Contoh yang dimasak...SAMBAL SOTONG!!! |
Buat sendiri lagi puas hati...cuma kadang anak tekak nak juga rasa hasil air tangan orang lain....tapi tu la kadang makan...aduhai bab sambal kadang tidak menepati selera gitu.....ada yg kurang masak pun ader(kalau yang dah meniaga tak patut rasanya perlu tambahkan ilmu biar terisi didada)...terima seadanya dah terbeliiiii...
Alhamdulillah berkat kedua2 mak dulu berniaga nasi lemak....yg mana dua2 pernah berjualan walau kecil2an....ada 2 versi yang selalu masak nasi..kadang2 kita kombinasikan style sekali pun sedap....kadang Ala Utara...kadang Versi Kelate kalau dah rindu2an....masing2 biasanya tukang masak dia ada caranya tersendiri...nanti2 boleh citer apa bezanyaaaaa yang Bonda Bukit Marak dan Bonda Sg.Petani punya versi!!!
Resepi Versi Utara:
Cara Memasak Nasi:
(***4 pot utk hidangan 2 dewasa 3 kanak2 boleh untuk 2x makan)
-Basuh beras,masukkan santan sederhana pekat ,sukatan perlu ikut beras yg digunakan,masukkan 3 helai daun pandan simpul,sebuku halia diketuk2,sedikit halba,daun kari dan sedikit garam.
Teknik Menyediakan Bahan Asas Sambal:
(***untuk lauk boleh pelbagaikan menggunakan bahan asas sambal)
2 genggam cili kering- dimasak dgn air sekejap(blender cili dulu dgn sedikit air).
1-2 biji bawang besar kuning bergantung kpd saiz-(gunakan blender lebihan cili tadi dgn sedikit air)
Sedikit belacan ,air asam seelok rasa,garam dan gula secukup rasa(ini juga penting untuk menaikkan rasa bila cukup kombinasi asam,garam dan gula)
-yang paling penting sekali cili dimasak dalam jangka masa agak lama sehingga benar2 masak baru masukkan bawang yg diblender dan lain2 bahan asas.
Lauk2 pilihan yang mak masak untuk jualan tp menggunakan bahan asas untuk sambal:
Ayam masak merah(boleh tambah sos cili dan sos tomato),sambal sotong kembang,sambal udang,sambal kerang,telur mata kerbau....bilis goreng dgn kacang,telur rebus dan timun satu kemestian!!!
***sehingga lewat tahun 2007 mak masih lagi berjualan dan anak2 pun sudah bekerja jadi dgn terhormat terpaksa berundur dari dunia jualan di gerai depan Taman Wira,Sg Petani walau masih seronok namun org kata kudrat makin tidak mengizinkan sebab dari muda berjualan... macam2 pengalaman...berniaga di pasar Ramadhan menjal lauk pauk,kuih muih pun pernah juga di Gombak waktu arwah bapak masih ada dan bekerja sebagai polis...dan yang masih ingat lagi dan sebungkus NASI LEMAK cuma 60 kupang gitu utk lauk basic...rasanya masih murah kan...ada hirisan telur,timun dan sambal.
Style Kelate:
(Mengikut cara mak memasak nasi untuk jualan waktu kecil2 dulu)
Santan akan dimasak dan biar mendidih kejap terus tutup pada sebelah malam,bubuh daun pandan simpul,garam gula secukup rasa juga!!!
Esoknya proses memcuci beras,masukkan santan yg dimasak semalam ,sukatan perlu ikut beras yg digunakan...bahan asas adalah lebih simple.
(***kecik2 dulu waktu sekolah rendah...waktu petang2 menjadi rutin kami adik beradik mengopek bawang juga bilis ramai2 berjemaaah smabil gosip2...hehe...nak beli bilis siap kopek mahal...so terpaksa rela jadi pengopek terhormat utk mak tersayanggggg...ada lagi sorang tukang koyak daun pisang dan bersihkan, pastu kena potong surat khabar lama dan susun pada belah malam mesti dah siap,pagi esok kakakku jadi tukang hantar sbb tu dia dpt basikal kerana ada specialitynya...org lain tak dapat...huwa..huwaaa..tingin nak naik ptg2 kena boleh la rembat sekejap round kg....duit berniaga itulah untuk menampung kami adik beradik seramai 11 orang di samping ayah bersawah padi,ada sekangkang kera ladang getah untuk ditoreh....pun ada nostalgia yang macam2 dan yang pasti cerita tersemat kukuh di hati)
Sambal Bilis:
-Boleh gunakan cili boh saja atau kombinasikan dgn cili kering lagik sedap(mesti dimasak agak lama dgn minyak yg mencukupi...baru boleh letak bawang potong)
-Bawang besar mesti guna bawang kuning(teknik bukan blender tapi potong halus...sedih bersebab...boleh menangis time nih..tangkap leleh.....nak potong kira penuh 1 tampi padi dulu guna tempat kupas bawang....huhu...nostalgia).
-Bilis yg digunakan tak perlu goreng,masukkan mentah ke dalam sambal yg hampir masak dan reneh hingga pekat dan bahan asas sambal tak boleh lari dari air asam,gula(boleh campurkan guna nise keping) dan sambal mesti lebih manissss dan garam.
-Bahan asas lain juga tak lari mesti padankan dgn telur rebus juga timun potong.
***Cara mak berjualan dulu2 mesti letak sambal yg berlapis dan ditutup dgn potongan 4 segi sama daun pisang supaya sambal tidak bercampur dgn nasi dan dibungkus ala melipat kiri kanan dua2 bahagian...kalau tak abis petang2 tu masih elok jek dimakan...kalau tak silap 50 sen sebungkus...takde lauk2 pilihan....dan selepas itu juga mak pernah berniaga nasi belauk serta bihun goreng.....bertukar angin dan beralih arahhhhhh!!!
Sekian corat coret cerita tentang nasi lemak yg menyimpan seribu nostalgia pastinya padaku...nanti2 boleh citer kisah lain pulak!
No comments:
Post a Comment