Tuesday, November 30, 2010

Slice Cheese Cake

Assalamualaikum...
Sejak 5 hari lepas ini busy sikit dengan urusan bisnes susu kesihatan iaitu susu kolostrum yang mendapat permintaan ramai apa lagi kalau bukan CIK ALPHA LIPID...menguruskan keahlian utk ahli2 baru dan juga order untuk stok sendiri minum juga khas untuk regular customerku....

Satu lagi kesibukan ditambah pula....anakanda sulong pun dah selamat bersunat dah pun Sabtu lalu jam 12:30 tghari kat Klinik Zalfah..gara2 itu MAKA lebihlah sibuk sikit dari kebiasaannya menguruskan keperluannya(dahlah manja terlebih..huhu)...lagi2 memenuhi permintaan kekanda minta buatkan pulut kuning untuk diagih2kan kepada jiran tetangga terdekat...alahmdulillah tercapai jugak hajat nak makan pulut kuning tanda  kesyukuran dan legaaaa..misi accomplished!!

Oklah hari ini nak masukkan entry kira pertama kek yg dibuat minggu lepas untuk di letak kat blog ini...nak pelbagaikan walaupun konsep ...at least ada...blog khas ini actually nak lebihkan  kepada aneka nasi dan lauk pauk....

Untuk makan2 1 famili rasanya hidangan kek ini....utk famili kami kira sesuai la...2 dewasa,3 kanak2!!!

 before baking....

Sumber Resepi: Kawan Maya~Ros Osaka:

Bahan-bahannya ( acuan kek saiz 18cm ):
***sumber resepi dari website  masakan jepun. Ros dah translate kan siap-siap, tapi ade sedikit je perubahan bahagian cara-cara tu, ros ringkaskan supaya lebih mudah difahami.

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft***diriku guna 5 kpg)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin(guna PLANTA jek tp kalau nak lebih sedap MESTI gunakan butter k)
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

 after baking....


 ***Skip cara bain marie...huhuhu...pastu tambah lorekan dgn coklat emulco yg ada dlm peti ais...buat dalam 2 loyang kecil satu...yg segiempat 1...loyang chiffon(sekejap jek abis panas2 anak2 makan)...tp dari segi citarasa memang tak boleh kalah kalau guna CIK PHILADELPHIA!!!



Sekian,kita jumpa lagi dehhhh..kena masuk opis belakang lak!!!

Monday, November 22, 2010

Set Nasi Arab

Assalamualaikum....

Lama jugaklah Anaa(tukar slang laa) meneliti resepi dari Negara Arab sebab ada macam2 masa buat pencarian ada seakan Nasi Minyak jek(kena tolak ketepi)...tapi nak yang betu2 taste dari sana kira kalau bolehhhh seakan2 nasi dari Saba Restaurant atau iras2 Al-Jazeera kat Cyberjaya...tempat peberet kami anak beranak makan terus jatuh cinta..huhu...nak minta resepi sure lagik pasti dorang tak kasi......bertuah la kalau dapat!!!

Hasil dari kombinasi beberapa resepi yang diteliti dari alam maya gitu dibuat pada 20 Nov..special sikit sempena nak menjamu anak2 dan suami sehari lepas hari lahirku.Alhamdulillah kekanda makan 3 ke 4 kali tambah jugaklah..makan nasi saja pun sedappppp dah katanya!!!!

Kena tempek baik2 kat sini nanti senang nak rujuk bila2 je mengidammmm...sebab begitu lama ambil masa buat pencarian bersama PAKCIK GOOGLE!!!


Sumber:Homemade Rempah Kabsa
(***saya skip biji ketumbar boleh ganti dgn biji rempah..sebab ikut citarasa lebih sedap dlm apa2 masakan)
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **(***yg ini skip sbb tiada dlm stok)
1 sudu makan serbuk cili(***juga skip)
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.


Antara bahan pelengkapnya...yg lain tambah asing!!!

Sumber: 
2 tablespoons cardamom pods
2 tablespoons cloves
2 teaspoons black pepper
1 teaspoon nutmeg
1 teaspoon ground
1 teaspoon ground kholegan (if this is not available use ginger)
4 bay leaves

1. In a coffee grinder or food processor finely blend all spices together until in powder form.

Nasi pun kena wap/perasap dengan arang...berkepul2 bila buh minyak...

