Showing posts with label Resepi Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Resepi Keluarga. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Tupat Sotong Kak Tie Pulau Condong

Salam pagi Jumaat penuh barokah...

Nak kongsi di sini resepi Ketupat Sotong/Tupat Sotong...resepi pemberian kakakku masa dia datang tahun lepas lagi berguru...semlm baru sempat mencuba untuk berbuka puasa....dapat sotong besar...harga mahal giler...tak fresh pun...bila tayang kat fb...ramai respon mmg mahal...bayangkan 6 ekor yg tak fresh itewwwww RM17.60...huhu posa setahun makan sotong napoknya...kuikui.

Foto tak sempat mengambil semalam...start masak lewat skit siapkan tempahan Kuah Rojak Mac Sira(pandai2x ler letak nama)...berbesar hati jiran sebelah nak 2 kg...1 kg untuknya...1 kg untuk kakaknya yg tengah yg dibawa oleh kakaknya yg sulong(berapa byk kakak...hehe nak citer punyer psl berputar2 cerita) dok belakang rumah so ke Kota Singalah semalam kuah rojakku(moga menepati citarasa)...alhamdulilah juga seronok dah ada feedback positif dr my biz partner dr Sg.Petani yg sempat selit dlm kotak susu...tapiiii kali ini malu lak orang lagi jauh teringin nak rasa gara2x tayangan perdana di fesbuk...hihi...tapi masih dalam mendapatkan feedback customer...belum muktamad guna formula tetap utk kuah ini.

Memandangkan tiada foto terbaru utk tupat sotongku ini so untuk foto kali ini kena korek2 tgk foto sebelum inilah gayanya...cari yang masakan kakak punya...guru dari Pulau condong gitewwww!!!

Resepi:
Beberapa ekor sotong (6 saiz besar-20 ekor kalau yg kecil, yg kakak buat ckp2x dgn pulut,klu ada belen masak dgn santan juga sedap)
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa(pekat)/1 kotak santan 200ml
2-4 keping nise keret(tgk saiz ya)
secubit garam
3 helai pandan
Beberapa batang lidi penyucuk/utk cungkil gigi pun boleh(yg bersih tau..hehe)
***semlm masak dulu pulut sebab sotong besar dgn masa yang ciput so lebih selamat caranya***

Cara Membuatnya:
1)Pulut di rendam 1/2 jam dalam air  & tos dan kemudian campurkan dgn santan juga garam boleh dimasak dlm kuali lebih senang.
2)Masukkan beras pulut ke dlm sotong hingga lebih kurang 3/4 isi dan letakkan kepala kemudian cucuk menyilang lidi.
3)Masak sotong dan santan hingga mendidih,letakkan pandan, baru masukkan pulut yg lebih hingga masak,kemudian masukkan nise & masak hingga kuah pekat & nampak amp; berkilat.


Taraa...jumpa gak foto hasil masakan kakakku...lihat sotong cute2x kan macam sifuku!!!
Tengok cantik ,likat & berkilat elok kan..itulah rahsianya nak buat tupat sotong ini kena ada guru,bahan apa nak masuk dulu ikut tok guru cakap...dulu pernah buat tapi tak menjadi sangat rupanya ada petua...so alang2 kakak datang terbeli sotong tiba2 idea datang mencurah2 minta berguru terus...hehehe...puas makan ramai2x....syok sebab semua peminat tupat sotong.


Ok cukup sampai di sini...kena kuar jap lagi jadi supir untuk anak no.2..jap lagi nak shoping barang basah n masuk opis belakang lak,anak bujang baru balik dari JESS pagi ini nak makan lauk ketam pulop...ok babai...selamat mencuba yg terliur dgn tayangan perdana..dah pun nak masuk tengahari Jumaat ini.

Wednesday, August 21, 2013

Kuah Rojak Buah Bidor Spesel dari SSHKC utk tempahan

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah masuk hari ke-15 Syawal...mood kurang nak berblog..mcm2 hal nak settle...badan mula rasa 'lemau'2x je lepas balik kampung hari tu...on off mood.

Balik kampung cuma  3 hari 2 malam di Sg petani juga 3 hari 2 mlm di Bukit marak...puasssss...memang tak puas sebab letih dalam perjalanan sahaja.

Ingatkan balik kampung raya pertama tidak jammed...Masya Allah jammed juga...raya ke -3 on da way dari Sg Petani-KB... di Tanah Merah pula jammed terlebih sudah hingga 4 jam...tup2 hampir kul 12 mlm sampai ke Bukit Marak....adoilah sungguh letih. Jammed lagi di Kuala Krai 2 jam,kat tol Karak pula penuh sesak nampak lampu kete sepanajng jalan on da way balik Semenyih...kekenyangan makan 'jammed' pelbagai perisa gitu...hohoho.

