Tuesday, December 28, 2010

Nasi Goreng Seafood &Mix Fruit Salad My Version!!!

Assalamualaikum...


Lama tak buh entry....ini Nasi Goreng Seafood & Mix Fruit Salad diberi nama sebab kebetulan bahan2 yg ader semua berasaskan seafood...bahan yg nak buat pizza untuk makan malam....dah balik dari supa lewat dah....jadi ler nasi goreng...fruit n salad pun ader utk malam actually...apa lagi jom godek2 kat dapur...bikin resepi ciptaan sendiri ler dah tak sempat nak rujuk kat mana2 dah....perut laporrrrrr...baralun2!

Bahan2:
Nasi lebihan semalam(boleh untuk 5 -6 org)
Sotong,udang,crabstick(ditepung tawar dgn tepung jagung n lada sulah dan digoreng kejap)
4 ulas bawang putih
1 btg serai(boleh ketuk or hiris halus2)
1/3 cup mix vege
garam,sos tiram,kicap manis dan masin secukup rasa yer...

-cara masak tak perlu kot...sama jek step kot naaaaa....buh ikut step...insya-allah jadi ler...cedok dlm bowl kasi cantik skit...bulihlah tabur ngan bawang goreng masa nak hias!

Mix Fruit Salad:

-Guna nenas,kapsikum kuning dan merah,tomato ,timun jepun(lagi sedap dan tak berair..mahal ler skit),salad & epal hijau (lebih cruncy) dicampur dan digaul sebati Salad Cream Original jenama Heinz(first time nak try rasa bila dok usha2 kat Giant Kajang...kekaknda kata bulih try apa lagik...tapi bila buh dia saja rasa kurang sedap...lebih rasa cuka n masma skit...so terpaksa ler chef...makeover letak mayonis baru kaw2 rasanya...larisssss pulakkkk tuh..huhu)

***untuk menyedapkan rasa supaya lebih fresh ...rendam sayur2,epal yg sudah dibersihkan dalam air dalam peti plus sikit garam lebih kurang sejam..elok2 nak makan baru potong dan gaul...pasti lebih segarrrrrr!!!!


~Selamat mencuba~

Tuesday, December 21, 2010

Risiko Gelombang Mikro???

Assalamualaikum...


Tidak patut rasa jika saya tak sharekan info ini untuk panduan terutama surirumah yg berhajat memiliki MIKROWAVE OVEN....fikir2kan masak2 sebelum membeli...bagi pendapat saya ada benarnya....saya juga tiada berniat untuk memujuk sesiapa jangan membeli kerana  saya pernah memilikinya semasa di Jepun so bila terbaca info ini berulang kali kesannya melekat di hati...takut jadinya!!!

Alhamdulillah lega sangat2 sekarang tidak perlukan lagi....takut bila memikirkan risiko jangka panjang...untuk jangka pendek..memang kita terasa ianya begitu memudahkan/membantu  kita terutama pada waktu nak panaskan lauk di musim sejuk(semudah A,B,C...tekan jek panas la makanan itewww)....tapi bila tenguk kesan2nya untuk famili kita pada masa akan datang....ada dan sangat2 baiknya....FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBELI YA!!!

Rujukan : Dari BLOG LAMA kena pindah info kat sini pula:


HEBAT "pertolongannya" buat masa ini... tak semesti CANTIK "kesannya" pada masa akan datang!!!



Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah:

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan .

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah).

Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:


Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .
• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan..
.


Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri?

Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:



1)http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
2)http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html
3)http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

Sunday, December 19, 2010

Pizza Harrr Bukan Pizza Huttt!!!

Assalamualaikum...

Kena sebut betul2 nama pizza entry kali ini...sebab apa ini pizza bukan buatan En.Pizza Huttt yang terkenal tuh tapi buatan khas lagi istimewa Chef Azhar aka kekandaku yang terkenal masakan di kalangan kami anak beranak saja...hehe...disebabkan dia yang buat...kena letak/appreciate ownernya la kan...promosi kekanda sekali sekala bagi enterframe kat blog nih...kuikui.

Resepi doh pizza buat 2 jenis kali ini...satunya ambil dari koleksi buku resepi jepunku dan satu lagi kekanda teringin makan doh simple yg pernah dia bikin masa muda dulu2....tapi al maklum...ingat2 lupa tanpa menggunakan yis...cari tolong punya punya cari terjumpalah 1 resepi basic tanpa yis kat koleksi buku MW edisi yang ke-berapa entah???

 hidangan untuk dinner merangkap ke b/fast sebab dpt byk...request by anakanda...homemade kekanda...sekali sekala nak juga rasa air tangan en.suami kan..kan..kan???

