Thursday, January 20, 2011

Kuih Koci Ala2 Nyonya

Assalamualaikum...

Sumber ini dari resepi MASAKAN NYONYA MELAKA yang dihadiahkan oleh oleh seorang adik yang pernah suatu waktu dahulu kami sama2 satu kolej ke-5 ...UPM FOREVER kan..kan...tq Botttt singgah rumah akak pastu bawa hadiah sokmo(tokei buku nih..nanti hadiahkan  buku resepi lain lak yer...suka sgt BACAAA utk tambah ilmu...entah berapa kali belek daaaa...CUBAAA lum tau lagik tgk tahap kerajinan...kuikui...teruk betul kan)

 dah siap dikukus panas2...anak2 dah tak sabar tunggu nak ngap3x!!!


sebelum dikukus...dapatlah kecik2/comel2 dalam 25 biji kot..lupa daaaa!!!


pembantu chef yg cilik dan bergaya...siap ngan beg pink PRETTY CURE melaram sama2 tuannya!!!


Fisrt time nak cuba resepi Masakan  Ala2  Nyonya nih...bila baca detail agak berbeza sedikit cara pembuatannya kerana kebanyakan kuih dari buku ini  mesti ada IBU DOH walaupun bahan asasnya  lebih kurang sama...agak renyah sedikit org kata...namun nama resepi pun masih sama iaitu KUIH KOCI PULUT HITAM...tapi dari segi rasa lebih sedaplah sebab step pun lebih sikit dari yg biasa pernah ku berguru semasa di Jepun waktu dulu2 dengan seorang kawan ala2 sensei gitu!!!

Jom tenguk resepinya yang agak berbeza itu...kucuba buat adunan separuh aje memandangkan kelapa parut pun tak banyak...ok kita tgk part mana yg ada bezaaaaa:

Bahan2:

Ibu Doh
30 gm tepung pulut hitam
100 ml santan pertama

Doh
500 gm tepung pulut hitam
4 sudu besar minyak masak

Inti
300 gm kelapa parut
130gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
2-3 helai daun pandan
daun pisang secukupnya

Cara Memasak:

1) Untuk inti larutkan gula melaka,gula pasir bersama daun pandan di dalam periuk. Masukkan kelapa parut, masak di atas api yang perlahan sehingga kering.

2) Sediakan ibu doh,campurkan 30 gm tepung pulut dgn 100 ml santan pertama. Masak di atas api yang perlahan,kacau hingga menjadi pekat.

3) Basahkan tepung pulut untuk doh dan ulikan dgn ibu doh. Uli hingga rata.Masukkan 2-3 sudu besar minyak masak dan uli,perap tepung selama 15 minit.(***tambah jika perlu utk minyak juga santan)

4) Bersihkan daun pisang,potong mengikut saiz yg dikehendaki.(yg ini dalam bentuk kon,saya cuma betukkan spt nasi lemak)

5) Bentukkan doh kepada bulat dan leperkan  diatas daun pisang dan masukkan inti ditengah dan tutupkan.Lipat daun pisang mengikut bentuk yg disukai. dan kukus dalam 15 minit.

***Tambahkan minyak lebih sedikit pastu santan pun lebihkan sedikit....supaya lebih lembut adunan!!!


Ketahui teknik memasak pasta???

Assalamualaikum...

Baru baca artikel nih kat Utusan Melayu...HARUSSSS kena simpan di sini supaya kita sama2 mendapat input bagi menyedapppkan lagi masakan pasta kita terutama bab2 MASAKAN BARAT...SELAMAT MEMBACA & MENCUBA TIP2 DI BAWAH!!!!

ANDA gemar menikmati pasta???

Vegeroni Bolognese...contoh hiasan!!!

Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.
Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air.
Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.
Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering.
Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.
Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi); lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi.

Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.

Air untuk merebus:

Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.

Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu. 

Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata. 

Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.

Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.

Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.
Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.

Sunday, January 16, 2011

Al-kisah Nasi Tupe/Tumpang

Assalamualaikum...



first trial dek mengidam punyer cerita...kat Bangi mana nak cariiii???


lepas ni bulihlah amik order khas utk ibu2 hamil...huhu


Resepi Carian:Hanya yang ini info dapat dari forum apa..lupa dah!!!

