Showing posts with label Aneka Pulut Idaman. Show all posts
Showing posts with label Aneka Pulut Idaman. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Pulut pagi

Assalamualaikum...

Di waktu petang yang terluang ini nak berkongsi cerita tentang salah satu sarapan pagi rakyat Qlate(biasa menjadi rutin makan pagi utk org lelaki atau perempuan yang bekerja berat2 spt bersawah,menoreh dll..inilah makananku kecik2x pandai jugok gi bersawah ikut mok ayoh..anak kg la katakan pacat litoh jadi mainan..huhu)...

Sapa tak pernah makan tak rugi mencuba...nak2x musim hujan sedappp jek..lagi nyakut dihidang bersama ikan gelamo kering ko,ikan kembung kecik2 yang direbus ko molek jugok pastu siapkan secawan air kopi kampung....aromanyaaaa setnya tak bisa tahannnnn so layan terus foto tayangan.


Cara penyediaannya:
Kukus pulut yg direndam semalaman@ boleh tanak kalau nak cepat(panduan masak dgn air paras atas sedikit dr pulut dan tanak dgn api sederhana kecil tanpa dikacau).Nyor digaul dgn sedikit garam dan enak dimakan dgn jenis ikan kering goreng atau pun jenis ikan kembung kecil yang direbus. Jangan lupa hidangkan seteko kopi kampung...mest nyakut molekkkk nak2x klu dah masuk musim boh!!!

Tuesday, December 7, 2010

Pulut Kuning

Assalamualaikum...

Ni pulut kuning sempena anakanda sulong Ayyub Solihin telah selamat dikhatankan pada 27 November lalu pada usia 10 tahun so menyempurnakan titah kekanda lalu menyampaikan hajatnya untuk kesyukuran bagi disedekahkan kat jiran2 tetangga terdekat(1 MALAYSIA gitu)...buat dekat2 2 kilo...kira penuh periuk kukusan saiz 26 inci yang dibawa pulang dari negara Jepung waktu dahulukala...

Resepi boleh rujuk juga entry sifuku yang pertama sejak dari negara matahari terbit...Chef Kak Liza....malas nak taip resepi sendiri..huhuhu..lebih kurang sama juga...cuma doublekan bahannya..untuk lauk pulak cuma buatkan kari telur dan dihiasi dgn telur dadar!!!

Bahagi siap2 senang nak agih2kan kat jiran tetanggaku...


Bahan2nya:

1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
(***kita buh juga pewarna kuning sedikit)
air secukupnya untuk merendam pulut.(
***rendam semalaman)
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk(lebih kurang 30 minit)
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi(lebih kurang 20 minit)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan(jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.


 Gulai kari telur biasa2 aje...alhamdulillah ada org suka!!!



 p/s:Alhamdulillah lega sangat2 bila sudah menyempurnakan kewajipan yang ini...dah merdeka anakanda untuk menjadi anak lelaki..jangan manja2 lagi yer...doh jadi "anok jate"!!!