Bagi melepaskan dendam makan tak puas hati kat En.Pizza Huttt akibat terguda kat iklan terbaru tapi muak pulak terasa cheesenya bila order 2 saiz besar yg terpaksa dibawa pulang...so 2 mingu lepas kot projek menguli pizza berjalan lancar dan jayanya mengikut citarasa dan selera anak tekak kami sendiri lerrr...

Ok kita tenguk resepinya:

1)Doh Pizza Jepun
(***uli guna breadmakerku..tolong sediakan doh utk chef)

Bahan2nya:
(***boleh menghasilkan 2 keping utk saiz besar dalam loyang 4 segi ukuran 12 inci dan doh dibakar pada suhu atas dan bawah 200 darjah kira 20-25 minit).

400 g tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis segera
1 1/2 sudu kecik garam
2 sudu besar susu tepung(skim milk)
2 sudu besar minyak
250 ml air suam(suhu sekitar 35 darjah celsius)

2)Doh Pizza Tanpa Yis
(***uli manual oleh kekanda)

375 gm tepung gandum
250 ml air suam
30 ml minyak zaitun/3 sudu besar(***guna minyak biasa jek)
1 sudu teh garam
***menghasilkan 2 keping doh pizza saiz besar juga


Bahan2 sos/dasar berasaskan seafood:
(***tugas ringan jek pantau2 & potong2 bahan utk cheffff)

Udang,sotong,krabstick,tuna dalam tin dengan mewahnya (***untuk mengalahkan En.Pizza Huttt)
1 tin besar tomato paste(ngam2x)
6 keping slice cheese(guna utk doh jepun jek)
Piman/cili benggala merah(1/2 biji) dan kuning(1/2 biji)
1/4 biji nenas segar
***patutnya masak/tumis dulu bahan sos ini klu ikut firasatku dgn sedikit minyak zaitun klu ader la...huhu...tp biasa ler..chef lain masuk dapur....tenguk jelah...layannnnn apa yg dihidang...kan..kan..nanti org takmo masuk dapur lagik..nayaaaa!!!

p/s:Selamat mencuba k...kenyang tak hinggat kami makan pizza kali nih sebab dilengkapkan dgn sup cendawan juga mix fruit salad  resepi bantai2 sendiri memandai hingga pagi esok pun kena makan lagi utk b/fast...tahun depan lak kot order naaaa sebab rasa setahun kenyang makan...huhu!!!

Tuesday, December 14, 2010

Pajeri Nenas Ala2 Kelate

Assalamualaikum...

Lama tak meng"update" blog(skit jek lagik nak tumbuh sesawang..huhu) walaupun ada dalam senarai resepi nak tempek kat sini...ni salah satu peberet...kalau boring2 makan sayur yg bergoreng...resepi yg simple jek actually...kalau dah ada cik nenas tu elok sangatlah dibuat makanan ini.Ari tu ada separuh nenas so apa lagi...jom ke dapurrrrr main masak2!!!

Tak tau asal dari mana..sebab ada  juga dikenali Pajeri Bombay(adakah memang  ada persamaan dengan masakan org India sinun..mungkin jugak )...cuma kalu di Kelate kat daerahku...kami pangggil Pajeri Nenas...automatik merujuk kepada pajeri air yang biasa dibuat untuk kenduri2 kawin@bekwoh di Kelate(set pelengkap tu..sedakkk3x...nak2 jupo aye perchik bakar ngan arang,ado gulai kawoh daging..nyakut molek)...ini bukan yg jenis bersantan tau..tidak perlu!!!

Oleh sebab resepinya pun lebih kurang jek dgn mana2 resepi....lebih suka merujuk kepada sifula siapa lagi..pandai2 angkat darjat ek...ampunnnnn Kak Liza...tak marah kan..kan...kan sebab akak tak lokek ilmu masakan!!!



Sumber Resepi:
http://hanieliza.blogspot.com/2008/01/pajeri-air-nenas.html

Bahan-Bahan:
1 biji nenas yang sederhana besarnya
1 biji carrot kecil [ hiriskan kecil]***skip bahan yg nih
2 sudu besar gula
3 biji cili merah [hiriskan]
2 biji cili hijau [hiriskan]***skip bahan ini juga
1/2 cawan air
3 s/b minyak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar [mayangkan]
2 ulas bawang putih [mayangkan]
1 inci halia [mayangkan]

Cara:
1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air,gula dan garam.
4. Bila telah mendideh masukkan nenas, cili merah dan hijau.
5. Biarkan mereneh sehingga mendideh dan rasakan garamnya.
6. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.

