Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Menu Ramadhan. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Resepi KUZI AYAM satu

Salam pagi Selasa...

Terus ke foto juga resepinya...ada beberapa koleksi resepi tapi saya mulai dengan resepi pilihan pertama dari Majalah SAJI...juga ada disertakan cara simple sediakan rempah kuzi....hanya campurkan sama banyak rempah kari dengan rempah kurma...utk seekor ayam boleh sediakan 100 gm rempah kari+100 gm rempah  kurma.

Rujukan;Majalah Saji Julai 2011:
Kredit to:De' Gemilang Catering


Portion 50% rempah kari+50% rempah kurma=Rempah Kuzi



Cubaan satu...simple resepi tapi sedap...boleh cuba!!!
RESEPI 1:
KUZI AYAM DE GEMILANG
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
100 gm rempah kari(saya guna rempah Qlate)
100 gm rempah kurma(saya guna rempah Faiza)
400ml santan cair(saya tukar susu cair)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
100 ml minyak
Gula & garam secukup rasa

Cara Memasak:
1)Potong dan bersihkan ayam.Kemudian stimkan sehingga setengah masak.Ketepikan.(Saya skip step ini)
2)Panas minyak & goreng ayam sehingga kekuningan(JANGAN TERLALU GARING)
3)Tumis bahan yg dikisar spt bawang,halia,lengkuas,serai sehingga naik bau.
4)Masukkan rempah kuzi campuran tumis hingga agak masak & berbau wangi.
5)Selepas itu masukkan santan juga air bergantung kepekatan yg anda hendaki(biasanya kuzi disediakn agak pekat)
6)Perasakan & sedia untuk dimakan

***Cadangan saya memasak dengan masukkan daun pandan supaya lebih wangi juga gunakan campuran minyak juga minyak sapi.
***Cadangan untuk lebih pedas tambah cili kisar bagi yang sukakan rasa yg lebih pedas.
***Cadangan hidangan boleh dimakan dgn nasi biasa,nasi minyak & yg sewaktu dengannya juga roti atau roti jala.

Ok selamat mencuba salah satu lagi resepi dari Pantai Timur...ore Qlate pun first time mencuba walaupun secara tak sengaja seperti telah pun mencuba resepi seperti ini sebelum ini hasil eksperimen.

Wednesday, August 21, 2013

Kuah Rojak Buah Bidor Spesel dari SSHKC utk tempahan

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah masuk hari ke-15 Syawal...mood kurang nak berblog..mcm2 hal nak settle...badan mula rasa 'lemau'2x je lepas balik kampung hari tu...on off mood.

Balik kampung cuma  3 hari 2 malam di Sg petani juga 3 hari 2 mlm di Bukit marak...puasssss...memang tak puas sebab letih dalam perjalanan sahaja.

Ingatkan balik kampung raya pertama tidak jammed...Masya Allah jammed juga...raya ke -3 on da way dari Sg Petani-KB... di Tanah Merah pula jammed terlebih sudah hingga 4 jam...tup2 hampir kul 12 mlm sampai ke Bukit Marak....adoilah sungguh letih. Jammed lagi di Kuala Krai 2 jam,kat tol Karak pula penuh sesak nampak lampu kete sepanajng jalan on da way balik Semenyih...kekenyangan makan 'jammed' pelbagai perisa gitu...hohoho.

Balik raya hari itu baru start membuat kuih raya....kuih tunjuk2x yang banyak...cuma buat kuih gunting idaman cik abe sebanyak 1 kg...nasib baik ada assistant...dr pagi sampai ke petang juga nak settle kalau sorang2 tak taulah...pengsan kat dapur gayanya sebab lambat nak mengunting.

Pastu idea mencurah2x nak mulakan jualan/ambil tempahan KUAH ROJAK ISTIMEWA LAGI SPESEL dari biras dari Bidor tapi dah diubahsuai sedikit ikut selera SSHKC & masih lagi dalam proses bereksperimen utk dapatkan formula tetap..so agih2x kat jiran juga kawan opis cik abe untuk merasa...ada yang nak test kuah pun boleh sila roger HOTLINE 013-640 6625(pick up point TESCO SEMENYIH ye)

Apa yang spesel...mestilah sebab utama homemade dari dapur SSHKC(hanya satu kat Malaysia tau),yang lain2 in sha Allah dijamin kesegarannya HALALAN TOYYIBAN gitu(fardhu kifayah ni),orang order baru kita buat ok,lain2x sebab ada KACANG TUMBUK LESUNG BATU tau,BIJAN GORENG...oh la la... tukang2x tumbuk serta seisi famili pun tak jemu makan setiap hari pun ok aje...kuikuikui... lagi satu boleh request nak pedas lebih TANPA BAYAR LEBIH...yang dibuat kini ala sedang2 saja...budak2 pun boleh makan tau.

