Showing posts with label Cerita-ceriti Memasak. Show all posts
Showing posts with label Cerita-ceriti Memasak. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Cerita terbaru dari dapurku

Assalamualaikum & salam semangat pagi Khamis…
 
Maaf begitu lama x update di sini.
Nak pendekkan cerita sebab masa tidak mengizinkan…sibuk menambah satu lagi cabang biz selain biz susu kolostrum ALPHA LIPID LIFELINE,DOUBLE STEMCELL..kali ini food biz TAKOYAKI.Alhamdulillah hasil income dari 2 biz networking boleh utk kembangkan biz lain. pula tapi masih & mesti yang kami minat.
 
Asal kejadian nak mulakan biz Takoyaki sebenarnya dari nak makan2x bagi kat kawan2x KAFA anak rasa…dah ler kami satu family rindu2xan sangat kat our peberet masa di bumi sakura dulu….dari situ dapat order segera…terus ‘terterjun’ buat bizi ini. Padahal rancangan asal plan nak buka biz AKOK giteww… al maklumlah ambo ore Qlate peminat akok pulok pahtu ramai ni peminat belah Selangor…tapi dah ke situ pulak rezekinya…why not…Allah bagi & tunjuk jalan mudah utk bertindak…so now kami tengah fokus suami isteri baru sebulan lebih tapi sangat memberangsangkan hasil gabunga no onggg terhasil juga fanpage utk kami war2xkan kat fb….dari ambil tempahan sehinggalah supply semua peralatan juga bahan mentah membuat takoyaki spt tepungk has takoyaki,sos,bonito flakes,aonori(seaweed powder)…sehinggalah now berani mengeluarkan my homemade sos sendiri dah…halalan thoyyiban…alhamdulilah dapat majukan lagi bakat memasak yg ada(eh eh cam perasan ada bakat terpendam tp mmg kesukaan mengolah,mengekperimenkan juga menggabungkan resepi...so taraaa now dah berani setapak keluarkan my homemade sos sepenuhnya).
 
Anda TAKOYAKI LOVERS…boleh likes & ikuti kami di fanpage Mr & Mrs Takoyaki 4774.

Kelas USAHAWAN TAKOYAKI juga mulai dibuka sementelah ada permintaan dari customer yg telah merasai keenakan Takoyaki kami yg nyata sangat sedap mengekalkan rasa tulen dari Jepun(ini baru Tokyo..hehe) so biz partners dialu2xan dengan modal terendah yuran kelas bimbingan juga pan memasak dari 12 holes,18 holes malahan 56 holes juga kami tawarkan HANYA RM150-RM850 mengikut pilihan & kesesuaian pakej yg anda suka!!!

Sharing2x sedikit foto hasil biz takoyaki sebulan yang lalu...






Ikhlas dari anak sedaro...K.Noni & friends yg dah jd tester student As Sofa Ampang!!!
 






Ok sekian untuk maklumat terkini dari ceruk dapur ambo...maaf dipinta kesibukan lagi yg menghadkan masa utk berblog berkongsi resepi...yg berminat dgn platform biz Takoyaki...penyertaan  adalah terhad siapa cepat dia didahulukan boleh personal kelas,duo or trio dengan HARGA PROMOSI NOW sehingga diberitahu ditutup offer...anda yang serius cari income cash money dialu2xkan menyertai KELAS BIMBINGAN USAHAWAN TAKOYAKI BISSSA RICH TEAM.Call/sms/whatsapp aje no tertera utk sebarang info details ya.

Sekian,jumpa lagi.
 



Saturday, August 3, 2013

Nasi Arab Khabsa

Salam tengahari...

Memandangkan ada request dari kawan kena cepatkan reload entry yg tertunggak2...oiii byknya tunggakan sib baik resepi bukan bil2x...huhu...tuan tanah agak sibuk la tu kalau tak sempat datang menyapu kat sini.