Sumber: http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

Bahan2 Nasi Mandy:
(Resepi diubhsaui bila guna 5 pot beras***Anggaran 8-10 orang makan)
 
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (*guna 3 s/b minyak sapi +2 sudu minyak)
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis(***skip sebab makan kat restoran Arab tak ada pun)
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air

(***rempah cuma guna 6 biji buah pelaga,10 kuntum bunga cengkih,20 biji lada hitam..tak perlu k.kayu manis nanti macam nasi minyak lak)
Garam secukup rasa.(***5 pot beras sesuai dgn garam 1 s/b jgn penuh sangat)

Cara penyediaan nasi:

 
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. 


Kali ni bubuh  daging korban free yang dimasak empuk bersama air rebusan sebagai penyedap rasa...

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih(***potong 4)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron(***guna pewarna jek)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.(***bakar lepas 1/2 jam lebihkan  300 celcius baru nampak garing..bergantung kepada oven)
***Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
 Ayam Mandy Ala Bakar...lain kali boleh try masak terus ngan nasi pulak!!!


Salata Hara/Salatah Arab/Jelatah:


1)Jenis 1:(cuba jenis yang ini tapi modify sikit citarasa)
Sumber:http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

1 biji tomato ~ hiris(***boleh tambah)
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris(***skip)
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus(***kurangkan)
Garam
Gula
Perahan lemon.
***optional tambah timun juga yogurt lebih sedap(lupa resepinya dari mana)
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
***boleh potong kiub2 aje seperti kat restoran Saba itewww...
2)Jenis 2:

All Arab countries have a version of salata hara and all go by different names. This is the version we make in Riyadh, Saudi Arabia. Some may be more green which means that more coriander was used. This is served alongside meat and rice dishes.

1 large tomatoes
1/2 cup fresh coriander
Juice of half a lemon
1/2 teaspoon salt
2 red chili peppers
2 teaspoons baharat spice blend

1. In a processor add tomato, coriander and chili pepper, lemon juice, baharat, and salt. Blend well.

Salatah yang dibikin ikut citarasa kombinasi resepi bagi menyedapkan anak tekak...

Segala bahan2 yang dicari dikombinasikan mengikut naluri rasa diri sendiri...dok banding2kan rasa ngan Saba juga al-Jazeera yg berjiran dengannya yang pernah kurasa....jadilah kot..untuk menghilangkan rasa mengidam nasi Ala2 pure dari negara Arab gitu....maka terhasilalh sepinggan nasi arab...tapi ari tu buh lauk daging kat nasi sebab banyak dapat daging korban bukan ayam....supaya tidak membazir...apa lagi korbankannya kedalam Nasi Mandy la jawabnya....hehehe.

Sepinggan hidangan buat penawar rindu sekeluarga pada masakan Arab...

Jom kita tenguk set lengkap MENU NASI ARAB...mesti sediakan Nasi Mandy,Ayam Mandy & Salata Hara...


p/s:Kepada peminatnya selamat mencuba....huhuhu...berpeluh2 makcik mulakan pencarian resepinya yang meamakn masa..konon2 kena study dulu persediaan...ada ka patut??? Mungkin berbaloi2 bila tgk sang suami makan bertambah2...3 kali tambah kotttt..
Antara nasi yang menjadi selera kami dan PASTI boleh dibuat lagi dan akan masuk list menu keluarga gitu...berbaloi2 mencubanya!!!


Nota kaki:
1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Sunday, November 21, 2010

Daging Goreng Kelate

Assalamualaikum...

Ini resepi paling simple...tapi tetap suka....jom main goreng2 daging sempena dapat daging korbannnnnn yang banyakkkkkkk...tempohari dalam 6 kg..tapi dah agih2 juga setengahnya!!!!
















Bahannya:
300 gm daging(garam kunyit siap2)-potong nipis2 tapi agak lebar
1 biji bawang besar-hiris nipis2(tambah jika suka lebih)
1 biji lada merah dan 1 biji hijau -potong serong2
sedikit minyak
***optional hiris sedikit daun bawang dan sedikit kicap

Caranya:
-Goreng tanpa minyak dengan sedikit air supaya daging empuk,lepas itu baru masukkan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing baru letakkan bawang hiris dan cili potong dan goreng sekejap hingga agak2 wangi. Siapppppp untuk dimakan panas2...

