Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts

Friday, May 13, 2011

Jom Makan Nasi Ayam Penyet Palembang!!!

Gambar yang buat makan tengahari semalam belum upload....kali kedua buat ayam penyet tapi first time lengkap dengan nasinya...ok juga tukar versi nasi ayam biasa kepada nasi ayam penyet dari seberang gitu..jom layannnnn bapak2x dan mbak2x!!! Terimaksih kepada tuan puny resepi baru kutau sebb aper dia terpenyet!!!

Review: Ayam buat sekor lebih utk mkn tghari merangkap dinner(sbb anak2 suka meratah siap tapau bawa gi Kelas KAFA)...nasi sedang elok 1/2 kg mkn sampai kenyang!!!


NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih. 


Sumber rujukan:http://zaliana.blogspot.com/2008/11/nasi-ayam-penyet.html

Tuesday, April 19, 2011

Ayam kampungku kena penyet???

Sudah lama dibuat....tapi baru sekarang dapat nak menaip resepi....untuk dikongsikan.

Ok kalau berdasarkan dari pengalaman makan2 di restoran Indonesia contoh WONG SOLO di Seksyen 9 Bangi(paling sedap setakat inilah) dan Restoran Ayam Penyet Seksyen 15... rasanya dah ada iras2 dan namun kualiti masih kurang al maklum first time...mungkin juga resepi tidak dinyatakan detail stepnya dan mungkin juga berbeda sedikit bahan2nya...kalau begitu lain kali akan ku cari/gali/timba lagi resepi ayam terpenyet yg lain pula di masa akan datang...biar dapat yang menyangkut di hati baru ok dan berpuas hati!


lakuuuu walau mutuuuu rasa  kena perbaiki..sekor  masih x cukup!!!

Rujukan :MAJALAH RASA NOVEMBER 2009
***Resepi ini diubah suai sedikit kerana sukatan yg diberi HANYA utk 1 ketul ayam...dan yg mana sukatan rasa tak logik macam terlebih...dikurangkan dan sukatan bahan ditokok tambah ikut citarasa sendiri juga dari secebis pengalaman masak memasak....ampunnn!!!

Bahan A:
1 ekor ayam kg dipotong 4 atau ikut rasa
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
30 gm buah keras
30 gm ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit air

-Bahan A ditumbuk halus lalu digaul sebati dan dikukus dan ketepikan.

Bahan B:
8 ulas bawang putih-racik halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
sedikit minyak utk menggoreng

-panaskan sedikit minyak utk menumis bawang putih hingga wangi,pastu masukkan  bersama telur serta serbuk kunyit.Masukkan ayam kukus dan gaul rata. Goreng pula dalam kuali hingga garing dan masak(campuran telur menjadikan ada kerak2 sedikit hitam bila digoreng)

***ikut pendapat lebih elok ditambah bredcrumb utk menjadikan ayam ranggup dan telur dijadikan sebagai celupan sahaja pada ayam...next time boleh praktikkan begitu berdsrkan satu lagi pemerhatian dlm edisi masakan bersama Pak Engku dalam WHI baru2 ini...resepi x sempat nak menyalin...tapi ada tambahan kari Babas jika tak tersilap ingatan...huhu.

Bahan Sambal Penyet:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
-Tumbuk semua bahan hingga lumat.

Bahan Sampingan(optional dan boleh digabungkan citarasa):
Tauhu goreng,tempe goreng,hirisan timun,kangkung dicelur dan kuah kacang.

p/s:untuk warga Bangi,Kajang or Putrajaya...boleh hubungi saya 013-6406625 utk stok ayam kg yg pasti lebih murahhhhhh ...promote bisnes gitu...saya bukan ALONGGG tapi sambil2 saya mau tolong kawannn maaaaa!!!

Sekian.Ada berani yg mahu cuba???