Salam pagi Khamis....
Diam tak diam dah 16 Ramadan dah hari ini...diam tak diam tak sempat nak datang menyapu jap...huhu mcm sibuk bebenor....masa sgt terhad la tu kalau tak dapat menjenguk sini.
Menu pun kira kumpul...pukal untuk seminggu...kuikui...cam biasa dah lupa menu apa yg dimasak.
Antara menu yang dimasak dan cuba diminggu kedua...yg sempat disnap!
|
Nasi Ayam Bodo2x..mean ringkas...jgn salah paham ek!!! |
Resepi ala2 Nasi Ayam Bukit Marak....dah ada entry cuma ayam ini direbus bersama sup,angkat & tos pastu perap dengan sos tiram,sos toamto ,sos cili juga kicap manis & kicap masin!!!
|
Versi arwah ayahanda...chef khas untk menu ini..anak2x jadi assistant jek!!!
Resepi Rojak Mee
Kelate Versi Arwah ayah
***Hidangan 12-15 orang***
6 ketul keledek /1.2 kg
4-5 keret nise tgk saiz
sedikit garam
cili kering dimesin
air asam jawa
Kicap manis
Kicap masin
Bawang Goreng
Cara
membuatnya:
-Ubi keledek direbus lembut untuk buat kuah.Tumbuk/blender/mesin dalam food processor. -Campurkan dengan air masak
sebelum ditapis pati keledek.
-Masukkan cili kering yang ditumbuk/blender
dan kemudiannya air asam jawa.
Masukkan air dari keledek yang ditapis diikuti
dengan nise dan garam.
-Masak/reneh sampai kuah rojak cair-cair
likat(lagi lama lagi sedap)
-Rasakan pedas,masin dan manis biar secukup rasa
-Bubuh bawang goreng yang dibuat sendiri
Dressings Rojak Mee:
3 paket Mee kuning -dicelur sekejap
Sedikit Bihun celur(optional)
kacang cambah /taugeh - dicelur(optional)
timun batang - dihiris halus
Sebiji Nenas-hiris halus & panjang
Sebiji Sengkuang-hiris halus & panjang 8 biji telor rebus - dibelah 2
bawang goreng
sebalang keropok goreng
cucur udang - 1/2 kg tepung gandum + segenggam udang kecil + seikat daun kucai + bsebiji awang besar yang dipotong+sedikit baking powder+ garam + air suam. Bancuh & biarkan sejam sebelum digoreng.
Cara
menghidangkannya:
Semua dressings tadi dipotong halus & panjang.Masukkan mee/bihun ,letak kuah lebih sikit,tabur dressing, letak telur,tabur kerpok juga bawang goreng
|
Resepi Air Asam Kota Kuala Muda:
***Resepi arwah bapak mertuaku***
Sebiji bawang besar
sedikit belacan bakar
beberapa biji cili merah(hiris halus & patah2kan)
2-3 biji limau nipis(tgk saiz)
sedikit garam buku
Antara menu lain Daging Masak Kicap Versi Mak Mertua,Udang Goreng Oat,Kerang Rebus Cicah Sos Manis(chef yg teringin),Dalca Ayam,Kangkung Masak lemak dll.
No comments:
Post a Comment