Saturday, November 20, 2010

Kenal Pasti Minyak Sapi Tidak Halal!!!

Assalamualaikum....

Kredit to:http://qhairul-nizam.blogspot.com

Dalam menyambut lebaran yang mulia ini, pasti ramai yang berpusu-pusu menyediakan persiapan hari raya, menyediakan pakaian, hiasan rumah tak kurang jugak yang menyediakan juadah kueh raya.

Namun apa yang menyedihkan terdapat beberapa berita yang kurang enak didengar, dari hari kehari banyak pulak produk dan barang makanan disahkan tidak halal, sijil halal ditarik, yang diraguinnya kenapa bukan sebelum diberi sijil halal, tidak disiasat betul status halal sesuatu produk. Kita sebagai pembeli kadang-kadang kecewa akan tindakan yang lambat ini, Agak-agak berapa banyak lagi status produk makanan yang diragui?.

Berikut, Mengikut daripada sumber berita, dan JAKIM ia mengesahkan jenama minyak sapi berikut adalah tidak halal.




 KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.
Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.

Nota kaki:
1)http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MinyaksapijenamaQBBPureGheetidakhalal/Article

Mee Rebus Tokwan

Assalamualaikum...

Resepi berguru dari mak mertua...ala2 Utara gitu...bahannya amatlah banyak kalau betul2 punya resepi yang asli!!!Dibuat masa Aidiladha baru2 ini untuk hidangan tenghari sampai ke malam utk makan kecil2an...bolehlah 12-15 orang!

Bahan-bahan:
***untuk hidangan 12-15 orang (boleh lebih actually)

4 paket mee kuning(400gmX4=1.6kg)-celur sekejap sahaja
















Bahan untuk kuahnya:

½kg  kilo @4 biji saiz sederhana ubi keledek merah yg baru(rebus & blender dgn 4-5 liter air)
1/2 botol  tomato sos saiz kecil
½ botol sos chili saiz kecil
1 bowl cili kering mesin (ikut suka pedas) 
1/2 kg daging lembu (potong kecil2 & rebus sekali.boleh letak asing)
100gm/1 biji bawang besar-blender
15 biji bawang merah-blender
3 ulas bawang putih-blender
1 buku halia-blender
sedikit minyak masak utk menumis
air rebusan udang dan sotong
1 genggam udang kering-sangai-blender(boleh letakkan bahagian dressing)
1 paket fish cake-hiris nipis2(boleh letak bahagian dressing)
sedikit garam(gula tidak perlu dah rasa manis daging dan keledek)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,bawang besar , cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  2. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. Bubuh garam, ,sos tomato dan sos cili. 
  3. Masukkan daging potong  dan masak hingga daging lembut dan masukkan air rebusan udang dan sotong juga potongan fish cake. 
  4. Biarkan mendidih dan mereneh agak lama dan siap untuk di hidang dan dimakan.....


Bahan sayuran/Dressing(15+++bahan2nya):

1 ikat sawi-celur(asing batang dan daun)
200 gm Taugeh - celur 
Sedikit daun bawang dan ketumbar - hiris nipis
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
4 biji Kentang rebus saiz sederhana-dihiris nipis2 
5 biji cili merah - dihiris nipis
Tomato-hiris nipis2 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua/hiris nipis2 
8 biji telur rebus - belah dua/slices
Udang-direbus sekejap(boleh potong or seekor)
sotong-direbus sekejap(potong halus)
Bawang goreng 

Bolehlah dihidangkan panas2 untuk sepinggan hidangan..letak mee,ambil serba sedikit dressing dan akhiri dengan kuah yang banyak untuk lebih terasa sedapppnya k...

p/s:bila bahan2 banyak digunakan MAKA kosnya agak tinggi TAPI lagik sedappp!!!

Friday, November 19, 2010

Sawi Masak Sos Tiram

Assalamualaikum....

Kali ini sempena di hari lahirku yang ke-36 tahun daaaaa...rasa macam dah tua pulak....alhamdulillah banyak terima ucapan2 dari kawan2 dan saudara kat facebook la... kat mana lagik senang nak wish...anak2 sibuk nak belanja ibu(sibuk ber"secret2"...aka bisik2 dgn abahnya dari minggu lepas lagik)....terima kasih semua...seronok boleh off dapur utk malam ada jemputan khas dari dorang...ingatan kan masak special sikit tapi tunggu esok weekend je la kot...lagi pula bahan2 kelengkapan kekanda tak dapat cari lagi.