***cuma ku lebih suka masak...dgn cara reneh lama2 skit..bagi air kurang separuh...suka lagu tuh..palut molek rasa air gulo dalam nenas...oh la..la...ok la utk makan2 hari tu..lupo lauk gapo dah setnya.

p/s:tiba2 meleleh air liur teringat ko set pelengkap lauk pauk bekwoh dolu2...loni dah byk style catering...buffet jek mano aci...aloh la weih nak kena buat la pulok..hidang 1 talam besar mcm kat bekwoh..makan hidang baru nyakut!!!



Thursday, December 9, 2010

Nak Laksa lebih Putih???

Assalamualaikum...

 foto sekadar hiasan..belum dicuba petua ini..harap maklum deh!!!

Untuk memutihkan laksa supaya nampak lebih menyelerakan ,hanya masukkan sekeping asam gelugur(keping) ke dalam laksa semasa merebusnya. Setelah laksa lembut,angkat dan tos. kemudian barulah dibasuh dan dibersihkan sebelum dihidang bersama kuahnya.
Selamat mencuba ye untuk tahu keberkesanannya...kalau dah cuba bagitau saya ye boleh tau sama ada betul2 petua yg boleh diikut...


p/s:salah satu koleksi PETUA DARI DAPUR dari KOLEKSI MW saya..bila tampal kat sini senang nak rujuk macam2 petua....harap2 dapat update sokmo!!!

Tuesday, December 7, 2010

Pulut Kuning

Assalamualaikum...

Ni pulut kuning sempena anakanda sulong Ayyub Solihin telah selamat dikhatankan pada 27 November lalu pada usia 10 tahun so menyempurnakan titah kekanda lalu menyampaikan hajatnya untuk kesyukuran bagi disedekahkan kat jiran2 tetangga terdekat(1 MALAYSIA gitu)...buat dekat2 2 kilo...kira penuh periuk kukusan saiz 26 inci yang dibawa pulang dari negara Jepung waktu dahulukala...

Resepi boleh rujuk juga entry sifuku yang pertama sejak dari negara matahari terbit...Chef Kak Liza....malas nak taip resepi sendiri..huhuhu..lebih kurang sama juga...cuma doublekan bahannya..untuk lauk pulak cuma buatkan kari telur dan dihiasi dgn telur dadar!!!

Bahagi siap2 senang nak agih2kan kat jiran tetanggaku...


Bahan2nya:

1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
(***kita buh juga pewarna kuning sedikit)
air secukupnya untuk merendam pulut.(
***rendam semalaman)
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk(lebih kurang 30 minit)
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi(lebih kurang 20 minit)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan(jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.


 Gulai kari telur biasa2 aje...alhamdulillah ada org suka!!!



 p/s:Alhamdulillah lega sangat2 bila sudah menyempurnakan kewajipan yang ini...dah merdeka anakanda untuk menjadi anak lelaki..jangan manja2 lagi yer...doh jadi "anok jate"!!!

Sunday, December 5, 2010

Japanese Doughnut/Donatsu

Assalamualaikum...

Nak kongsikan satu resepi dari buku breadmakerku hadiah dari kekanda masa di bumi orang..masa tu tak silap di tanah Beppu,Pulau Kyushu... maybe tahun 2006(kena selak balik diari rantauan)...yang diterjemahkan dari bahasa Jepun ke versi bahasa kita...untuk memudahkan cara....dulu2 tersangat rajin kat negara orang membuat donut ini(hoho nampaknya masuk lif tekan naik atas sendiri kejap)....antara koleksi resepi yang paling kusuka dari dulu hingga kini dan insya-allah selamanya...bukan apa..banyak sebabnya...dah jatuh cinta dengan rasa,kelembutannya...huhu...boleh ke jatuh cinta ngan resepi masakan???

Antara sebab boleh terjatuh cintaaa "rasa" pertama...
  1. Antara yg paling best dari segi rasa malahan kelembutannya yang gebuuuu...
  2. Resepinya pun simple sahaja...bahannya senang aje...biasa ada dalam stok!!!
  3. Pastu boleh campak aje kat dalam b/maker...ada org tolong ulikan mana x best kan..kan!!! 

  foto kenangan donut Chendana..nama glamour kat jepun you...terutama kat forum Dmoshi2!!!