Nasi tumpang ni adalah gabungan nasi biasa,masak lemak ikan atau udang & serunding...ia dibungkus semasa nasi masih panas sbb tu seakan2 nasi impit.

kelongsong daun pisang dibuat terlebih dulu.utk dapat kelongsong panjang,kena guna lebih dari sekeping & guna lidi utk sambungkan dia.

part gulai lak..

masak lemak ikan atau udang stail kelantan. saya takder sukatan yg betul tp bahannya ikan/udang, santan, bawang merah, lengkuas, kunyit, asam keping,cili giling. cara masaknya cam masak lemak cili api. kalau nak pedas, tambah cili api sbb kalau guna byk cili giling, warnanya dah jadi lain.

serunding tu serunding beli siap pon boleh..

part membungkus..bila nasi dah masak, cedukkan ke dalam kelongsong..tekan dgn belakang sudu biar padat. pastu letak serunding. tambah nasi lagi. padat2kan ia. letak gulai ikan & letak nasi. tutup kelongsong dgn lidi..siap!!!


***semasa pencarian banyak jenis nasi tumpang nih...ada info tambahan yg ku dapat...terdapat jenis  yg 2 layer bahkan sehingga 4 layer...antara lauk asas..lauk gulai kunyit lengkuas udang, ikan aya pun boleh,sambal daging(ikan pun boleh boleh asal bentuk serunding kering) dan tidak ketinggalan telur dadar pun ader jugak rupanya....mewahhhhh gitu!!!


Ini nasi tupe masa balik Bukit Marak..senang ler nak mencari...murah pun yer..Rm1 jek!!!

contoh 4 layer...dari carian maya!!!

Ini kes mengidam punya nak makan nasi tupe...susahnya nak mencari lepas tu pulak teringin nak mencuba...susah juga bila wat pencarian kat pakcik Google..resepi dari seberang pun cam ada berkisar pasal nasi tumpang(ada persamaan kot???)....takdak orang yg reti gamaknya(yalah biasanya org2 tua kot yg arif bab resepi warisan dulu2)...info di atas la yg sedikit sebanyak membantu...namun jangan jadikan halangan besar seba dah dapat tau yg basic kira ok tp kalau dapat berguru lagi suka...

Dah dpt bahan2 spt daun pisang,udang,sambail ikan mmg dah ada pemberian mak mertua...apa lagi try aplikasikan kat dapur ler apa lagik....Kak Chik ngan Kak Ngah suka sgt makan..begitu juga kekanda...Abg long cam biasa..apa2 food susah nak mencuba...last2 cuba juga yg last dah nak dekat habis....siap ckp kat dia...susah nak dapat nih kat Bangi.....rugiiiiiiii tak cubaaaaaaa..nampaknya taktik berjaya untuk mengumpan dia makan...kalau tak nak pun ada ramai yg beratur tunggu nak abisssssskan...nyum3x masing2 bila dha terbuka...aroma daun pisang..bau gulai udang dan sambal ikan(stok yg ada pun..takyah membazir...tp lebih prefer serunding @sambal daging)!!!

Teringin pulak nak berguru one day kalau ada rezeki  bila balik Kelate hingga master gitu...boleh bisnes nasi tupe di area KL dan Selangor...hohoho...idea tuh macam2 dok dalam kepala!!!


Thursday, January 6, 2011

Tempura udang ala cam kat kedai gitu2!!!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah kali nih menjadi pulak Tempura Udangku/Udang Celup Tepung...yang teringin bikin sendiri ala2 cam kat kedai makan/restoran gitu....padahal main campak2 jek kali nih tapi kena berhemah jugaklah ye...jangan senonong jek nak campak punnnn!!!

Pernah jugak mecuba resepi dari majalah... kira resepi dari sebuah restoran..nampak cam best.... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ternyata hasil tak memuaskan hatiku untuk dipublishkan...so ini hasil resepi yg bikin sendiri!!!


Resepinya:
70 gm tepung gandum+50 gm tepung beras+50gm tepung jagung,sedikit baking powder(dlm 1/2 sudu teh) +plus air kena agak2 kepekatan(takmo cair sgt atau pekat sgt serta sedikit kunyit dan garam)

***utk hasil yang lebih memuaskan biarkan dlama 15-30 minit dan utk ikan tempura lebih sedap ditambah perisa rempah kari sedikit!!!