Cadangan jualan & hidangan:
  1. 1 kg/RM14(hidangan sederhana makan 25-35 orang)
  2. 1.5 kg/RM20(hidangan sederhana  makan 35-45 orang)
  3. 2kg/RM25(hidangan sederhana makan 50-70 orang)
Cadangan hidangan buah:
>>>Sesuai untuk majlis open house,menu raya atau jamuan makan ramai2 bila gathering famili...senang just order,make sure sentiasa ada stok kuah rojak di dalam peti ais anda dan bila ada tetamu berkunjung & hidangkan dengan buah2ah pilihan anda...kan...kan.

>>>Contoh hidangan ialah timun,sengkuang,betik muda,jambu batu,nenas,kedondong,mangga muda,belimbing,epal hijau,limau barli,cermai mengikut kesukaan anda,contoh foto seperti berikut atau gunakan kreativiti menyusun atur buah2an pilihan anda dengan kombinasi warna menarik:


 




 


 
 
Sekian,menu lain menanti untuk diupload pula...semestinya masih lagi berkisar menu raya.
 
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR & BATIN buat semua pengunjung blog ini jika ada kekhilafan diri dari pihak tuan rumah...0-0 ok!!!
 
 

Wednesday, July 24, 2013

Menu seminggu minggu ke-2

Salam pagi Khamis....
Diam tak diam dah 16 Ramadan dah hari ini...diam tak diam tak sempat nak datang menyapu jap...huhu mcm sibuk bebenor....masa sgt terhad la tu kalau tak dapat menjenguk sini.

Menu pun kira kumpul...pukal untuk seminggu...kuikui...cam biasa dah lupa menu apa yg dimasak.

Antara menu yang dimasak dan cuba diminggu kedua...yg sempat disnap!


Nasi Ayam Bodo2x..mean ringkas...jgn salah paham ek!!!
Resepi ala2 Nasi Ayam Bukit Marak....dah ada entry cuma ayam ini  direbus bersama sup,angkat & tos pastu perap dengan sos tiram,sos toamto ,sos cili juga kicap manis & kicap masin!!!
Versi arwah ayahanda...chef khas untk menu ini..anak2x jadi assistant jek!!!

Resepi Rojak Mee Kelate Versi Arwah ayah
***Hidangan 12-15 orang***

6 ketul keledek /1.2 kg
 4-5 keret nise tgk saiz
sedikit garam
cili kering dimesin
air asam jawa
Kicap manis
Kicap masin
Bawang Goreng

Cara membuatnya:

    -Ubi keledek direbus lembut untuk buat kuah.Tumbuk/blender/mesin dalam food processor. -Campurkan dengan air masak sebelum ditapis pati keledek.
    -Masukkan cili kering yang ditumbuk/blender dan kemudiannya air asam jawa.
    Masukkan air dari keledek yang ditapis diikuti dengan nise dan garam.
    -Masak/reneh sampai kuah rojak cair-cair likat(lagi lama lagi sedap)
    -Rasakan pedas,masin dan manis biar secukup rasa
    -Bubuh bawang goreng yang dibuat sendiri




Dressings Rojak Mee:

    3 paket Mee kuning -dicelur sekejap
    Sedikit Bihun celur(optional)
    kacang cambah /taugeh - dicelur(optional)
    timun batang - dihiris halus
    Sebiji Nenas-hiris halus & panjang
    Sebiji Sengkuang-hiris halus & panjang
    8 biji telor rebus - dibelah 2
    bawang goreng
    sebalang keropok goreng
    cucur udang - 1/2 kg tepung gandum + segenggam udang kecil + seikat daun kucai + bsebiji awang besar yang dipotong+sedikit baking powder+ garam + air suam. Bancuh & biarkan sejam sebelum digoreng. 
Cara menghidangkannya:

    Semua dressings tadi dipotong halus & panjang.Masukkan mee/bihun ,letak kuah lebih sikit,tabur dressing, letak telur,tabur kerpok juga bawang goreng


 
Resepi Air Asam Kota Kuala Muda:
***Resepi arwah bapak mertuaku***
 
Sebiji bawang besar
sedikit belacan bakar
beberapa biji cili merah(hiris halus & patah2kan)
2-3 biji limau nipis(tgk saiz)
sedikit garam buku
 
Antara menu lain Daging Masak Kicap Versi Mak Mertua,Udang Goreng Oat,Kerang Rebus Cicah Sos Manis(chef yg teringin),Dalca Ayam,Kangkung Masak lemak dll.