Azam hari lahirku...moga2 diriku semakin rajin berkongsi resepi(niat dah ada oklah HARUS dibajai)...juga semoga diriku sentiasa rajin & bertambah kreatif memasak utk menu hidangan famili....

Ok kali ini tanpa membuang masa nak berkongsi resepi sayur menu keluarga yang simple tapi menjadi kesukaan anak2..ala masakan Chinese...dorang ni memilih sedikit bab sayur2 yang nak dimakan tapi kalau masak yang ini...insya-allah larissssss....terutama Abang Long....peberetnya gitu..boleh aje diratahnya!
















Bahannya:
2 ikat sawi jenis seperti di atas-potong hujungnya dan celur dgn sedikit minyak & garam lalu toskan.
3 ulas bawang putih-hiris halus
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar tepung jagung (campur dgn sedikit air,boleh tambah ikut kepekatan)
sedikit cili merah-potong
sedikit lada sulah
sedikit minyak bijan
***optional kalau suka boleh tambah cendawan hitam dihiris halus

Caranya:

-Tumis bawang dengan sedikit minyak biasa dicampur minyak bijan hingga wangi.
-Masukkan sos tiram dan air tepung jagung.
-Masukkan cendawan jika suka bersama cili potong dan sedikit lada sulah dan gaul mesra hingga mendidih sekejap sahaja.
-Siramkan sos yang dimasak tadi atas sawi yang siap disusun teratur seperti contoh foto.

Thursday, November 18, 2010

Cencaru Goreng Sumbat Sambal Istimewa

Assalamualaikum...


Hari ini dah pun masuk hari kedua AIDILADHA....selamat menyambutnya buat seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada terutama untuk kawan2 setia kat blog ini..huhu..macammm la ada peminat!!!

Kali ini kami raya di Bangi saja tidak dapat pulang ke daerahku yang tercinta di Bukit Marak(patutnya turn balik sinun),Kelate mahupun Sg.Petani, Kedah...kekanda tak dapat memanjangkan cuti..HANYA sehari je dapat beraya...menu semalam cuma ala kadar dan alhamdulillah kesihatan yang mengizinkan...tersedialah NASI IMPIT KUAH KACANG & MEE REBUS ISTIMEWA untuk hidangan keluarga terdekat aje...jeng3x..nanti bolehlah taruk kat blog nih!

Pagi ni pula nak masukkan entry maskaan minggu2 terdahulu....menu keluarga yang berguru dengan mak mertuaku. Macam2 actually resepi sambal sumbat ini...ini antara resepi yang disukai....dapat pulak cencaru agak besar saiznya...sangat sesuai...tapi suka intinya tak kembung sangat sebab bila goreng agak2 masak intinya....nak umpama kan....kira2 dan agak2 ikan mengandung 4-6 bulan jek...bukan yang 9 bulan(boleh bayangkan tak)..hehehe..jom cuba kat dapur!!!!
















Bahan sambal :
(***untuk 2 ekor ikan cencaru sederhana saiz)

3 biji cili merah
1 susu besar jintan manis
10 biji bawang merah
2 batang serai
1 buku kunyit/1 sudu kecil kunyit serbuk
segenggam kelapa parut/50 gm
sedikit belacan,garam dan gula
***gunakan blender kering/tumbuk lebih sedap
***jika suka pedas tambahkan cili padi
***jika mahukan lebih tambahkan kelapa parut sehingga 100gm!!!

















Bahan tumbuk tadi disumbat ke dalam cencaru yang digaram kunyit siap2 bahagian luarnya...dan sediakan lebih awal sejam sebelum menggoreng.
Hasil gorengan sudah ngak adalah pulak...sedap dimakan panas2 nak ratah pun boleh....belum sempat disnap...dah tinggal tulang!!!

Tuesday, November 9, 2010

Nasi Dagang Putri Saadong

Salam pagi Rabu...

Hari ini dok belek2 resepi..rupanya belum ada entry nasi dagang so apa kata kita jamu mata dan jangan lupa mencuba keenakan nasi dari Pantai Timur ini khas untuk peminatnya....cuba jangan tak cuba pulak!!!

