Memandangkan ada request dari kawan kena cepatkan reload entry yg tertunggak2...oiii byknya tunggakan sib baik resepi bukan bil2x...huhu...tuan tanah agak sibuk la tu kalau tak sempat datang menyapu kat sini.
Ini kali kedua buat...dapat resepi jemputan belajar dgn jiran belakang rumah yg bawakan khas Chef Ummi sambil demo periuk Cookline...emmm memang best dapat belajar memasak ni...yang lagi best diberi peluang merasa la kan..kan...jangan tolak rezeki..hehe...kita tadah pinggan cepat2.
Kali ini untuk Iftar 3 Ogos...huhu dah masuk Ogos baru alert masa nak menaip ni...cepat sungguh masa berlalu....kita dah pun penghujung Ramadan...mood raya pun kian datang...khatam Quran belum tertunai...huhu.Moga ada rezeki berjumpa next Ramadan.
Jom tengok resepi yang diberinya sama dari blog ini tapi kita ada adjust2 sikitlah tengok berapa orang nak mkn juga citarasa tersendiri.
Rujukan dari blog ini:http://resepiraidah.blogspot.com
Resepi Ayam:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang-saya belah 4 ayam supaya senang memasak
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2
pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
2 sudu tomato puri-skip just lebihkan buah tomato
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)-yang ni pun skip,tgk pewarna pula dah keras so kurang berseri sedikit bila tiada pewarna
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya-guna yg kuning aje
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi
***Semalam sediakan 1 1/2 ekor ayam so tambah sedikit bahan2 di atas dan disebabkan periuk nasi penuh dah dgn nasi dan memang ngam2x,ayam dimasak asing dan saya sukakan cara ini sebab kita boleh garingkan ayam.(boleh letak lemon semasa membakar didalam frying pan...kadar lemon setengah biji utk setengah ekor ayam...ambil sedikit dari bahan tumis tambah sedikit bawang,lada hitam...sangat senang biar kering & sedikit garing juga lagi sedap...in sha Allah)
***Untuk nasi sediakan 5 1/2 pot beras Basmathi...kadar air cuma tambah 1 pot lebih...juga tambah 3 helai pandan...hidangan semalam boleh untuk 4 saiz dewasa makan & siap bagi bekal untuk sahur,3 orang anak2 mkn boleh tahan semuanya...lebih kurang 10 orang makan sederhana sekali makan.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan
goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam
secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air
panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi
tidak hancur.
Untuk sediakan sos hijau:
~ Kisarkan 2 biji tomato, 5 biji cili besar hijau, 2 ikat batang ketumbar,
gula, garam dan 1/2 biji perahan lemon
Resepi Salatah:
***lupa di mana ambil resepi tapi sukakan versi ini,lepas sediakan chilled dulu jika lambat lagi menghidang.
-2 biji tomato kecil,sebiji timun-potong dadu
-sedikit plain yogurt,garam & gula
Ini lagi simple resepi:
Salad,tomato,timun)potong sayur perahkan lemon & taburkan sedikit garam.
Selamat mencuba ya...kalau sedap jadikan menu keluarga gitu...buat siap2 Rempah Khabsa atau beli paste siap sekarang banyak dijual dah secara online lagi...rasa nak jadi ejen lah pulak...kuikui.
Ini lagi simple resepi:
Salad,tomato,timun)potong sayur perahkan lemon & taburkan sedikit garam.
Selamat mencuba ya...kalau sedap jadikan menu keluarga gitu...buat siap2 Rempah Khabsa atau beli paste siap sekarang banyak dijual dah secara online lagi...rasa nak jadi ejen lah pulak...kuikui.
No comments:
Post a Comment