Sunday, October 31, 2010

Nasi Ayam Bukit Marak

Salam pagi Isnin....

Hari ini di petang hari baru dapat menyiapkan salah satu resepi nasi ayam olahan sendiri yang ada pelbagai cara sebenarnya kalau ikut koleksi buku resepiku yg bertimbun2 itewww.

.Alhamdulillah biasanya anak2 pasti suka kalau dengar menu nasi ayam ala2 KFC tp mesti letak nama sempena daerh kelahiranku...apa lagi siap meratah la mereka..biasanya sediakan lebih tang ayam..pasti x cukup nanti!!!


Pastikan hias cantik2 ala2 kedai gitu semasa menghidang biar berselera anak2 dan suami terchinta k!!!


 Foto dulu untuk tayangan ,jom kita bikin sendiri utk yg tersayang!!!















Resepi Nasi(Utk 4-6 org makan):
(***masukkan semua kedalam rice cooker...jgn terlebih sukatan air)


4 pot beras dicuci bersih
Sebuku halia diketuk2
Air rebusan ayam secukupnya(yang siap diletakan garam)
2-3 helai daun pandan
Rempah 3 beradik(ambil dari air rebusan)
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk kunyit
***sedikit bawang goreng utk ditabur pada nasi bila siap dimasak dan utk menghidang letakkn nasi panas2 dlm bowl kecil terbalikkan cantiklah sidia...taburkan bawang goreng juga!!!

Resepi Sup Ayam:
(***semua bahan dicampurkan dan rebus aje..tak perlu susahkan diri nak menumis)

1.5 liter air rebusan ayam(masukkan bahagian yg tulang2 spt tengkuk,kaki dll..optional letak kiub ayam)
5 ulas bawang merah hiris halus
2  ulas bawang putih hiris halus
1 labu bawang besar-potong
Sebuku halia- ditumbuk
Rempah 3 beradik(lebihkan utk nasi)
Sup bunjut
***Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun sup utk lengkapkan rasa bila menghidang!!!

Resepi Ayam Goreng ala KFC: 
(***Bahan2 ini diperap bersama ayam dlm 1/2-1 jam)


Ambil 8-10 ketul ayam lumurkan dengan garam dan kunyit seckp rasa
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos Lea & Perrin(boleh skip jika tiada)
Sedikit serbuk lada putih & lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
***Sapukan ayam dgn tepung jagung sepenuhnya bila dah siap perap dan boleh digoreng dgn minyak sederhana panas!

Resepi Sos Kicap:


Secukupnya campuran kicap manis dan masin
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
1 sudu kecil minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam


Resepi Sos Pencicah:
(***dimasak hingga agak pekat lebih sedap)


5 btg cili kering yg direndam dlm air panas(blender bersama sedikit air rebusan ayam)
5 btg cili merah-blender bersama
2 ulas bawang putih-blender bersama or boleh ketuk2
Sedikit gula perang
Sedikit nise
Sedikit kicap manis
Sedikit cuka jika suka

Dressings:

Biasanya memerlukan hirisan timun,tomato dan daun salad sebagai pelengkap(hari itu daun saladnya ngak adaaa)

Sekian,selamat mencuba untuk merasa kelainan NASI AYAM BUKIT MARAK gitu2!!!

p/s:Alhamdulillah....sempat jugak siapkan misi siapakan 1 menu hari ini walau pagi tadi sibukkkk urusan bisnesssss New Image..alhamdulilah rejeki masyukkk dari sehari ke sehari ...tugasku cuma nak uruskan pendaftaran ahli baru dan isi order form n then fax mengefax...cuma online...goyang kaki dari rumah aje...oh la..la!!!

No comments:

Post a Comment