Ini kali kedua buat...dapat resepi jemputan belajar dgn jiran belakang rumah yg bawakan khas Chef Ummi sambil demo periuk Cookline...emmm memang best dapat belajar memasak ni...yang lagi best diberi peluang merasa la kan..kan...jangan tolak rezeki..hehe...kita tadah pinggan cepat2.

Kali ini untuk Iftar 3 Ogos...huhu dah masuk Ogos baru alert masa nak menaip ni...cepat sungguh masa berlalu....kita dah pun penghujung Ramadan...mood raya pun kian datang...khatam Quran belum tertunai...huhu.Moga ada rezeki berjumpa next Ramadan.

Jom tengok resepi yang diberinya sama dari blog ini tapi kita ada adjust2 sikitlah tengok berapa orang nak mkn juga citarasa tersendiri.
Rujukan dari blog ini:http://resepiraidah.blogspot.com



Resepi Ayam:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang-saya belah 4 ayam supaya senang memasak
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri-skip just lebihkan buah tomato
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)-yang ni pun skip,tgk pewarna pula dah keras so kurang berseri sedikit bila tiada pewarna
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya-guna yg kuning aje
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis

Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

***Semalam sediakan 1 1/2 ekor ayam so tambah sedikit bahan2 di atas dan disebabkan periuk nasi penuh dah dgn nasi dan memang ngam2x,ayam dimasak asing dan saya sukakan cara ini sebab kita boleh garingkan ayam.(boleh letak lemon semasa membakar didalam frying pan...kadar lemon setengah biji utk setengah ekor ayam...ambil sedikit dari bahan tumis tambah sedikit bawang,lada hitam...sangat senang biar kering & sedikit garing juga lagi sedap...in sha Allah)
***Untuk nasi sediakan 5 1/2 pot beras Basmathi...kadar air cuma tambah 1 pot lebih...juga tambah 3 helai pandan...hidangan semalam boleh untuk 4 saiz dewasa makan & siap bagi bekal untuk sahur,3 orang anak2 mkn boleh tahan semuanya...lebih kurang 10 orang makan sederhana sekali makan.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

 
Untuk sediakan sos hijau:
~ Kisarkan 2 biji tomato, 5 biji cili besar hijau, 2 ikat batang ketumbar, gula, garam dan 1/2 biji perahan lemon
 
Resepi Salatah:
***lupa di mana ambil resepi tapi sukakan versi ini,lepas sediakan chilled dulu jika lambat lagi menghidang.
-2 biji tomato kecil,sebiji timun-potong dadu
-sedikit plain yogurt,garam & gula

Ini lagi simple resepi:
Salad,tomato,timun)potong sayur perahkan lemon & taburkan sedikit  garam.

Selamat mencuba ya...kalau sedap jadikan menu keluarga gitu...buat siap2 Rempah Khabsa atau beli paste siap sekarang banyak dijual dah secara online lagi...rasa nak jadi ejen lah pulak...kuikui.

Monday, July 15, 2013

Menu 3,4,5,6 Ramadan 2013

Salam pagi Selasa...

Tuan tanah mula sibuk pada hujung minggu lepas disebabkan memenuhi permintaan menghantar stok susu kurus 4 tin ke Hulu Selangor menapak gara2 takut perkhodmatan poslaju kurang laju & customer nak balik ke Mesir Ahad jadi tekad pi hantar sendiri sampai kerumah customer...pagi2 Sabtu sudah jalan2 cari rezeki manakala Ahadnya appointment jumpa ahli baru aka kawan lama yang baru balik dari UK & nak join ahli dah separuh hari...memang tak sempat nak jengok blogku...petang dah aktiviti masak memasak.

Jadi kira longgokkan menulah jadinya...huhu orang rajin nak wat camne..janji kongsi juga kan..kan...

Menu 3 Ramadan:
Hahaha makcik sampai lupa dah masak apa..tu ler lewat nak share sangat...jgk mukabuku dulu..semau ada di situ...huhu.Ok dah ingat sebab chek..menu baru yang dicuba Dendeng Kering...rasa not bad cuma tang cili kena goreng sekejap je.

