Saturday, March 19, 2011

Menu Dalam Pantang

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama berehat selepas melahirkan anak lelaki  pada 14 Febuari lalu...melengkapkan 4 orang kini penyeri hidup kami....dan mungkinnnnn sudah cukup biar ada kualiti gitu bukan kuantiti(tapi best sebenarnya klu dapat ramai tang nak beranak yang takuttt) ....kini dah ada sepasang lelaki dan sepasang perempuan...bolehlah bersara kot....tutup kilang terus daaaa...huhu...umur pun meningkat nak masuk usia MIDI gitu...hari ini pantang hari ke-34...baru dapat bertenet kembali..mencuri2 waktu senggang...menulis resepi di blog resepi kesayanganku.

Topik resepi pun berkisar ala2 resepi dalam pantang...walau tak berkesempatan pun nak snap foto..asyik2 lufer...cuma ada sekeping dua aje....tgh pantang ni berselera pulak makan tapi kena beringat2 cukup sepinggan orang tua2 kata JANGAN nak menambah....pabila waktu tgh makan baru teringat nak ambil foto mmg takde mood pulak lagi pula tak boleh bergerak aktif di minggu pertama dan kedua so malas lebihhh jadinya...makan jek rajinnnn....boleh potong stim mood nak makan konon2...apapun kena terima seadanya cerita ceriti di sebalik tabir kisah semasa pantang!!!


Sup ikan haruan + sawi masak sos tiram...satu2nya contoh yg ada..huwa2x!!!
Contoh2 Menu  Dalam Pantang;
***utk minggu pertama dan kedua selepas itu boleh pelbagaikan lauk pauk bila luka jahitan sudah baik cth ayam..sebaiknya ayam kampung,ikan2 pula pastikan yg tidak berbisa,udang atau sotong jika tiada gatal2 lagi.

A)LAUK PAUK:
1)Sup ikan(cth ikan;haruan(kerapkan hidangan utk proses pemulihan luka2 dalaman@jahitan,jenahak,ikan merah)
2)Ikan Selar/Gelama Bakar(letak garam kasar dan kunyit banyak2 sikit) & cicah lada hitam tumbuk
3)Sup Daging/Tulang
***banyakkan lada hitam dalam sup jika bayi tiada jaundice

B)Sayur:
1)Sayur sawi(boleh tumis gunakan bawang puith yg banyak or rebus terus)
2)Sayur kucai(cara yg sama juga )
3)Sawi masak sos tiram (ala2 Chinese..letak bawang putih yg banyak)

1)DAGING MASAK MERAH

300 gm daging(hiris nipis dan direbus dengan sedikit pewarna merah)
1 inci halia,3 ulas bawang putih,1/2 biji bawang besar,1/2 batang carrot,3 sudu besar sos cili dan sos tomato..




2)RESEPI RENDANG AYAM KAMPUNG

1 ekor ayam kg(gandakan jika utk makan ramai2 sebab biasanya saiz agak kecil)
1 biji bawang besar,10 biji bawang merah,2 ulas bawang putih,sebuku halia,sedikit lengkuas,2 batang serai,3 sudu besar kerisek,sedikit pati santan dlm 1/2 cawan, 2 sudu besar serbuk kari,2 keping asam keping,2 1 helai daun kunyit(hiris),3 helai daun limau purut(koyak2),sedikit garam dan gula dan sedikit minyak.

Caranya:
Mesin semua bahan2 termasuk minyak,kecuali asam,kerisek,d.kunyit,d.limau purut kemudian masak dgn api sederhana besar hingga agak2 kering baru letakkan bahan lain.
***tambahkan sedikit air supaya ayam empuk