Nama Putri Saadong diambil sempena daerah kelahiranku BUKIT MARAK(yang tercatat dalam sejarah negeri Kelate) yg sinonim dan diketahui salah satu tempat Tuan Puteri ini dikatakan bertakhta buat terakhir kalinya(bukit tempatku selalu melawat waktu kecik2 dulu2..kira pusat pelancungan juga sebab Sultan pun juga melawat tempat tinggalan sejarah ini yg ada seperti air kolam tempatnya mandi manda,batu seperti pinggan tersusun,)....boleh klik ini untuk cerita sejarah TUAN PUTERI SAADONG!!!

Dan siri sambungannya DI SINI dan pada 8 Jun2010 dikatakan kerabatnya keturunan ke-7 iaitu  Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali dihebohkankan oleh media cetak sebagai pewaris PUTERI SAADONG di dalam UTUSAN MELAYU!!!

Dalam kita tidak lupa pada asal usul sejarah negeri janganlah kita lupa juga kepada makanan tradisi yang perlu dimartabatkan agak tidak dilupa dek generasi muda dan sentiasa kekal di hati...caranya dengan selalu memasak walau di mana sekalipun kita berada jauh dirantau orang tanpa perlu "tunjuk" kat kedai makan!!!

Jom belek2 resepinya pula ya utk mkn2 saiz keluarga yg kecil....lebih puas memasak sendiri sebenarnya...SEBAB SEMUA SECUKUP RASA!!!
















NASI DAGANG PUTERI SAADONG:
***utk makan 6-8 orang

3 pot beras nasi dagang+1 pot beras pulut
1  biji kelapa( dapatkan santan pekat)bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).
6 ulas bawang merah-dimayang halus2
2 ulas bawang putih-dimayang halus
1inci halia-dimayang halus
sedikit  halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara memasaknya: 

Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 6 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan  baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Untuk lauk pauk pula bermacam2 boleh dijadikan lauknya spt contoh dibawah:

1)Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Aya/Tongkol:
 
1 ekor ikan tongkol yg  saiz besar yg dipotong kecil ,dibersih( direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam)
1 paket santan jadikan 500ml
10 biji bawang merah plus 1 biji bawang besar
3-5 tangkai cili kering ikut suka
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2-3 asam keping
3-5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2 atau potong 2)
Sedikit garam dan gula

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya.

2)BERIANI AYAM KAK LIZA
 
1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara:
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.

Sambal kelapa:

-4 ekor ikan kembong/selayang(dibakar-ambil isi)
-2 batang serai
-8 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

Caranya:
 goreng  tanpa minyak kelapa parut . Bila agak garing angkat ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..
*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

Acar Mentah Seri Chendana:(nama sempena nama glemer kat Jepung)
















Bahannya:
 
1 batang carrot-dipotong panjang dan halus
1 batang timun dipotong panjang agak kasar
1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah
sedikit cuka makan dan garam gula secukup rasa
Sedikit bijan utk hiasan

Caranya:

Masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan cili dan boleh digaul dengan bahan2 yg lain! Baru ditabur bijan untuk hiasan.Sediakan 1-2jam sebelum dimakan agar rasanya sebati. 

p/s:nasi ini selalu jugak dimasak...time raya puasa yg lepas pun sediakan dlm 2 kg utk tamu..kira open house kecil2an aje sebab tuan rumah berbadan dua...dan kena rest tak boleh buat kerja berat buat masa ini atas nasihat doktor.Bila balik Bukit Marak...selalunya beli stok beras utk bekalan dibawa pulang ke Bangi...kalau teringinnn kita masak aje guna bahan2 tanpa kedekut baru sedap tak terkata...nak tunjuk2 pun kurang memenuhi selera gitu!!!

Tepung Boko Ubi Kayu

Selamat petang...

 Hari ini terasa nak share resepi cubaan membuat salah satu peberetku kecik2 dulu..setelah lama jugak ambil masa buat pencarian di alam maya....Ahad lepas kekanda dapat mencari cik ubi kayu kat Pasar Tani Bangi kat PKNS....so akhirnya beranikan diri...sukat sendiri...agak2 dan pastilah merujuk resepi juga...kali ni merujuk beberapa resepi salah satunya  yang terkenal kat fotopages iaitu Kak Jie-Jie.Terima kasih kepada tuan punya resepi tapi yang kat bawah ini diedit...sebab prefer guna sukatan tepat dan cuba juga memasak je utk bahan A tapi nampak tak sempurna masaknya so lebih prefer kukus baru nampak elok ubi kayu.

