Begitu lama tak bersiaran dari blog memasakku...
Nak update cerita terkini...memandangkan masa dapat diperuntukkan kembali...dapur yang rosak sudah diperbaiki...In sha Allah cuba isi slot masak memasak kegemaranku yang dah tertangguh begitu sekian lamanya.
Minggu lepas punya cerita...memasak untuk tempahan Kurma Daging Powerrr untuk staff tempat abe kerja….dalam 2.2 kg daging beli lebih untuk kami juga(cik abe sponsor sebab jamuan utk sempena nak posa juga ucap babai kat sorang staff)…untuk makan2 dalam 25-30 orang…ini permintaan dari staff sana..ada yang teringin sangat nak merasa dengar citernya(kesian pulak)…jadi dah berkali2 minta…dengan sebab utama nak polish balik skill memasak berskala lebih besar jadi dengan suka hati bersetuju.
Pada awalnya banyak menu dorang nak tapi rasa tak termampu pula…Nasi Tomato,Ayam Masak Merah,Dalca,Acar Mentah terpaksa tolak rezeki(sebab x berapa confident tang nasi Tomato sebab jarang wat..dorang pernah order dulu Nasi Minyak,Ayam Masak Merah juga Jelatah dan teringin lagi nak rasa gamaknya)…bab lauk pauk In sha Allah sentiasa lebih confident…kuikui…yang lain ok tapi dah last minute cik abe pun busy je…tak berani lagi nak amik semua.
Dulu2x paling banyak tempahan Nasi Dagang…100 orang makan utk majlis kawin…huhu bercinta nak siapkan…tapi seronok dpt pengalaman berharga…camne nak callculate,budget semua bahan2 dan peralatan yang perlu disediakan.
Resepi dari bonda mertua memang tidak menghampakan…resepi pure dari Mummy Penang…cik abe pun puji berkali2..huhu…ada makna no…anak2 pun suka…tgh memasak dah menunggu nak rasa…wah anok Qlate memasak ala2 orang Penang you kali ini…congrats utk diri sendiri.
Jom tengok hasilnya…foto staff cik abe yang amik…terima kasih daun keladi atas pujian ramai..tu semangat nak menulis lagi pasal food…semangat balik nak amik order makanan…hahaha..dah nama perempuan…alah juga kena puji…kuikui…tapi pujian ikhlas cik abe memang sukar diperolehi..kalau dia puji tu kembang hidung jugak la kan.
Lepas ni bolehlah buka tender balik…memandangkan permintaan ada tapi masa tu masaku yg tiada…yang dah lama tutup tempahan…blog memasak pun kena aktifkan balik nampaknya…kalau niat di hati nak buka catering skala kecik2 dah ada why not..or ambil tempahan lauk pauk pun ok juga untuk permulaan…skill pun tak berkarat….nanti kan dengan alat2 kat dapur turut berkarat yang dulu guna untuk kelas memasak(tingin juga nak wat tapi apakan daya dapur kurang comel nak terima pelajar…huhu…walaupun permintaan juga ada respon yang baik.
Emmmm ok ke tak ok plan biz food ni???Harap2 ada kesinambungannya…progress yang positif…tapi hati mau positif dulu gayanya…tahan dugaan dan cabaran dgn ada anak kecil yang perlukan perhatian,dapur kecil(bila eh nak besar senang nak “lerat” periuk ore Qlate kato)…pengiraan Matematik pun penting dalam masakan untuk dapat rasa yang strong & power hasil masakan kita..kitab rujukan memang kena buka balik dan update…hehehe…wish me luck!!!
SSHKC/013-640 6625
No comments:
Post a Comment