Showing posts with label Masakan Arab. Show all posts
Showing posts with label Masakan Arab. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Nasi Arab Khabsa

Salam tengahari...

Memandangkan ada request dari kawan kena cepatkan reload entry yg tertunggak2...oiii byknya tunggakan sib baik resepi bukan bil2x...huhu...tuan tanah agak sibuk la tu kalau tak sempat datang menyapu kat sini.

Ini kali kedua buat...dapat resepi jemputan belajar dgn jiran belakang rumah yg bawakan khas Chef Ummi sambil demo periuk Cookline...emmm memang best dapat belajar memasak ni...yang lagi best diberi peluang merasa la kan..kan...jangan tolak rezeki..hehe...kita tadah pinggan cepat2.

Kali ini untuk Iftar 3 Ogos...huhu dah masuk Ogos baru alert masa nak menaip ni...cepat sungguh masa berlalu....kita dah pun penghujung Ramadan...mood raya pun kian datang...khatam Quran belum tertunai...huhu.Moga ada rezeki berjumpa next Ramadan.

Jom tengok resepi yang diberinya sama dari blog ini tapi kita ada adjust2 sikitlah tengok berapa orang nak mkn juga citarasa tersendiri.
Rujukan dari blog ini:http://resepiraidah.blogspot.com



Resepi Ayam:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang-saya belah 4 ayam supaya senang memasak
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri-skip just lebihkan buah tomato
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)-yang ni pun skip,tgk pewarna pula dah keras so kurang berseri sedikit bila tiada pewarna
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya-guna yg kuning aje
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis

Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

***Semalam sediakan 1 1/2 ekor ayam so tambah sedikit bahan2 di atas dan disebabkan periuk nasi penuh dah dgn nasi dan memang ngam2x,ayam dimasak asing dan saya sukakan cara ini sebab kita boleh garingkan ayam.(boleh letak lemon semasa membakar didalam frying pan...kadar lemon setengah biji utk setengah ekor ayam...ambil sedikit dari bahan tumis tambah sedikit bawang,lada hitam...sangat senang biar kering & sedikit garing juga lagi sedap...in sha Allah)
***Untuk nasi sediakan 5 1/2 pot beras Basmathi...kadar air cuma tambah 1 pot lebih...juga tambah 3 helai pandan...hidangan semalam boleh untuk 4 saiz dewasa makan & siap bagi bekal untuk sahur,3 orang anak2 mkn boleh tahan semuanya...lebih kurang 10 orang makan sederhana sekali makan.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

 
Untuk sediakan sos hijau:
~ Kisarkan 2 biji tomato, 5 biji cili besar hijau, 2 ikat batang ketumbar, gula, garam dan 1/2 biji perahan lemon
 
Resepi Salatah:
***lupa di mana ambil resepi tapi sukakan versi ini,lepas sediakan chilled dulu jika lambat lagi menghidang.
-2 biji tomato kecil,sebiji timun-potong dadu
-sedikit plain yogurt,garam & gula

Ini lagi simple resepi:
Salad,tomato,timun)potong sayur perahkan lemon & taburkan sedikit  garam.

Selamat mencuba ya...kalau sedap jadikan menu keluarga gitu...buat siap2 Rempah Khabsa atau beli paste siap sekarang banyak dijual dah secara online lagi...rasa nak jadi ejen lah pulak...kuikui.

Sunday, August 21, 2011

Nasi Mendy Daging Cubaan Keduaku!!!


Salam...

Nak share resepi nasi arab kedua yg dibuat....foto baru nak upload ke pc...terus ke resepinya masa amat mencemburuiku!!! Feedback cik abe suka yg versi ini berbanding yg pertama dulu...dah lah lebih senang yg ni so ok jugak masukkan dalam list pilihan keluarga gitu!

Tapi kita buat tambahan makan dengan dalca daging sebab takdak kuah la pulak klu ikut betul2 pure resepinya....

 NASI MENDY KAMBING@LEMBU
***** (kita buat daging lembu jek sebab x makan)

Rujukan:MAJALAH SAJI OGOS 2011
1 kg kambing muda/daging lembu batang pinang
1 kg beras

Bahan A:
1 btg kulit kayu manis
1 s/t buah pelaga
1 s/t lada hitam
1 s/t bunga cengkih
1 s/t jintan manis & jintan putih
6 helai daun bay/daun salam
2 biji lemon
2 labu bawang besar(Holland)
1 cawan minyak zaitun
2 sudu besar rempah mendy/khabsa
garam secukup rasa

Caranya:
-Rebus daging hingga empuk  dengan dgn 1 s/b rempah mendy/khabsa dan hirisan 1 biji bawang besar serta perahan 1 biji lemon.
-Rendam beras 1--15 minit kemudian tus.
-Masukkan minyak zaitun dalam periuk dan tumis rempah mendy@khabsa.Masukkan daun bay ,rempah2 yg lain serta bawang besar & tumis hingga wangi.
-Masukkan air rebusan daging dan beras dan tanak seperti biasa.
-bila nasi hampir kering baru madsukkan daging serta perahan 1 biji lemon.


Sos Arab:(masa blender semua kita tambah air skit baru tos)

2 biji tomato
3 biji cili hijau-potong buang biji
5 btg ketumbar-ambil btg
1 biji lemon
1 s/t gula dan garam secukup rasa
sos arab
Salatah
1 btg timun
2 biji tomato
1 s/t lada hitam
1 sudu besar perahan lemon
1 s/t lada hitam(jika x  suka sila skip)
1 s/b susu cair(jika suka ganti plain yoyurt...juga sedap)
salatah

Monday, November 22, 2010

Set Nasi Arab

Assalamualaikum....