Monday, July 15, 2013

Menu 3,4,5,6 Ramadan 2013

Salam pagi Selasa...

Tuan tanah mula sibuk pada hujung minggu lepas disebabkan memenuhi permintaan menghantar stok susu kurus 4 tin ke Hulu Selangor menapak gara2 takut perkhodmatan poslaju kurang laju & customer nak balik ke Mesir Ahad jadi tekad pi hantar sendiri sampai kerumah customer...pagi2 Sabtu sudah jalan2 cari rezeki manakala Ahadnya appointment jumpa ahli baru aka kawan lama yang baru balik dari UK & nak join ahli dah separuh hari...memang tak sempat nak jengok blogku...petang dah aktiviti masak memasak.

Jadi kira longgokkan menulah jadinya...huhu orang rajin nak wat camne..janji kongsi juga kan..kan...

Menu 3 Ramadan:
Hahaha makcik sampai lupa dah masak apa..tu ler lewat nak share sangat...jgk mukabuku dulu..semau ada di situ...huhu.Ok dah ingat sebab chek..menu baru yang dicuba Dendeng Kering...rasa not bad cuma tang cili kena goreng sekejap je.

Sup Tulang,Dendeng Kering,Cempedak Goreng,Roti John,Samosa,Budu & Ulam Timun

Tambah cili merah utk tambah pedas & tambah seri wajah(tiada dlm resepi)
Menu 4 Ramadan:
Nampaknya banyak menu sebab ada belen lauk semalam..memang cuba bersederhana aje makan.
  1. Senangin Masak Lemak Kuning
  2. Kerabu Bilis & Pauh Simple(menu baru)
  3. Ikan Goreng Selar Tabur Bawang
  4. Popia Chikylicious SSHKC
  5. Tembikai
 
 
Menu 5 Ramadan:
  1. Ayam Masak Madu
  2. Dalca Ayam
  3. Roll kek Tesco
  4. *Yang lain jiran bagi bihun goreng...Alhamdulillah sepinggan besar sampai sahur boleh mkn.
     
Resepi mudah peberet Kak Ngah..dia request!!!

Bahannya:
Sebiji bawang besar-tumis
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
sedikit garam
1-2 sudu besar madu
Menu 6 Ramadan:
  1. Senangin Masak Merah
  2. Kubis Goreng Kunyit
  3. Selar Goreng
  4. Onde2 Bonda Original Pandan(hari ini buat jualan kat Bazar Ramadan)
  5.  
    *Yang lain Dalca ada lagi pastu jiran bagi lauk ayam..hehe jimat takyah masak.Pastu bagi laluan sebab nak cuba promosi Onde2 Bonda...so menguli 2 paket bermula jam 2...hampir 2 jam nak siapkan juga.
     
    Tq my neighbour Kas...bagi ruang dan peluang tumpang letak semalam kat Bazar Ramadan Taman Pelangi Semenyih(gerainya hanya jual samosa,landmark dekat iklan CELCOM terpampang kat TESCO so kita meriahkan sama) & bestnya semlm laku habis cubaan 10 pack...risau gak tgk ramai meniaga Onde2 tapi kelainanku punya mmg NO ARTIFICIAL FLAVOUR...DIJAMIN FRESH..siap hampir kul 4...dan2 terus bagi Kas bawa ke gerainya...panas2 katanya...hehe!!! 
     
    Harga promosi Rm2/12 pcs..saiz agak besar!!!!
     
    
    10 paket cubaan hari pertama...Alhamdulillah SOLD OUT!!!
    
     
    Ok sekian untuk lewat beberapa hari laporan dari dapur SSHKC...terpaksa off masa begitu mencemburui daku kala ini.
     

Thursday, July 11, 2013

Menu kedua Ramadan 2013

Salam pagi Jumaat yang penuh barokah...

