~Koleksi & cerita-ceriti semasa berada di ceruk dapur...dari suka2 kini terjah ke dunia biz masakan~
Monday, April 12, 2010
ITIK/AYAM GOLEK BUKIT MARAK
Bahan:
1 ekor itik/ayam(sebaiknya jgn potong @hanya belah dua)
1 paket santan agak pekat
1 kiub pati ayam Knorr
3 cawan air
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula@nise kelate
Bahan kisar:
15 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3 batang serai
3 cm halia
sedikit lengkuas
2 sudu besar cili kering dikisar(ikut suka kepedasan..kurangkan jika dihidangkan utk anak2)
Optional:
Boleh tambah kentang dan carrot sebagai penyedap rasa...sangat sesuai dimakan dengan nasi minyak/mentega.
Hiasan:
Tomato,timun,daun ketumbar,bawang goreng.
Cara membuat:
Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan santan,serbuk kunyit,kiub ayam,air dan itik.Masakan/renehkan sehingga agak2 lembut baru masukkan kentang jika suka. Kemudian letak asam keping,rasakan garam dan gula dan masak hingga kuah agak pekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya hidangan Chendana...
ReplyDeletelor tok perasan ada komen dr sifu....tq mama sudi dtg bertamu...
ReplyDelete