Sup Tulang,Dendeng Kering,Cempedak Goreng,Roti John,Samosa,Budu & Ulam Timun

Tambah cili merah utk tambah pedas & tambah seri wajah(tiada dlm resepi)
Menu 4 Ramadan:
Nampaknya banyak menu sebab ada belen lauk semalam..memang cuba bersederhana aje makan.
  1. Senangin Masak Lemak Kuning
  2. Kerabu Bilis & Pauh Simple(menu baru)
  3. Ikan Goreng Selar Tabur Bawang
  4. Popia Chikylicious SSHKC
  5. Tembikai
 
 
Menu 5 Ramadan:
  1. Ayam Masak Madu
  2. Dalca Ayam
  3. Roll kek Tesco
  4. *Yang lain jiran bagi bihun goreng...Alhamdulillah sepinggan besar sampai sahur boleh mkn.
     
Resepi mudah peberet Kak Ngah..dia request!!!

Bahannya:
Sebiji bawang besar-tumis
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
sedikit garam
1-2 sudu besar madu
Menu 6 Ramadan:
  1. Senangin Masak Merah
  2. Kubis Goreng Kunyit
  3. Selar Goreng
  4. Onde2 Bonda Original Pandan(hari ini buat jualan kat Bazar Ramadan)
  5.  
    *Yang lain Dalca ada lagi pastu jiran bagi lauk ayam..hehe jimat takyah masak.Pastu bagi laluan sebab nak cuba promosi Onde2 Bonda...so menguli 2 paket bermula jam 2...hampir 2 jam nak siapkan juga.
     
    Tq my neighbour Kas...bagi ruang dan peluang tumpang letak semalam kat Bazar Ramadan Taman Pelangi Semenyih(gerainya hanya jual samosa,landmark dekat iklan CELCOM terpampang kat TESCO so kita meriahkan sama) & bestnya semlm laku habis cubaan 10 pack...risau gak tgk ramai meniaga Onde2 tapi kelainanku punya mmg NO ARTIFICIAL FLAVOUR...DIJAMIN FRESH..siap hampir kul 4...dan2 terus bagi Kas bawa ke gerainya...panas2 katanya...hehe!!! 
     
    Harga promosi Rm2/12 pcs..saiz agak besar!!!!
     
    
    10 paket cubaan hari pertama...Alhamdulillah SOLD OUT!!!
    
     
    Ok sekian untuk lewat beberapa hari laporan dari dapur SSHKC...terpaksa off masa begitu mencemburui daku kala ini.
     

Wednesday, July 10, 2013

Menu baru Ramadhan 2013 di hari pertama

Assalamualaikum...

Nak hangatkan balik blog yang tak hangat lama dah...sempena bulan posa...mari kita share resepi yg dirasakan menarik hati,mengikat selera anak tekak...ni kira resepi 2 resepi baru yg diluluskan oleh kekanda sebagai juri profesional...huhu.

Hari pertama dah rasa mengada2 nak rasa menu baru...belek punya belek resepi dari himpunan koleksi ku...apa lagi MW...terpikat 2 resepi iaitu SIAKAP MASAK ALA ZHENG HE PHEWITTTTT(ini resepi dari restoran Cheng Ho...pemiliknya Amy Search yg phewittttt tu)....so nama kita pandai2 letak panjang skit kasi gempak...yang ni ala2 Chinese mali arrrr.

Resepi dari Restoran Amy Search masuk blog...kira  tolong promo ni..25% dpt..hehe


*Cuma resepi ni alter masa goreng ikan...kita suka bedak2kan dgn tepung jagung n goreng garing2....tak menghampakan rasanya...pastu benggala hijau tukar yg kuning since dah ada stok...pun rasanya ok juga.Cili padi pun kurangkan kpd 3 biji memandangkan anak2 pun makan dan tak suka pedas sgt tapi boleh tahan rasanya.Betik muda hampa tak letak... sebab susah nak cari so skipped...klu ada mesti lagi kaw2 rasanya...kata juri profesional...baik saya menurut perintah.