Lama jugaklah Anaa(tukar slang laa) meneliti resepi dari Negara Arab sebab ada macam2 masa buat pencarian ada seakan Nasi Minyak jek(kena tolak ketepi)...tapi nak yang betu2 taste dari sana kira kalau bolehhhh seakan2 nasi dari Saba Restaurant atau iras2 Al-Jazeera kat Cyberjaya...tempat peberet kami anak beranak makan terus jatuh cinta..huhu...nak minta resepi sure lagik pasti dorang tak kasi......bertuah la kalau dapat!!!

Hasil dari kombinasi beberapa resepi yang diteliti dari alam maya gitu dibuat pada 20 Nov..special sikit sempena nak menjamu anak2 dan suami sehari lepas hari lahirku.Alhamdulillah kekanda makan 3 ke 4 kali tambah jugaklah..makan nasi saja pun sedappppp dah katanya!!!!

Kena tempek baik2 kat sini nanti senang nak rujuk bila2 je mengidammmm...sebab begitu lama ambil masa buat pencarian bersama PAKCIK GOOGLE!!!


Sumber:Homemade Rempah Kabsa
(***saya skip biji ketumbar boleh ganti dgn biji rempah..sebab ikut citarasa lebih sedap dlm apa2 masakan)
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **(***yg ini skip sbb tiada dlm stok)
1 sudu makan serbuk cili(***juga skip)
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.


Antara bahan pelengkapnya...yg lain tambah asing!!!

Sumber: 
2 tablespoons cardamom pods
2 tablespoons cloves
2 teaspoons black pepper
1 teaspoon nutmeg
1 teaspoon ground
1 teaspoon ground kholegan (if this is not available use ginger)
4 bay leaves

1. In a coffee grinder or food processor finely blend all spices together until in powder form.

Nasi pun kena wap/perasap dengan arang...berkepul2 bila buh minyak...

Sumber: http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

Bahan2 Nasi Mandy:
(Resepi diubhsaui bila guna 5 pot beras***Anggaran 8-10 orang makan)
 
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (*guna 3 s/b minyak sapi +2 sudu minyak)
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis(***skip sebab makan kat restoran Arab tak ada pun)
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air

(***rempah cuma guna 6 biji buah pelaga,10 kuntum bunga cengkih,20 biji lada hitam..tak perlu k.kayu manis nanti macam nasi minyak lak)
Garam secukup rasa.(***5 pot beras sesuai dgn garam 1 s/b jgn penuh sangat)

Cara penyediaan nasi:

 
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. 


Kali ni bubuh  daging korban free yang dimasak empuk bersama air rebusan sebagai penyedap rasa...

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih(***potong 4)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron(***guna pewarna jek)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.(***bakar lepas 1/2 jam lebihkan  300 celcius baru nampak garing..bergantung kepada oven)
***Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
 Ayam Mandy Ala Bakar...lain kali boleh try masak terus ngan nasi pulak!!!


Salata Hara/Salatah Arab/Jelatah:


1)Jenis 1:(cuba jenis yang ini tapi modify sikit citarasa)
Sumber:http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

1 biji tomato ~ hiris(***boleh tambah)
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris(***skip)
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus(***kurangkan)
Garam
Gula
Perahan lemon.
***optional tambah timun juga yogurt lebih sedap(lupa resepinya dari mana)
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
***boleh potong kiub2 aje seperti kat restoran Saba itewww...
2)Jenis 2:

All Arab countries have a version of salata hara and all go by different names. This is the version we make in Riyadh, Saudi Arabia. Some may be more green which means that more coriander was used. This is served alongside meat and rice dishes.

1 large tomatoes
1/2 cup fresh coriander
Juice of half a lemon
1/2 teaspoon salt
2 red chili peppers
2 teaspoons baharat spice blend

1. In a processor add tomato, coriander and chili pepper, lemon juice, baharat, and salt. Blend well.

Salatah yang dibikin ikut citarasa kombinasi resepi bagi menyedapkan anak tekak...

Segala bahan2 yang dicari dikombinasikan mengikut naluri rasa diri sendiri...dok banding2kan rasa ngan Saba juga al-Jazeera yg berjiran dengannya yang pernah kurasa....jadilah kot..untuk menghilangkan rasa mengidam nasi Ala2 pure dari negara Arab gitu....maka terhasilalh sepinggan nasi arab...tapi ari tu buh lauk daging kat nasi sebab banyak dapat daging korban bukan ayam....supaya tidak membazir...apa lagi korbankannya kedalam Nasi Mandy la jawabnya....hehehe.

Sepinggan hidangan buat penawar rindu sekeluarga pada masakan Arab...

Jom kita tenguk set lengkap MENU NASI ARAB...mesti sediakan Nasi Mandy,Ayam Mandy & Salata Hara...


p/s:Kepada peminatnya selamat mencuba....huhuhu...berpeluh2 makcik mulakan pencarian resepinya yang meamakn masa..konon2 kena study dulu persediaan...ada ka patut??? Mungkin berbaloi2 bila tgk sang suami makan bertambah2...3 kali tambah kotttt..
Antara nasi yang menjadi selera kami dan PASTI boleh dibuat lagi dan akan masuk list menu keluarga gitu...berbaloi2 mencubanya!!!


Nota kaki:
1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm