Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts
Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Tomyam

Saja taruk resepi walaupun ni kira yang mudah2 nak sediakan tapi walaupun begitu banyak resepi & cara penyediaan rupanya...so nak share cerita ceriti sikit pasal Cik Tomyam nih.
 
Emm asal usulnya benarkah dari Thailand???Sebab dari kecil yang kita tau masakan ni cam dari Thai. Siapa boleh bagi tau asal usulnya kita kasi upah...cer komen...hehe.
 
Ada jenis tomyam putih,tomyam pedas yg merah...belum sebut nama..ada Tomyam Kung,Tomyam Thai,Tomyam Seafood...emmm banyak lagilah...ala seafood,campur semua ayam,daging,sotong,udang,ketam juga boleh isi ikan or bebola ikan ,sotong & udang.
 
Yang membuat sesuatu resepi itu berbeza ada terbaca resepi yg letak air kelapa muda(mesti sedap nih tp belum cuba nak2 letak pulak dlm buah kelapa tu ermm pasti hidagan mcm kat kedai lak),rahsia dari adik yang dia dapat dari studentya orang Johor letak sedikit susu pekat...emm dah try juga not bad...yg lain2nya kebiasaanya letak perencah tomyam yang siap bentuk paste or kiub cuma ini kali tumis dulu bawang putih & bawang merah..kalau nak senang lagi cepat just masukkan terus air...masih sedap juga kan..kan.
 
Sayur yang biasa/asas carrot,bunga kubis,cendawan,kubis,batang saderi,putik jagung pun boleh juga tomato serta daun saderi.
 
Tambahan yang lain tapi juga asas seperti bawang putih,yg kecil,yg besar,serai,daun limau purut,halia,perahan limau nipis juga bawang goreng.
 
Cara yang berbeza kali ini sebab terpandang kat fb satu resepi yang menyatakan blender tomato..so cuba try mmg tak menghampakan rasanya...kombinasi tomato blender dgn yg potong...emmm taste much better from before. 
 
 
 
Jom la share sapa yang tau rahsia2x Cik Tomyam...mana tau ada lagi yang kita tak tau...biar lagi sedap masakan kita...yang penting ada improvement...sebab setiap tukang masak tak kira pro or chef kat rumah...kita ada tersendiri gaya,teknik, mutu & keunggulan memasak....kan..kan..kan.

Monday, July 15, 2013

Menu 3,4,5,6 Ramadan 2013

Salam pagi Selasa...

Tuan tanah mula sibuk pada hujung minggu lepas disebabkan memenuhi permintaan menghantar stok susu kurus 4 tin ke Hulu Selangor menapak gara2 takut perkhodmatan poslaju kurang laju & customer nak balik ke Mesir Ahad jadi tekad pi hantar sendiri sampai kerumah customer...pagi2 Sabtu sudah jalan2 cari rezeki manakala Ahadnya appointment jumpa ahli baru aka kawan lama yang baru balik dari UK & nak join ahli dah separuh hari...memang tak sempat nak jengok blogku...petang dah aktiviti masak memasak.

Jadi kira longgokkan menulah jadinya...huhu orang rajin nak wat camne..janji kongsi juga kan..kan...

Menu 3 Ramadan:
Hahaha makcik sampai lupa dah masak apa..tu ler lewat nak share sangat...jgk mukabuku dulu..semau ada di situ...huhu.Ok dah ingat sebab chek..menu baru yang dicuba Dendeng Kering...rasa not bad cuma tang cili kena goreng sekejap je.

Sup Tulang,Dendeng Kering,Cempedak Goreng,Roti John,Samosa,Budu & Ulam Timun

Tambah cili merah utk tambah pedas & tambah seri wajah(tiada dlm resepi)
Menu 4 Ramadan:
Nampaknya banyak menu sebab ada belen lauk semalam..memang cuba bersederhana aje makan.
  1. Senangin Masak Lemak Kuning
  2. Kerabu Bilis & Pauh Simple(menu baru)
  3. Ikan Goreng Selar Tabur Bawang
  4. Popia Chikylicious SSHKC
  5. Tembikai
 
 
Menu 5 Ramadan:
  1. Ayam Masak Madu
  2. Dalca Ayam
  3. Roll kek Tesco
  4. *Yang lain jiran bagi bihun goreng...Alhamdulillah sepinggan besar sampai sahur boleh mkn.
     
Resepi mudah peberet Kak Ngah..dia request!!!