Harap2 pembaca semua boleh baca...nak juga share kan..kan.

Lagi satu resepi dari Thai....BANGKOK TAUFU pun nampak memikat hati tgk kepada gambarnya dulu....alhamdulilah tidak kuciwa lah utk first time yg nak mencuba cuma rasa kurang agak tawar bila rasa... al maklum orang berpuasa...tambah skit lagi kicap masinnya mesti lagi kaw2.

*Tambahan letak sedikit sos tiram juga tepung jagung nak bagi ayam berkawan2 rapat dgn gengnya...huhu pandai2 alter resepi.

Kan senang takyah taip...AWAS JANGAN TIRU PENULIS ADA PENYAKIT M!!!


Cik Bangkok Taufu...tak rugi mencuba!!!


Actually hari pertama ada mix country gitu menunya...sebab nasi tanak nasi Jepun(nak abiskan stok)...pastu terciptalah TUNA SARADA...supaya tak bazirkan lebihan tuna baki org diet...so godak2 seminit dua siap...tuna+mayonis mesti jenama jepun KEWPIE baru ngam+timun batang +capsicum kuning...siapppppp!!!

Utk pembuka mulut...ONDE2 BONDA last minute tukar sebab tak jumpa cari pisang nak wat pengat...hemmm senang abiskan sepaket boleh agih2 kat jiran2 tetangga juga sempena bulan kena banyakkan memberi. Anakanda Kak Chik rajin menolong ibu kat dapur...tung tang tung tang...siap dlm 90 biji ode...hehe.Bagi yang famili tak ramai tu buatlah separuh paket sahaja melainkan nak bagi2 kat jiran2 tetangga memang elok sepaket terus habiskan...boleh bagi 2-3 buah rumah.


Onde2 Bonda Tetap Dihatiku
Resepi membuat adunan menghasilkan dlm 90 biji:
1 paket/500 gm
15-20 helai pandan
Air secukup rasa
Sedikit kapur
2 keping nise yang diracik2 agak kecil2
 
Untuk kelapa parut:
1/2 biji kelapa parut putih
Sedikit garam


Air kotak soya utk minuman...wah menu mix country sangat2 nampaknya...ahamdulillah lega & syukur utk rezeki hari semalam...hari ini tak tau...nampaknya hari2 pening lagi nak fikir menu apa yang kena dgn anak tekak yg seakan mengada2 skit di bulan posa...huhu...janji jgn membazir & terlampau2 ok kot...yang kepentingan lain perlu juga difikir2kan bukan sekadar masak memasak.

Ok jumpa lagi utk menu2 baru kalau ada yang menawan hati.

Monday, July 8, 2013

Tempahan Daging Kurma Powerrr

Salam...

Begitu lama tak bersiaran dari blog memasakku...

Nak update cerita terkini...memandangkan masa dapat diperuntukkan kembali...dapur yang rosak sudah diperbaiki...In sha Allah cuba isi slot masak memasak kegemaranku yang dah tertangguh begitu sekian lamanya.

Minggu lepas punya cerita...memasak untuk tempahan Kurma Daging Powerrr untuk staff tempat abe kerja….dalam 2.2 kg daging beli lebih untuk kami juga(cik abe sponsor sebab jamuan utk sempena nak posa juga ucap babai kat sorang staff)…untuk makan2 dalam 25-30 orang…ini permintaan dari staff sana..ada yang teringin sangat nak merasa dengar citernya(kesian pulak)…jadi dah berkali2 minta…dengan sebab utama nak polish balik skill memasak berskala lebih besar jadi dengan suka hati bersetuju.


Pada awalnya banyak menu dorang nak tapi rasa tak termampu pula…Nasi Tomato,Ayam Masak Merah,Dalca,Acar Mentah terpaksa tolak rezeki(sebab x berapa confident tang nasi Tomato sebab jarang wat..dorang pernah order dulu Nasi Minyak,Ayam Masak Merah juga Jelatah dan teringin lagi nak rasa gamaknya)…bab lauk pauk In sha Allah sentiasa lebih confident…kuikui…yang lain ok tapi dah last minute cik abe pun busy je…tak berani lagi nak amik semua.

