Showing posts with label Menu Raya. Show all posts
Showing posts with label Menu Raya. Show all posts

Monday, August 26, 2013

BISKUT GUNTING vs KUIH SIPUT!!!

Salam tengahari Selasa...

Apa ye entry tertunggak mahu post..terlalu byk list menunggu...huhu...chek foto dulu deh...hehe...baru masuk tajuk...ok dah dapat tajuk jom kita tengok resepi lak.

Boleh versikan 2 jenis s/ada kuih siput or gunting!!!

MY OWN RESEPI:
1 kg gandum
1 biji telur saiz A
2 s/b jintan manis
3 s/b cili serbuk
5 s/b marjerin
20-25 biji bawang merah
100 gm udang kering disangai(boleh tambah jika suka)
350-400ml air(kurangkan kalau skip telur)-blender dgn jintan juga bawang
Segenggam daun bawang-hiris halus & gaul sekali utk ulian
Sedikit daun kari utk menggoreng
Minyak yang banyak utk menggoreng
 
CARANYA:
-Uli gandum dgn bahan yg diblender hingga berpadu kemudian canai tipis ,bakar sekejap & hiris panjang2 spt foto di bawah kemudian guntingkan halus2x untuk kuih gunting & goreng bersama daun kari,untuk membuat kuih siput ambil sebahagian ulian terus jadikan siput di atas alatan khas dengan cara tenyeh & gulung seperti foto di atas.
 
 


Kuih peberet kekanda...sekejap je boleh kosong balang!!!

 
 p/s;Selamat mencuba dan mengunting ye kawan2x...in sha allah kuih yg tak lapuk dek hujan,dek panas, dek perubahan masa...sepanjang tahun boleh dibuat kudap2an memanglah sedap...yg kesian si tukang gunting...lagi tak sedar boleh kosong balang sekelip mata...hehe...sungguh MAGIC kan..kan?
 


Wednesday, August 21, 2013

Laksa Qlate

Salam...another resepi to post...

Straight to main topic apa menunya kali ini...haha kerana apa...masa memang mencemburui daku waktu ini!!!

Jom kita makan LAKSA QLATE pulop...menu ini telah diteliti juga disukat bahan2nya padanan utk laksa dengan kuah juga ulam2an..in sha Allah so cadangan hidangan yang amat bersesuaian untuk panduan yang baru nak menerai/mengetest/mencuba...jemput mencuba ok jika dah terliur.


Laksa Kering:
 Anggaran 2 paket/sepaket 450 gm
*cadangan kalau boleh laksa jenis putih bukan yang kenyal utk dipadankan dgn laksa Qlate...lebih sedap & sesuai gitu.



Utk kuah cadangan hidangan(10-15 orang makan);
12-15 ekor selayang/sardin(direbus ambil isi &asingkan tulang blender semua)
2.2-2.5 liter air diperah dgn sebiji atau sebiji setengah kelapa(utk lebih lemak)
2 genggam bawang kecik
5 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
Sebuku halia
1 s/b lada hitam
5-8 keping asam keping (letak sedikit2x dulu tgk jenis masamnya)
Garam secukup rasa
Secubit gula


Ulam2an:
Segenggam daun serai kayu jika ada(ini ulam utama)
1/4 biji kubis sederhana saiz
10-12 batang kacang panjang
2-3 batang bunga kantan
Kacang cambah or taugeh(seringgit)
2 biji timun
Segenggam daun kesum
3 biji limau nipis



Sambal Lado:
3 biji cili hijau+3 biji cili merah+6 biji cili burung +perahan sebiji limau nipis+sebuku belacan bakar+sebiji bawang bakar}diblender dgn sedikit air masak.Masukkan garam & gula secukup rasa.

Ok sekian,selamat mencuba untuk penggemar masakan dari Pantai Timur khasnya...cuba dulu baru tau sedap ke tidak.

Kuah Rojak Buah Bidor Spesel dari SSHKC utk tempahan

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah masuk hari ke-15 Syawal...mood kurang nak berblog..mcm2 hal nak settle...badan mula rasa 'lemau'2x je lepas balik kampung hari tu...on off mood.

Balik kampung cuma  3 hari 2 malam di Sg petani juga 3 hari 2 mlm di Bukit marak...puasssss...memang tak puas sebab letih dalam perjalanan sahaja.

Ingatkan balik kampung raya pertama tidak jammed...Masya Allah jammed juga...raya ke -3 on da way dari Sg Petani-KB... di Tanah Merah pula jammed terlebih sudah hingga 4 jam...tup2 hampir kul 12 mlm sampai ke Bukit Marak....adoilah sungguh letih. Jammed lagi di Kuala Krai 2 jam,kat tol Karak pula penuh sesak nampak lampu kete sepanajng jalan on da way balik Semenyih...kekenyangan makan 'jammed' pelbagai perisa gitu...hohoho.

Balik raya hari itu baru start membuat kuih raya....kuih tunjuk2x yang banyak...cuma buat kuih gunting idaman cik abe sebanyak 1 kg...nasib baik ada assistant...dr pagi sampai ke petang juga nak settle kalau sorang2 tak taulah...pengsan kat dapur gayanya sebab lambat nak mengunting.

Pastu idea mencurah2x nak mulakan jualan/ambil tempahan KUAH ROJAK ISTIMEWA LAGI SPESEL dari biras dari Bidor tapi dah diubahsuai sedikit ikut selera SSHKC & masih lagi dalam proses bereksperimen utk dapatkan formula tetap..so agih2x kat jiran juga kawan opis cik abe untuk merasa...ada yang nak test kuah pun boleh sila roger HOTLINE 013-640 6625(pick up point TESCO SEMENYIH ye)

Apa yang spesel...mestilah sebab utama homemade dari dapur SSHKC(hanya satu kat Malaysia tau),yang lain2 in sha Allah dijamin kesegarannya HALALAN TOYYIBAN gitu(fardhu kifayah ni),orang order baru kita buat ok,lain2x sebab ada KACANG TUMBUK LESUNG BATU tau,BIJAN GORENG...oh la la... tukang2x tumbuk serta seisi famili pun tak jemu makan setiap hari pun ok aje...kuikuikui... lagi satu boleh request nak pedas lebih TANPA BAYAR LEBIH...yang dibuat kini ala sedang2 saja...budak2 pun boleh makan tau.

Cadangan jualan & hidangan:
  1. 1 kg/RM14(hidangan sederhana makan 25-35 orang)
  2. 1.5 kg/RM20(hidangan sederhana  makan 35-45 orang)
  3. 2kg/RM25(hidangan sederhana makan 50-70 orang)
Cadangan hidangan buah:
>>>Sesuai untuk majlis open house,menu raya atau jamuan makan ramai2 bila gathering famili...senang just order,make sure sentiasa ada stok kuah rojak di dalam peti ais anda dan bila ada tetamu berkunjung & hidangkan dengan buah2ah pilihan anda...kan...kan.

>>>Contoh hidangan ialah timun,sengkuang,betik muda,jambu batu,nenas,kedondong,mangga muda,belimbing,epal hijau,limau barli,cermai mengikut kesukaan anda,contoh foto seperti berikut atau gunakan kreativiti menyusun atur buah2an pilihan anda dengan kombinasi warna menarik:


 




 


 
 
Sekian,menu lain menanti untuk diupload pula...semestinya masih lagi berkisar menu raya.
 
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR & BATIN buat semua pengunjung blog ini jika ada kekhilafan diri dari pihak tuan rumah...0-0 ok!!!