Tuesday, June 1, 2010

RENDANG TOK BIDOR

Resepi asli ini diperolehi dari negeri Perak daerah Bidor dari adik ipar...resepi Rendang Tok paling simple but masih sedap dan pasti senang menyediakan..nyummm3x...selamat mencuba dan marilah kita aplikasikan segala ilmu masak memasak di dapur masing2..insya-allah pasti sedap hidangan hasil dari air tangan sendiri utk bakal disajikan kepada keluarga tersayang..mulakan dengan selawat dahulu dari "mulai bekerja" dr dapur..insya-allah!!!


1 kg daging}dipotong agak tebal
1 paket rempah kari(50gm)
2 paket  kerisek
serai,halia,lengkuas,bawang merah}tumbuk@blender
daun limau purut,daun kunyit}carik2kan
garam,gula merah,santan & sedikit minyak mengikut citarasa

Cara memasak:
Semua bahan dimasak terus di dalam kuali tapi dimasak agak lama supaya mendapat warna agak2 kehitaman.

AYAM PERCHIK

Versi Putih,kuning atau Merah:
***Menu untuk 1 famili( 5-6 orang makan)

 Aye perchik my own version...menu pilihan keluarga gitu!!!
Bahan2nya:

1 ekor ayam (dipotong 4@8)
3 inci halia
3 batang serai blender( 1 btg ketuk2 buh dlm kuah)
1 labu bawang besar
1 biji kelapa atau 1 paket santan
10 biji buah keras
3 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup@ 1 s/k serbuk kunyit(skip kunyit jika mahu versi putih)
1/3 cawan tepung beras(bancuh ngan air..lebihkan tpg jika mahu kuah lebih)
1-2 s/b serbuk kurma(optional jika suka lebih rasa rempah)
sedikit cili kering(optional jika mahu jenis agak2 merah..lebihkan)
garam dan gula serta sedikit asam keping dan bunga cengkih(***optional)
Cara:
Bahan tumbuk atau blender dicampur bersama dalam periuk dgn santan,tepung beras yg dibancuh juga serbuk rempah kurma.
Bahagikan dua untuk kuah dimasak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa(jika suka manis lebihkan gula).
Ayam diperap dgn bahan selebihnya dlm 1/2-1 jam dan boleh dipanggang guna api arang(lagi sedakkk2x), dlm oven atau masukkan dlm non stik frying pan tertutup dan bolehlah dimasak dalam kurang dari sejam(bergantung jika mahu dgg agak lembut..lebihkan masa)

***Boleh percikkan  sedikit minyak dgn serai utk garingkan ayam semasa dibakar!!!

SELAMAT MENCUBA!!!!