Salam pagi Selasa bersama 12 Zulhijjah...
Nak share tips dari dapur yg kadang kita terlupa untuk mengamalkannya!!! Jom tgkkkkk....
Petua dalam masakan yang menggunakan terung,JANGAN masukkan air asam jawa terlebih dahulu sebelum terung kerana ia akan melayukan terung.
Sementara masakan yang menggunakan sayur bendi hendaklah dibubuh air asam jawa dulu sebelum bendi supaya TIDAK MELENDIRKAN masakan tersebut!!!!
~Koleksi & cerita-ceriti semasa berada di ceruk dapur...dari suka2 kini terjah ke dunia biz masakan~
Showing posts with label Ilmu Dapur. Show all posts

Monday, November 7, 2011
Tuesday, June 14, 2011
Jom kenali Cik Ovallette Yang Gebu!!!
Salam pagi Rabu....
First time bersiaran pertama kali dari rumah baruku di Semenyih pulak...walaupun kerja kemas mengemas belum siap sepenuhnya...tak dapat menahan \diri nak berblog kejap..jadi lah kan...banyak nak kongsi cerita actually...ini untuk sesiapa terutama adik2 yang belum pernah mengenali sidia di bawah ini!!!
Biasa kita masukkannya dalam kek sponge...terasa kegebuannya...tenguk namanya kat bawah ini Sponge Kek Emulsifier...kan dah kata...juga kalau tak silap untuk kek gulung juga boleh untuk menambah kelembutan kek. Nanti nak cuba aplikasikan kat dapur sebab kek gulung jarang2 buat rasa teruja juga nak buat eksperimen.
Ini contoh kek koleksi dari blog lamaku yang menggunakan ovalette....sedap dan lembut sangat.Ok la jom baca selanjutnya masa tidak mengizinkan berceloteh panjang.
Siapakah gerangan Cik Ovallette yang digembar-gemburkan mempunyai kelebihan dapat menggebukan kek bila dimasukkannya???
Biasanya tahan lama...expired date dalam 2 tahun masa belinya.Ia juga berfungsi untuk memudahkan kek keluar dari acuan.

![]() |
| Biasaku beli yang ini Cap Bunga Raya!!! |
Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan, insyaAllah halal. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.
Monday, April 18, 2011
Tip menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk 1!!
![]() |
| Contoh ilustrasi carian Pakcik Google!!! |
1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.
3. Daging
Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.
4. Ikan
Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku.
5. Sayur-sayuran
Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.
6. Makanan
Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.
7. Sos dan kicap
Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.
8. Sisa Roti
Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.
9. Kebersihan
Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.
Rujukan:
http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/tip-menyimpan-makanan-dalam-peti-ais/
Saturday, April 9, 2011
Bubur Kacang Lebih Enak???
Assalamualaikum...
Jom tenguk petuanya:Rujukan MW
Sebelum merebus kacang hijau,eloklah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi.Matikan api selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan masak lebih cepat nanti.Insyallah anda kaan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya. Apatah lagi jika ditambah dengna durian sebagai perisa tambahan....mesti sedap!!!

Tuesday, December 21, 2010
Risiko Gelombang Mikro???
Assalamualaikum...
Tidak patut rasa jika saya tak sharekan info ini untuk panduan terutama surirumah yg berhajat memiliki MIKROWAVE OVEN....fikir2kan masak2 sebelum membeli...bagi pendapat saya ada benarnya....saya juga tiada berniat untuk memujuk sesiapa jangan membeli kerana saya pernah memilikinya semasa di Jepun so bila terbaca info ini berulang kali kesannya melekat di hati...takut jadinya!!!
Alhamdulillah lega sangat2 sekarang tidak perlukan lagi....takut bila memikirkan risiko jangka panjang...untuk jangka pendek..memang kita terasa ianya begitu memudahkan/membantu kita terutama pada waktu nak panaskan lauk di musim sejuk(semudah A,B,C...tekan jek panas la makanan itewww)....tapi bila tenguk kesan2nya untuk famili kita pada masa akan datang....ada dan sangat2 baiknya....FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBELI YA!!!
Rujukan : Dari BLOG LAMA kena pindah info kat sini pula:
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah:
Fikirkan...
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri?
Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.
Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!
Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
1)http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
2)http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html
3)http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

HEBAT "pertolongannya" buat masa ini... tak semesti CANTIK "kesannya" pada masa akan datang!!!
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah:
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .
Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.
Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.
Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.
Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.
Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.
Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.
Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).
Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan...
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan...
Fikirkan...
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri?
Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.
Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!
Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
1)http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
2)http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html
3)http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm
Thursday, October 14, 2010
Kenali raja ulam nasi kerabu!!!
Assalamualaikum...
Ulam utama utk nasi kerabu,laksam atau laksa versi Qlate...
Alhamdulillah kali ini dapat juga berkongsi dengan pengunjung blog ini yang tidak mengenali RAJA SEGALA ULAM bagi nasi kerabu,jenis laksam atau laksa versi Qlate.Anak pokok daun serai kayu ini dibeli sewaktu berkunjung ke Bukit Ekspo sempena konvo anak buah dari Mempaga....seronoknyaaaaaa dari jauh bila tengok tulisan yg tertera dgn harga pulak yg berpatutan...kakakku dari Mempaga pun teruja sama....bagai pucuk dicita..ulam yg selama ini kucari!!!
Inilah ulam utama yg kuketahui dari kecil sepatutnya diletakkan sebagai ulam2an untuk makanan dari Qlate ini. Namun dewasa ini agak susah nak perolehi nak2 di Selangor atau KL....masa berjualan nasi kerabu dulu2 pun kadang boleh dapatkan stok kdg tak dapat.Kira dalam membuat pencarian sana-sini kat alam maya, baru dpt tau pokok inilah juga ada nama lain yang daun salam,samak kelat,bay leaf,daeng klua(Thai)....aduhai ceteknya ilmuku...banyak yang perlu diselongkar lagik!!!
Cerita tentang daun ini mengingatkan kisah manis bersama arwah ayah....sebabnya sokmo mengikut dia ke kebun Mokji.....ada satu pokok yg agak besar tempat kita orang selalu kutip daun2 muda pokok ini utk buat ulam nasi kerabu atau laksam mahupun laksa utk acara makan2 kat rumah....aduahi syahdunya kenangan waktu kecik2!!!
Dah dapat pokok idaman hati ini...kena jaga biar membesar bagai johan...walaupun sekarang masih menyewa tapi apakan daya...hendak seribu daya....tanam ikut kesesuaian keadaanlah kiranya.
Perlu popularkan balik ulam2an yang kadang semakin dillupakan dan generasi baru mungkin semakin tidak mengenali pokok ini lagi....hehehe..tetiba rasa macam orang2 lama lak...berjiwa sentimental pada pokok kesayanganku kini yang mengingatkan pada kenangan manis zaman kecil2 dulu2......aduhaiiiiii...begitulah al-kisahnya cinta dari dapur anak rantau Bukit Marak!
Nota kaki:
http://id.wikipedia.org/wiki/Salam_%28tumbuhan%29

Subscribe to:
Posts (Atom)