buku Breadmakerku:

2 sudu kecil dry yis
1 1/2 sudu kecil gula(gunakan gula icing nak abiskan stok..keno kreatif)
330 tepung roti & 70 gm tepung gandum(guna semua tpg gandum)
1 1/2 sudu kecil garam
5 gm butter/marjerin
270 ml air

***bahan dimasukkan ikut susunan seperti yg disarankan kat buku dan setkan jenis yang mana dan juga masa yang dikehendaki.
***boleh guna resepi utk adun secara manual dan dibentukan panjang2 dengan kiri dan kanan di apit alat yg panjang untuk membentuk roti dengan sempurna..ala2 roti kat Giant gitu....wallahhhhh!

p/s:jom cuba kalau teringin ....dah nak pergi Perancis tak dapat2...ada baiknya kita masuk dapur bikin roti Perancis Bon Voyage....kalau cuba jom tinggal komen!!!

Saturday, April 9, 2011

Bubur Kacang Lebih Enak???

Assalamualaikum...

Jom tenguk petuanya:Rujukan MW

Sebelum merebus kacang hijau,eloklah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi.Matikan api selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan masak lebih cepat nanti.Insyallah anda kaan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya. Apatah lagi jika ditambah dengna durian sebagai perisa tambahan....mesti sedap!!!

Monday, April 4, 2011

Berkungfu dengan En.YEE???

 Agak lama lagi menyepi...kesuntukan masa konon nak update blog....ditambah kini asyik hang memanjang nak buka blog...terus mood merundummmm gitu!

Hari ini tetiba teringin sangat nak berkungfu...skill kungfu ada sedikit saja....En.Yee sudah dijemput...tunggu maklum balas kawannya En.Mee....ok dah ada jugak...bolehlah  berkungfu sama2 kita...jadilah YEE MEE KUNGFU.....watchaaaaaa!!! 

Apa2pun jom layannnnnn resepi seterusnya...dari sifuku lagikkkk!

Sumber:http://hanieliza.fotopages.com/

Saya gunakan Yee Mee tapi kena pastikan HALAL(jangan main belasah..kini byk yg non halal).
Nantikan boleh share foto Yee Mee jenis yang dipercayai buatan ORANG ISLAM!!! 

sokonglah buatan Muslim...harga rm2.80

MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

 







Bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]


Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak
***kita tambah minyak bijan..sedap gak!!!
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.