Kisoh Ceruk Dapurku

Anak rantau dari sebuah daerah dari nun jauh di sana diberi nama Bukit Marak,Kelate al-kisahnya...mula hidup merantau di usia 16 tahun ke Pengkalan Chepa 2 tahun,2 tahun kemudian ke Kulim meneruskan misi akedemik,4 tahun berguru khusus di Serdang sehingga 1998 dan cuma sempat setahun menumpahkan ilmu kira2 di Kg.Kuah, Langkawi sehingga bertemu jodoh pada 1999 lalu bermastautin sementara membina keluarga di Sg.Kantan,Sg Chua,Sg Sekamat dan rezeki sang suami membawa diri merantau jauh 3 tahun lamanya nun ke Bumi Sakura tahun 2004-2007.


Kepayahan mengajar diri untuk mendewasakan diri membina kemahiran masak memasak yang tidak wujud dalam diri dan di asah sedikit demi sedikit juga mengambil pengalaman dari bonda tercinta dan sanak saudara terdekat yang memang terlibat dalam bisnes makanan sejak dulu kala lagi, di saat bila berumahtangga bertambah2 koleksi petua2 dan resepi2 memasak dari bonda mertuaku yang juga terlibat dalam bisnes jualan juadah masakan dahulukala dan amat pakar dalam masakan terutama dari Utara.

Di kala merantau sangat2 komited,berinisiatif dan berminat serta"masih meneruskan menuntut ilmu dapur" di alam maya malah diberi tugas dalam FORUM DMOSHI2 menjadi MODERATOR mengendalikan bab2 RESEPI seperti "pucuk dicita ulam mendatang".


Bila kembali ke negara sendiri minat diteruskan jua pencarian bersama PAKCIK GOOGLE khasnya malahan pernah berguru di daerah2 sekitar Bangi.

Pernah berguru di beberapa tempat seperti di Yummy Bakery Bangi ,Kelas Cup Cakes Kak Ida Merpati di KL,Kelas Cup Cakes Ira Bakery Seksyen 7 Bangi...dan jika diberi peluang dari segi masa...INSYA-ALLAH akan meneruskan "misi rahsiaku" yang belum kutahu bilakah  akan ternoktah waktunya!!!


Minat masih bercambah terutamanya dalam bidang masakan berasakan Nasi serta lauk pauk..ala2 catering gitu...jika ada rezeki mendatang suatu hari nanti di kala anak2 sudah membesar...mungkin boleh mencari rezeki dibidang ini. Pernah diajukan permintaan mengadakan kelas perseorangan juga catering kecil2an...jika ada waktu kelapangan yang sesuai dan peluang baik ini insya-allah pasti suatu hari nanti akan dilaksanakan kerana niat sudah termaktub di hati.
Insya-Allah jika ada rezeki kelapangan masa & kewangan suatu hari nanti akan membukukan semua resepi2 hasil eksperimenku utk rujukan mereka yang memerlukannya.


"WISH ME LUCK IN MY FUTURE ON PROGRESS"

~Salam Dari Dapurku~
 *SiRaSaIn HoTtTzZz KiTcHeN CeNTRe*
~sirasain_homebiz@yahoo.com~
:::::::013-6406625:::::::