Sebelum itu nak share sedikit sejarah hidupnya...info diambil dan ditambah serba sedikit...kredit to:http://citarasawan.blogspot.com

Tepung Boko Ubi Kayu,, "Boko" bermaksud Talam dalam bahasa Kelantan dan ada 2 jenis iaitu Tepung Boko Ubi Kayu dan satu lagi Tepung Boko Tepung Beras . Cara mengukusnya sama seperti kuih talam ubi kayu yang biasa dibuat tetapi adunannya agak lembut dan dihidang bersama kepala santan. 
Kuih ini agak lembut dan tidak boleh dipotong, apabila menghidang kuih ini di sudukan kedalam mangkuk dan dituang bersama kepala santan yang lemak masin.  Kuih ini lebih enak jika dibungkus didalam daun pisang bersama kepala santan, kerana aroma dari pisang membangkitkan lagi keenakkan kuih ini.

Tepung Boko Ubi Kayu Kelantan ini enak dimakan panas-panas maupun ketika sejuk.  Sekali cuba dapat rasakan perbezaannya dengan kuih talam ubi kayu yang lain.

Seingat saya zaman kanak2 dulu2...orang2 dulu berjualan biasanya orang  perempuan agak2 berumur dengan meletakkan tepung boko ini didalam talam yg besar dan sudah tentulah menggunakan daun pisang sebagai pembungkus rasmi.

TEPUNG BOKO UBI KAYU PERISA PANDAN ORIGINAL:

Bahan2 A: 

 
600gm ubi kayu~dikisar dan ditapis untuk ditoskan airnya( anggaran 2 cawan utk mengisar tapi lepas tu buang secawan lebih air)
220gm/1 cawan gula pasir(tak perlu penuh)
1 cawan/200ml air daun pandan(guna 10 helai)+1 cawan kurang/180ml  air yg dikisar dgn ubi kayu tadi=380 ml campuran keduanya.

Sedikit garam ***gunakan pewarna hijau utk menaikan warna hijau atau ada juga versi kuning oren(yg foto adalah asli guna pandan sahaja)

Caranya: 

 
1. Masukkan ubi yang telah ditoskan airnya,gula, air & daun pandan ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan adunan ke dalam periuk kukus dan kukus dalam 20 minit.
3. Siap untuk dihidangkan bersama kepala santan. 


Hasil selepas dikukus...makan panas2 gini pun dah sedappp!!!Eh "kepalanya" belum ada!!!


 














Bahan B/Kepala santan:

1 paket  santan pekat dlm  anggaran 250ml
3-5 sudu tepung beras
sedikit garam
Daun pandan disimpulkan 

***boleh lebihkan anggaran jika mau lebih

Caranya: 

 
1. Satukan santan dan tepung beras dalam periuk. Masukkan daun pandan
2. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sehingga santan pekat.
3. Angkat dan curahkan ke atas kuih ubi yang dikukus tadi. 


Dah siap kepala santan..apa lagi jom scoop masa panas2 atau boleh mkn sejuk2!!!




















p/s:alhamdulillah tercapai juga hajatku sebagai anak rantau dari Negeri Che Siti Wan kembang nak mecuba membuat sendiri dan rasai keenakan tepung boko yang suatu ketika dulu sangat famous dikalangan rakyat Kelate khasnya...mudah2an tidak dilupai oleh generasi muda kini!!!Anak2 juga juga suka untuk merasa terutama Kak Chik Naurah...tu dia nyum3x...tak kira tgk siapa yg makan..asyik nak join jek!!!

Saturday, November 6, 2010

Nasi Mentega Chiba

Assalamualaikum...

Hari ini nak masukkan entry salah satu resepi nasi yang agak simple tapi sedap dan tak muak dimakan yang dipelajari dari seorang kakak masa di Chiba Prefecture, Jepun.