Bahannya:
Sebiji bawang besar-tumis
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
sedikit garam
1-2 sudu besar madu
Menu 6 Ramadan:
  1. Senangin Masak Merah
  2. Kubis Goreng Kunyit
  3. Selar Goreng
  4. Onde2 Bonda Original Pandan(hari ini buat jualan kat Bazar Ramadan)
  5.  
    *Yang lain Dalca ada lagi pastu jiran bagi lauk ayam..hehe jimat takyah masak.Pastu bagi laluan sebab nak cuba promosi Onde2 Bonda...so menguli 2 paket bermula jam 2...hampir 2 jam nak siapkan juga.
     
    Tq my neighbour Kas...bagi ruang dan peluang tumpang letak semalam kat Bazar Ramadan Taman Pelangi Semenyih(gerainya hanya jual samosa,landmark dekat iklan CELCOM terpampang kat TESCO so kita meriahkan sama) & bestnya semlm laku habis cubaan 10 pack...risau gak tgk ramai meniaga Onde2 tapi kelainanku punya mmg NO ARTIFICIAL FLAVOUR...DIJAMIN FRESH..siap hampir kul 4...dan2 terus bagi Kas bawa ke gerainya...panas2 katanya...hehe!!! 
     
    Harga promosi Rm2/12 pcs..saiz agak besar!!!!
     
    
    10 paket cubaan hari pertama...Alhamdulillah SOLD OUT!!!
    
     
    Ok sekian untuk lewat beberapa hari laporan dari dapur SSHKC...terpaksa off masa begitu mencemburui daku kala ini.
     

Saturday, March 19, 2011

Menu Dalam Pantang

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama berehat selepas melahirkan anak lelaki  pada 14 Febuari lalu...melengkapkan 4 orang kini penyeri hidup kami....dan mungkinnnnn sudah cukup biar ada kualiti gitu bukan kuantiti(tapi best sebenarnya klu dapat ramai tang nak beranak yang takuttt) ....kini dah ada sepasang lelaki dan sepasang perempuan...bolehlah bersara kot....tutup kilang terus daaaa...huhu...umur pun meningkat nak masuk usia MIDI gitu...hari ini pantang hari ke-34...baru dapat bertenet kembali..mencuri2 waktu senggang...menulis resepi di blog resepi kesayanganku.

Topik resepi pun berkisar ala2 resepi dalam pantang...walau tak berkesempatan pun nak snap foto..asyik2 lufer...cuma ada sekeping dua aje....tgh pantang ni berselera pulak makan tapi kena beringat2 cukup sepinggan orang tua2 kata JANGAN nak menambah....pabila waktu tgh makan baru teringat nak ambil foto mmg takde mood pulak lagi pula tak boleh bergerak aktif di minggu pertama dan kedua so malas lebihhh jadinya...makan jek rajinnnn....boleh potong stim mood nak makan konon2...apapun kena terima seadanya cerita ceriti di sebalik tabir kisah semasa pantang!!!


Sup ikan haruan + sawi masak sos tiram...satu2nya contoh yg ada..huwa2x!!!
Contoh2 Menu  Dalam Pantang;
***utk minggu pertama dan kedua selepas itu boleh pelbagaikan lauk pauk bila luka jahitan sudah baik cth ayam..sebaiknya ayam kampung,ikan2 pula pastikan yg tidak berbisa,udang atau sotong jika tiada gatal2 lagi.

A)LAUK PAUK:
1)Sup ikan(cth ikan;haruan(kerapkan hidangan utk proses pemulihan luka2 dalaman@jahitan,jenahak,ikan merah)
2)Ikan Selar/Gelama Bakar(letak garam kasar dan kunyit banyak2 sikit) & cicah lada hitam tumbuk
3)Sup Daging/Tulang
***banyakkan lada hitam dalam sup jika bayi tiada jaundice

B)Sayur:
1)Sayur sawi(boleh tumis gunakan bawang puith yg banyak or rebus terus)
2)Sayur kucai(cara yg sama juga )
3)Sawi masak sos tiram (ala2 Chinese..letak bawang putih yg banyak)

1)DAGING MASAK MERAH

300 gm daging(hiris nipis dan direbus dengan sedikit pewarna merah)
1 inci halia,3 ulas bawang putih,1/2 biji bawang besar,1/2 batang carrot,3 sudu besar sos cili dan sos tomato..




2)RESEPI RENDANG AYAM KAMPUNG

1 ekor ayam kg(gandakan jika utk makan ramai2 sebab biasanya saiz agak kecil)
1 biji bawang besar,10 biji bawang merah,2 ulas bawang putih,sebuku halia,sedikit lengkuas,2 batang serai,3 sudu besar kerisek,sedikit pati santan dlm 1/2 cawan, 2 sudu besar serbuk kari,2 keping asam keping,2 1 helai daun kunyit(hiris),3 helai daun limau purut(koyak2),sedikit garam dan gula dan sedikit minyak.