    Bahan2nya:
    ***boleh menghasilkan 18-20 biji donut utk saiz sederhana

    400 g tepung gandum
    5 sudu besar gula
    2 sudu kecil yis segera
    1 1/2 sudu kecik garam
    2 sudu besar susu tepung(skim milk)atau jika tiada boleh gantikan 2 s/b susu pekat
    60 gm butter(lebih sedap)
    sebiji telur(saiz M)
    190 ml air suam(suhu sekitar 35 darjah celsius)

     tersangatttt lembut hingga susah nak bentuknya cantik2...

    Caranya:
    1. Masukkan yis dulu,diikuti  gula,tepung baru garam,susu tepung,butter,telur dan air suam.
    2. Tekanlah ikut menu kat b/maker(HANYA 1 1/2 jam).(kalau uli manual proses sekurang2nya 2-3 jam hingga kembang)
    3. Ambil adunan dari b/maker yang telah siap diuli itu. Uli sekejap dan terus dicanai agak2 ketebalannya 1 1/2-2 cm mengikut pilihan ketebalan dan diterap menggunakan pencetak donut yg di tepungkan terlebih dulu.Loyang juga perlu disapu tepung juga untuk mengelakkan donut melekat apabila disusun. 

    Boleh pelbagaikan saiz jika suka so kena ada pencetak donut pelbagai saiz la ye...hati2 sebab doh ini terlalu lembuttttt untuk mendapat bentuk yang memuaskan!!!

    Biarkan 1/2 -1 jam dan paling elok diletak ditempat tertutup biar mengembang elok(saya simpan dalam oven besar yang memuatkan 2 loyang saiz 12 inci sebelah menyebelah)dan selepas itu boleh digoreng dgn api sederhana.Angkat dan sejatkan minyaknya.


     buat 2 jenis topping...

    Topping bergula:
     Masukkan donut tadi dalam plastik yg diisi gula halus untuk lebih praktikal.Kocok2kan supaya kesemuanya bersalut...dapat idea menarik ini resepi membuat Snow Ball dari Kak Hani Yokohama.Siapppp dan boleh dihidang panas2 gitu.


     Yang ini kesukaan anak2..dorang turut sama menghias!!!

    Topping Coklat/Strawberry/Dll:
    Double boiled coklat masakan pilihan anda...biarkan suam2 kuku...dan celupkan donut sepenuhnya menggunakan penyepit...kemudian susun dalam loyang...hiaskan mengikut kreativiti anda....kemudian sejukkan sekejap sahaja...dalam 3-5 minit dalam peti ais bahagian frozen(idea yg kuguna bila pernah belajar membuat cookies Fancy Aiskrim).
    ***yang coklat hanya gunakan campuran serbuk coklat beserta bahan lain aje so kurang memuaskan toppingnya jadi tak berapa nak beku...pastikan gunakan coklat bar utk hasil yang baik.


    Sekian cerita ceriti tentang cik donut idaman hatiku sekeluarga sejak dari dulu,kini dan selamanya...insya-allah berbaloi mencubanya!!!

    Thursday, December 2, 2010

    Kari Ketam Dengan Nenas

    Asslamualaikum...

    Antara menu masakan yang jadi peberetku...petua lebih sedap...pastikan dimasak agak lama...direneh hingga kuah kelihatan pekat baru kaw2...biar orang kata berpalut rasa nenas dan ketam dengan kuah kari....makan tak pandang orang daaaaa...kuah yg semalaman lagi sedap rasanya...huhuhu!!! 


     gulai ketam peberetku....berguru dari mak mertua!!!

    Bahan2nya:

    3 ekor ketam sederhana saiz(bersih betul2 dan buang apa yg patut,ketuk2 part yg keras)
    10 biji bawang merah-tumbuk/blender
    2 biji bawang putih-tumbuk/blender
    1 sudu besar jintan manis-tumbuk/blender
    1 1/2 sudu besar biji rempah-tumbuk/blender
    Sedikit cili kering-blender
    Sedikit halia-tumbuk/blender
    Nenas potong agak besar(1/2 biji saiz yang kecil)
    1 paket santan
    3-4 sudu besar rempah kari ikan(bancuh dgn air)

    Bersihkan ketam dengan sewajarnya ya...buang apa yang patut..ketuk pada yg perlu k..supaya senang dimakan!!!


    Cik nenas juga harus dipotong dan dibuang apa yg patut..org kata matanya kena buang...yg sebabkan gatal2 lidah!!!


    Sekian jumpa lagi.....