Perkampungan WELSHAN ialah rumah pertama kami semasa merantau selama 3 tahun. Terima kasih jiran kami...Kak Nur yang sudi berkongsi resepi yang walaupun simple tapi best...apa lagi korek2 la guna bahan apa....ouh senang ja...sedap pulak makan kat open house rumah dia...orang kata tak muak sangat makan banyak2 pun....arigatou ne!!! Saya kongsikan resepi yang menarik ini kat sini pula supaya ramai dapat manfaatnya!!!

Resepinya lebih kurang ala2 Nasi Minyak juga cuma gantikan minyak sapi dengan mentega....nak2 guna mentega pure punyer jgn gunaa Lepa Buttercup mudah muak...mesti sedapppp...resepi untuk 1 kg beras Basmathi adalah olahan saya sendiri dan banyak kali dah berasap dapur mencubanya...paling banyak masak...time raya puasa tahun lepas kat Bukit Marak pun siap hidangkan menu nih bersama Kurma Daging(resepi ibu mertuaku),Ayam Goreng Berempah & Acar mentah...sekejap jek habisssss hingga tengahari sikit..sampai ada orang kempunannnnnn...hehe..kesiannnn...tapi takpa kita masukkan dalam list hidangan untuk menu raya!!!

Resepinya:
(***untuk makan saiz 8-10 orang)


Nasi mentega yang simple tanpa pewarna.....


















7 pot=1 kg  beras Basmathi
1/2 bar mentega tulen GOLDEN CHURNN(yg paling best yg pernah saya cuba)
7 ulas bawang merah-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
1 tin susu cair plus air jadikan 7 1/2-8 cawan sukatan beras
Serba sedikit rempah 4 beradik
3 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam dan sedikit minyak
***optional kismis/gajus utk hiasan/daun pudina
***untuk warna lebih boleh letakkan sedikit kunyit/pewarna kuning

Caranya:

1)Panaskan mentega dan minyak,tumiskan bawang yang dimayang serta rempah 4 juga pandan beradik hingga wangi.
2)Masukkan beras,kacau sebati dan masukkan susu cair serta air dan sedikit garam dan kacau rata.
3)Masakkan dalam rice cooker.Bila dah hampir masak ,masukkan kismis dan hirisan daun pudina.
4)Bila dah masak,gemburkan dari tepi dan berhati2 supaya beras tidak patah. Boleh taburkan bawang goreng untuk hiasan.


Thursday, November 4, 2010

Sup Tulang Special dari Bukit Marak

Salam pagi Jumaat....

Hari yang mulia ini nak letakkan salah satu resepu gubahanku mestilah ala2 Qlate skit(org Qlate suka perahkan limau nipis bila nak menghirup sup ni)...biasanya macam2 resepi sup yang kita pernah jumpa..dan macam2 gaya masakan pun ada... terpulang untuk mengolah ikut citarasa seisi famili gitu...biasanya anak2 tak berapa suka pedas,oleh itu kena ikut budibicara ibu yang jadi chef di dapur..memadankan resepi untuk menjadi santapan keluarga...kita tukang masak..kita tukang "edit mengedit" gitu!

Ada resepi simple...dan biasanya kalau yang bahan2nya agak banyak ..tentulah lebih sedap terasa kat anak tekak bila menghirup sup ni..paling penting dihidang dan perlu makan ketika masih panas..jangan lupa sediakn bowl kecil uytk menghirup....biasanya para suami suka diletakkan bowl di sisi hidangan utk lebih merasa kesedapan kuah sup itewwwww...acara menghirup  kuah jadinya..syruppp...syrupppp....hehe..itulah suamiku!!!
















Bahan2nya:


1 paket rempah sup bunjut
1 biji bwg besar-potong baji
3 ulas bwg putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
rempah 4 beradik(k.kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang)
sebuku halia-tumbuk
2 hiris lengkuas-tumbuk/ketuk

1 sudu besar lada hitam(tumbuk)
1 sudu kecil rempah biji or ketumbar(tumbuk)
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
 1-2 sudu besar  rempah kurma or sup...
***Optional lupa lak kasitau letak klu suka kentang ,carrot n tomato..lebih manis orang kata kuah sup!!!
***klu nak pedas tambah cili api potong...jgn x potong!
p/s:yg penting make sure cik tulang sudah empuk...maka tutup api perah limau nipis sehiris dua..or ikut suka ....pastu taburlah daun ketumbar n daung sup serta bawang grg!Insya-allah Wallahhhhhh!!!