Caranya:
Mesin semua bahan2 termasuk minyak,kecuali asam,kerisek,d.kunyit,d.limau purut kemudian masak dgn api sederhana besar hingga agak2 kering baru letakkan bahan lain.
***tambahkan sedikit air supaya ayam empuk

Sunday, November 21, 2010

Daging Goreng Kelate

Assalamualaikum...

Ini resepi paling simple...tapi tetap suka....jom main goreng2 daging sempena dapat daging korbannnnnn yang banyakkkkkkk...tempohari dalam 6 kg..tapi dah agih2 juga setengahnya!!!!
















Bahannya:
300 gm daging(garam kunyit siap2)-potong nipis2 tapi agak lebar
1 biji bawang besar-hiris nipis2(tambah jika suka lebih)
1 biji lada merah dan 1 biji hijau -potong serong2
sedikit minyak
***optional hiris sedikit daun bawang dan sedikit kicap

Caranya:
-Goreng tanpa minyak dengan sedikit air supaya daging empuk,lepas itu baru masukkan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing baru letakkan bawang hiris dan cili potong dan goreng sekejap hingga agak2 wangi. Siapppppp untuk dimakan panas2...

Thursday, November 4, 2010

Sup Tulang Special dari Bukit Marak

Salam pagi Jumaat....

Hari yang mulia ini nak letakkan salah satu resepu gubahanku mestilah ala2 Qlate skit(org Qlate suka perahkan limau nipis bila nak menghirup sup ni)...biasanya macam2 resepi sup yang kita pernah jumpa..dan macam2 gaya masakan pun ada... terpulang untuk mengolah ikut citarasa seisi famili gitu...biasanya anak2 tak berapa suka pedas,oleh itu kena ikut budibicara ibu yang jadi chef di dapur..memadankan resepi untuk menjadi santapan keluarga...kita tukang masak..kita tukang "edit mengedit" gitu!

Ada resepi simple...dan biasanya kalau yang bahan2nya agak banyak ..tentulah lebih sedap terasa kat anak tekak bila menghirup sup ni..paling penting dihidang dan perlu makan ketika masih panas..jangan lupa sediakn bowl kecil uytk menghirup....biasanya para suami suka diletakkan bowl di sisi hidangan utk lebih merasa kesedapan kuah sup itewwwww...acara menghirup  kuah jadinya..syruppp...syrupppp....hehe..itulah suamiku!!!
















Bahan2nya:


1 paket rempah sup bunjut
1 biji bwg besar-potong baji
3 ulas bwg putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
rempah 4 beradik(k.kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang)
sebuku halia-tumbuk
2 hiris lengkuas-tumbuk/ketuk

1 sudu besar lada hitam(tumbuk)
1 sudu kecil rempah biji or ketumbar(tumbuk)
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
 1-2 sudu besar  rempah kurma or sup...
***Optional lupa lak kasitau letak klu suka kentang ,carrot n tomato..lebih manis orang kata kuah sup!!!
***klu nak pedas tambah cili api potong...jgn x potong!
p/s:yg penting make sure cik tulang sudah empuk...maka tutup api perah limau nipis sehiris dua..or ikut suka ....pastu taburlah daun ketumbar n daung sup serta bawang grg!Insya-allah Wallahhhhhh!!!

Tuesday, June 1, 2010

RENDANG TOK BIDOR

Resepi asli ini diperolehi dari negeri Perak daerah Bidor dari adik ipar...resepi Rendang Tok paling simple but masih sedap dan pasti senang menyediakan..nyummm3x...selamat mencuba dan marilah kita aplikasikan segala ilmu masak memasak di dapur masing2..insya-allah pasti sedap hidangan hasil dari air tangan sendiri utk bakal disajikan kepada keluarga tersayang..mulakan dengan selawat dahulu dari "mulai bekerja" dr dapur..insya-allah!!!


1 kg daging}dipotong agak tebal
1 paket rempah kari(50gm)
2 paket  kerisek
serai,halia,lengkuas,bawang merah}tumbuk@blender
daun limau purut,daun kunyit}carik2kan
garam,gula merah,santan & sedikit minyak mengikut citarasa

Cara memasak:
Semua bahan dimasak terus di dalam kuali tapi dimasak agak lama supaya mendapat warna agak2 kehitaman.