Balik raya hari itu baru start membuat kuih raya....kuih tunjuk2x yang banyak...cuma buat kuih gunting idaman cik abe sebanyak 1 kg...nasib baik ada assistant...dr pagi sampai ke petang juga nak settle kalau sorang2 tak taulah...pengsan kat dapur gayanya sebab lambat nak mengunting.

Pastu idea mencurah2x nak mulakan jualan/ambil tempahan KUAH ROJAK ISTIMEWA LAGI SPESEL dari biras dari Bidor tapi dah diubahsuai sedikit ikut selera SSHKC & masih lagi dalam proses bereksperimen utk dapatkan formula tetap..so agih2x kat jiran juga kawan opis cik abe untuk merasa...ada yang nak test kuah pun boleh sila roger HOTLINE 013-640 6625(pick up point TESCO SEMENYIH ye)

Apa yang spesel...mestilah sebab utama homemade dari dapur SSHKC(hanya satu kat Malaysia tau),yang lain2 in sha Allah dijamin kesegarannya HALALAN TOYYIBAN gitu(fardhu kifayah ni),orang order baru kita buat ok,lain2x sebab ada KACANG TUMBUK LESUNG BATU tau,BIJAN GORENG...oh la la... tukang2x tumbuk serta seisi famili pun tak jemu makan setiap hari pun ok aje...kuikuikui... lagi satu boleh request nak pedas lebih TANPA BAYAR LEBIH...yang dibuat kini ala sedang2 saja...budak2 pun boleh makan tau.

Cadangan jualan & hidangan:
  1. 1 kg/RM14(hidangan sederhana makan 25-35 orang)
  2. 1.5 kg/RM20(hidangan sederhana  makan 35-45 orang)
  3. 2kg/RM25(hidangan sederhana makan 50-70 orang)
Cadangan hidangan buah:
>>>Sesuai untuk majlis open house,menu raya atau jamuan makan ramai2 bila gathering famili...senang just order,make sure sentiasa ada stok kuah rojak di dalam peti ais anda dan bila ada tetamu berkunjung & hidangkan dengan buah2ah pilihan anda...kan...kan.

>>>Contoh hidangan ialah timun,sengkuang,betik muda,jambu batu,nenas,kedondong,mangga muda,belimbing,epal hijau,limau barli,cermai mengikut kesukaan anda,contoh foto seperti berikut atau gunakan kreativiti menyusun atur buah2an pilihan anda dengan kombinasi warna menarik:


 




 


 
 
Sekian,menu lain menanti untuk diupload pula...semestinya masih lagi berkisar menu raya.
 
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR & BATIN buat semua pengunjung blog ini jika ada kekhilafan diri dari pihak tuan rumah...0-0 ok!!!
 
 

Wednesday, April 27, 2011

Khasiatmu BUDU!!!

Assalamualaikum...

Nak buh foto asyik hang saja...jom layan citer2 pasal cik BUDU dari entry lama blog lamaku...my peberet...anda peminat jom baca akan khasiatnya...tak rugi makan jangan tak makan....tetiba tingi nasi kerabu biruku...bilalah nak memasaknya!!!

Antara yg tersohor...CAP KETEREH
KHASIAT BUDU

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. 

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". 

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. 

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .


Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. 

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. 

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Ok di sini pula tambahan cerita-ceriti pasal ENCIK BUDU...resepi budu yang berguru dengan bonda suatu waktu dibumi sakura...untuk anak rantauan eloklah mencuba ya kalau susah2 nak cari!!!

RESEPI PANDUAN MEMBUAT BUDU
budu bonda dalam kenangan kat Beppu pulau Kyushu!!!
Sukatannya mengikut gelas yg digunakan:

1)Kalau 3 gelas bilis(bilis dibersihkan dan dijemur seharian sebelum diperam) +1 gelas garam..seeloknya garam kasar.
2) Masukkan 2-3 keping asam keping dan sedikit saja nise(gula melaka dari kelate).
3)Masukkan air masak secukupnya,biar setengah paras bahan….dan sesuai di buat di musim panas sebenarnya sbb petua mak…kena selalu jemurkan panas..supaya bilis senang hancur...dalam tempoh 1-2 bulan dah dapat hasilnya nanti.

p/s:***ada sesetengah resepi tak payah buh air sebab bilis tu akan hancur tapi saya buat di musim sejuk so kena guna air utk lebih cepat proses hancurkan bilis..dlm sebulan buat masih x hancur so saya blender aje...ok jugak!!!