Dulu2x paling banyak tempahan Nasi Dagang…100 orang makan utk majlis kawin…huhu bercinta nak siapkan…tapi seronok dpt pengalaman berharga…camne nak callculate,budget semua bahan2 dan peralatan yang perlu disediakan.

Resepi dari bonda mertua memang tidak menghampakan…resepi pure dari Mummy Penang…cik abe pun puji berkali2..huhu…ada makna no…anak2 pun suka…tgh memasak dah menunggu nak rasa…wah anok Qlate memasak ala2 orang Penang you kali ini…congrats utk diri sendiri.
Jom tengok hasilnya…foto staff cik abe yang amik…terima kasih daun keladi atas pujian ramai..tu semangat nak menulis lagi pasal food…semangat balik nak amik order makanan…hahaha..dah nama perempuan…alah juga kena puji…kuikui…tapi pujian ikhlas cik abe memang sukar diperolehi..kalau dia puji tu kembang hidung jugak la kan.

Lepas ni bolehlah buka tender balik…memandangkan permintaan ada tapi masa tu masaku yg tiada…yang dah lama tutup tempahan…blog memasak pun kena aktifkan balik nampaknya…kalau niat di hati nak buka catering skala kecik2 dah ada why not..or ambil tempahan lauk pauk pun ok juga untuk permulaan…skill pun tak berkarat….nanti kan dengan alat2 kat dapur turut berkarat yang dulu guna untuk kelas memasak(tingin juga nak wat tapi apakan daya dapur kurang comel nak terima pelajar…huhu…walaupun permintaan juga ada respon yang baik.

Emmmm ok ke tak ok plan biz food ni???Harap2 ada kesinambungannya…progress yang positif…tapi hati mau positif dulu gayanya…tahan dugaan dan cabaran dgn ada anak kecil yang perlukan perhatian,dapur kecil(bila eh nak besar senang nak “lerat” periuk ore Qlate kato)…pengiraan Matematik pun penting dalam masakan untuk dapat rasa yang strong & power hasil masakan kita..kitab rujukan memang kena buka balik dan update…hehehe…wish me luck!!!


SSHKC/013-640 6625

Wednesday, August 3, 2011

Golden Churn NON HALAL!!!

Assalamualaikum...
Pagi ni terpanggil untuk mewar2xkan kepada seluruh umat Islam khasnya yang jadi pengguna tetap butter ini...memang sah digembar-gemburkan sejak2 ini bahawasanya GODEN CHURN yang enak itu lagi mahal harganya...biasanya dalam kek lapis dijadikan bahan penyedap...tidak lagi boleh dibeli...yalah kan...dah tau NON HALAL automatik kena stop beli...jangan pi pulun beli lak....buh dalam bahan masakan kek ke,cookies ke ,nasi atau sebagainya.

Sewaktu2x dahulu pernah terbeli gunakan untuk memasak nasi butter....hok alolah macam mana boleh terlepas jadi HALAL...nak kena samak lagu mana dalam perut...moga diampunkan dosa kami yang termakan benda2 subhah.

 Semalam baru sembang2 ngan kekanda..dah sah katanya TIDAK HALAL OLEH PAK JAKIM...hari ini terbaca lagi kat blog CIK MAT YG GEBU ITEWWW.....terima kasih Cik Mat sebab menyebar2xkan info ini..mana tau ada yang masih belum tau menjadi kewajipan kita menyebar2kan berita sahih ini.

Nak upload foto...hai meragam lak internet ke pc buruk ini...untuk geng blogger masakan...terimalah berita ini dengan hati yg terbuka mudah2an kita tidak termakan benda2 yg dikategorikan HARAM.

Sudah terang lagi bersuluh...HARAM DIBELI YA BAPAK2x & IBU2x!!!

