Showing posts with label Masakan Barat. Show all posts
Showing posts with label Masakan Barat. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Tip menyedapkan Spageti Bolognese!!

Mungkin sesetengah orang berlainan cara memasak...basic mungkin kita sudah tau tapi nak tambahkan skil bagi menyedapkan lagi anak tekak...ari tu masak utk birthday anakanda sampai jiran yang dijemput...tanya apakah rahsianya itewww...dok pikir2...rasanya biasa2 aje mungkin style dan teknik masakan membezakan...sebab hobi suka search sana.. sini.. sinun korek2 ilmu..baca majalah masakan...jgk blog resepi...so terhasil kombinasi idea yg digarapkan sendiri!!! Apapun maghilah  tenguk kot2 ada lain sedikit cara memasak,bahan2 yg digunakan  atau segalanya.....jommmmmmmm layannnnnnn!!!

Resepi:
500 gm spageti direbus(air dipanaskan dahulu hingga mendidih kemudian campur sedikit minyak semasa merebus dan ikut panduan masa seperti di paket)
 ***sesuai gitu makan utk pagi dan merangkap tengahari sekaligus sebab anakanda sangat2 suka mkn(2 dewasa 3 kanak2...sederhana makan)***

Kuahnya:
500 gm daging kisar(daging digoreng siap dengan sedikit minyak sebentar)
1 botol sos spageti jenama KIMBALL 350 gm(ikut pilihan sama suka yg ada tradisional/cendawan)
3 sudu besar minyak zaitun(paling sedap melainkan takde stok boleh minyak biasa)
4 ulas bawang putih-potong halus
2 labu bawang besar(yg kuning-dipotong dadu)
2 biji tomato agak besar-potong dadu
sedikit lada sulah dan lada hitam jika suka
1/2 cawan mix vege@carrot dipotong dadu(optional)
sedikit cili sos
garam dan sedikit gula sahaja
keju parmesan untuk last sekali tabur bila masak
1 helai daun bay
sedikit mix herba(boleh ganti oregano dan campurkan basil)
sedikit air bergantung kesukaan kepekatan(biasanya dimasak agak pekat biar spageti melekat dgn kuah)
sedikit daun parsli utk hiasan jika mau mencantikkan hidangan....

Cara Memasak:
1)Tumiskan bawang putih hingga wangi pastu masukkan bawang besar sekejap baru masukkan daging yg digoreng dan biarkan agak2 wangi,
2)Selepas itu masukkan tomato juga sos spageti dan sedikit air biarkan mereneh agak2 kuah pekat. Masukkan daun bay,mix herba,mix vege , cili sos juga lada sulah dan rasakan garam  serta gula.
3)Daun bay perlu diangkat bila selesai memasak kerana rasanya agak kuat jika dibiarkan lama2..tip ini penting juga.
4)Hidangkan dalam bekas dan bolehlah taburkan serbuk keju di atas hidangan dgn hiasan sedikit parsli.....selamat merasaaaa...ok ke tak ok???

p/s:nanti untuk yang mencuba boleh tinggalkan jejak/komen/feedback k...terima kasih!

Thursday, January 20, 2011

Ketahui teknik memasak pasta???

Assalamualaikum...

Baru baca artikel nih kat Utusan Melayu...HARUSSSS kena simpan di sini supaya kita sama2 mendapat input bagi menyedapppkan lagi masakan pasta kita terutama bab2 MASAKAN BARAT...SELAMAT MEMBACA & MENCUBA TIP2 DI BAWAH!!!!

ANDA gemar menikmati pasta???

Vegeroni Bolognese...contoh hiasan!!!

Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.
Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air.
Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.
Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering.
Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.
Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi); lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi.

Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.

Air untuk merebus:

Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.

Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu. 

Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata. 

Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.

Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.

Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.
Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.