Thursday, October 14, 2010

Kenali raja ulam nasi kerabu!!!

Assalamualaikum...
Ulam utama utk nasi kerabu,laksam atau laksa versi Qlate...
 














Alhamdulillah kali ini dapat juga berkongsi dengan pengunjung blog ini yang tidak mengenali RAJA SEGALA ULAM bagi nasi kerabu,jenis laksam atau laksa versi Qlate.Anak pokok daun serai kayu ini dibeli sewaktu berkunjung ke Bukit Ekspo sempena konvo anak buah dari Mempaga....seronoknyaaaaaa dari jauh bila tengok tulisan yg tertera dgn harga pulak yg berpatutan...kakakku dari Mempaga pun teruja sama....bagai pucuk dicita..ulam yg selama ini kucari!!!

Inilah ulam utama yg kuketahui dari kecil sepatutnya diletakkan sebagai ulam2an untuk makanan dari Qlate ini. Namun dewasa ini agak susah nak perolehi nak2 di Selangor atau KL....masa berjualan nasi kerabu dulu2 pun kadang boleh dapatkan stok kdg tak dapat.Kira dalam membuat pencarian sana-sini kat alam maya, baru dpt tau pokok  inilah juga ada nama lain yang daun salam,samak kelat,bay leaf,daeng klua(Thai)....aduhai ceteknya ilmuku...banyak yang perlu diselongkar lagik!!!

Cerita tentang daun ini mengingatkan kisah manis bersama arwah ayah....sebabnya sokmo mengikut dia ke kebun Mokji.....ada satu pokok yg agak besar tempat kita orang selalu kutip daun2 muda pokok ini utk buat ulam nasi kerabu atau laksam mahupun laksa utk acara makan2 kat rumah....aduahi syahdunya kenangan waktu kecik2!!!

Dah dapat pokok idaman hati ini...kena jaga biar membesar bagai johan...walaupun sekarang masih menyewa tapi apakan daya...hendak seribu daya....tanam ikut kesesuaian keadaanlah kiranya.

Perlu popularkan balik ulam2an yang kadang semakin dillupakan dan generasi baru mungkin semakin tidak mengenali pokok ini lagi....hehehe..tetiba rasa macam orang2 lama lak...berjiwa sentimental pada pokok kesayanganku kini yang mengingatkan pada kenangan manis zaman kecil2 dulu2......aduhaiiiiii...begitulah al-kisahnya cinta dari dapur anak rantau Bukit Marak!


Nota kaki:
http://id.wikipedia.org/wiki/Salam_%28tumbuhan%29

4 comments:

  1. laa..serai kayu tu daun salam rupanya...

    ReplyDelete
  2. haaa...tu la kak..kita pun baru tauuuuuuuu..ada rupa kan...huhu

    ReplyDelete
  3. salam..sangat teruja dapat cari nama pokok ni..saya ni kat kampung panggil daun samak jer..punye lah susah nak tanya org kat sini panggil daun ni daun ape...mane boleh dapat pokok ni ye...

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam....ore kelate memang sinonim nama daun serai kayu..kat pasar malam masih ada tp sesetengah tempat la...kalau konvo UPM..mesti ada lagik pokok nih atua cari kat mana2 pesta yg jual pokok herba dll..maybe boleh dpt!
    p/s:adam n hawa nih dr mana?

    ReplyDelete