Wednesday, May 18, 2011

KAU belog PERTAMA bukan yang TERAKHIR!!!

Assalamualaikum...

Di pagi yang indah ini nak kongsi belog masakan pertama bukan yang terakhir yang saya war2kan kat sini dengan rasa gembiranya walau tanpa dipaksa2 tanpa komisen darinya..hehe.

Kenapa???

Bagi saya rasa sangat menarik untuk saya jadi follower ikuti perkembangannya dalam dunia masakan sekaligus merangkap dan berkait rapat ke bisnes masakan juga...

Mesti ada sebab kenapa saya sudah tertarik hati???

Tuan punya blog pun comel sebaya lak tu dengan saya cuma saya kurang comelllll...peramah dan baik hati....tapi yang lagi comel dan sangat menarik hati...kandungan isi@en3....tak lokek ilmu yang pentingggg...aikssss puji lebih2...ada ape ke ni ek..kot dpt hadiah nanti kan..kan...mesti ader tuh...kena niat dlm hati dulu yg penting...hihi.

Kalau yang nak berguru online dengannya bolehlah menyinggah....nak jadi pengedar cookiesnya atau apa2 aje kena baca sampai khatam...jangan jadi macam saya(dah separuh khatam ala gayanya..kuikui)....dah melekat pagi nih kat blog dia menuntut ilmu...pendekata macam2 adaaaaaaa...i lap ur blog....Pn. Ina!!!

Terbaca dari blog sini(seorang adik yang saya tempah Febuari lalu untuk design kan blog bisnes kesihatan saya yang tak berapa cantik dolu2x....sekarang dah lawaaa sebab sebab saya minta dia bubuh bedak color oren gitu iaitu HOUSE OF ALPHA LIPID & SD2)

Berminat nak tempah ngan adik WHITEY MOMMY???

Jangan ragu2x...
Jangan pandang2x...
Jangan malu2x.... (bak nyanyian Suhaimi Meor & Ana Rafali itewww)

Ok dari situ la saya terus jatuh cinta bila tengok tajuk blog so marilah ramai2 boleh terus kesinun!!!

Jatuh cintaaaaa tak tenguk blog pink color???? 

Kena tgk la siapa yang tukang design...sian tau tak tidur malam perahhhh ideaaaaaa!!! Tepukan gemuruh untuk si tukang mekap sama naaa... i lap u Sha!!!

p/s:apa2 aje lah merapu pepagi ni...ada masa nanti saya kongsikan lagi2 blog menarik al-maklum memang kerja suka menyinggah cari blog menarik tp bukan sejak lahir sejak 2004 masa tu free menyinggah dari bumi sakura dah terbawa2 balik sini...macam org takde kerjakan...dah la dalam proses nak pindah rumah tak lama lagi....packing belum habis.... tp yang penting sgt berfaedah bukan saja2 teropong...pergi berguru tauuuuu sambil baca dpt kawan... harus juga dapat imu manfaat gitu...syokkknya!!!

>>>Kalau setuju angkat tangan taip langkah untuk jadi follower bab dari ceruk dapur dapur iaitu KISAH AKU DAN KUIH k!!!

Babai kita jumpa lagi...sekian untuk corat-coret pagi ini.

Monday, May 2, 2011

Bulih tera jenis2 bihun hok sedap!!!

Antara jenama bihun2 yang agak sedap dari pengalaman masak memasak utk anakanda dan kekanda....Cap ABC...ada satu lagi yg suka tapi lupa daaa...dan yang terbaru pagi nih goreng...tetiba rasa sedap sangatttt,lembutttt,halusssssss(cam kat iklan  Nescafe tuh)....yang kasar biasa kurang sedap...chek2x rupanya adalah CIK  JASMINE...bulihlah acu cuba tera teh kat dapur masing2 k!!!

Lembuttttt dan halussssss........
p/s:kalau ada yang nak kongsi jenis2 bihun sedap bolehlah tinggal komen k...terima kasih atas perhatian anda pengunjung yang dikasihi  !!!