Tengah rajin nak kongsi ni baik taruk siap2...kan dah datang penyakit M....jenuh nak menyapu sawang2 lak....huhu..tokdan taip panjang gayanya...anakanda sikecik udah  bangun minta perhatian dah ni...jap ibu simpan resepi kat sini utk kenang2an...belek2 punya belek teringin nak makan ikan bakar ala2 masakan orang Melaka gitu hari kedua.

RESEPI IKAN  BAKAR MELAKA(SUMBER;RESTORAN FAROZ CATERING SDN.BHD)



Yang ada ikan kembung..kembung pun jadilah!!!

*Tak bakar dlm oven pun sebab memang takde oven dah....no hal...no problem....kita bungkus ikan elok2 dlm aluminium foil ...pastu buh kat frying pan...tutup elok..bakarlah dlm 10-15 minit...siappppp). Ikut kata juri resepi ok walau bahan agak simple...so boleh masuk list famili nanti...nanti try resepi ikan bakar yang lagi mengancam bahan2nya pulak....simpan dulu.
 
Antara menu lain tumis petola versi Qlate(beza dgn resepi negeri lain mungkin sebab letak kerepok 3-4 keping..nak sedap yg jenis byk ikan tp semlm yg ada kurang skit),ikan juga ayam goreng untuk anak2 sebab tak makan pedas juga bubur gandum plus kacang hijau kes menghabiskan stok yang ada...campur keduanya jadilah untuk juadah pemanis mulut...apapun sentiasa beringat bersederhana makan jangan sampai membazir ye...jangan cuba nak bersaudara CIK SETAN...in sha Allah cuba praktikkan lebih baik lagi...mudah2an tidak tergolong mereka yang terlalu bermewah2an dan tergoda macam2 di BAZAR RAMADAN...membeli berhemah gitu...teringin nak pergi tapi belum ada rezeki lagi...selagi masih rajin bersilat di dapur oklah...tapi dah nama perempuan ada mood turun naiknya tu...nak jejak kaki juga nak rasa masakan orang lain...huhu terpaksa sabarkan hati menahan godaan selagi boleh...cuma petang ni anakanda dah pesan teringin nak makan peberentnya tak lain tak bukan ENCIK ROTI JOHN aje...so dah pesan siap2 kat kekanda belikan 2 ketul kot..satu sah tak cukup.
 
Ok sekian...ada orang sudah merengek2 minta didodoikan la pulok...hai adik Nopal semakin manja adalah menjadi2 semenjak 2 menjak ni!!!!

Wednesday, July 10, 2013

Menu baru Ramadhan 2013 di hari pertama

Assalamualaikum...

Nak hangatkan balik blog yang tak hangat lama dah...sempena bulan posa...mari kita share resepi yg dirasakan menarik hati,mengikat selera anak tekak...ni kira resepi 2 resepi baru yg diluluskan oleh kekanda sebagai juri profesional...huhu.

Hari pertama dah rasa mengada2 nak rasa menu baru...belek punya belek resepi dari himpunan koleksi ku...apa lagi MW...terpikat 2 resepi iaitu SIAKAP MASAK ALA ZHENG HE PHEWITTTTT(ini resepi dari restoran Cheng Ho...pemiliknya Amy Search yg phewittttt tu)....so nama kita pandai2 letak panjang skit kasi gempak...yang ni ala2 Chinese mali arrrr.

Resepi dari Restoran Amy Search masuk blog...kira  tolong promo ni..25% dpt..hehe


*Cuma resepi ni alter masa goreng ikan...kita suka bedak2kan dgn tepung jagung n goreng garing2....tak menghampakan rasanya...pastu benggala hijau tukar yg kuning since dah ada stok...pun rasanya ok juga.Cili padi pun kurangkan kpd 3 biji memandangkan anak2 pun makan dan tak suka pedas sgt tapi boleh tahan rasanya.Betik muda hampa tak letak... sebab susah nak cari so skipped...klu ada mesti lagi kaw2 rasanya...kata juri profesional...baik saya menurut perintah.



Harap2 pembaca semua boleh baca...nak juga share kan..kan.

Lagi satu resepi dari Thai....BANGKOK TAUFU pun nampak memikat hati tgk kepada gambarnya dulu....alhamdulilah tidak kuciwa lah utk first time yg nak mencuba cuma rasa kurang agak tawar bila rasa... al maklum orang berpuasa...tambah skit lagi kicap masinnya mesti lagi kaw2.

*Tambahan letak sedikit sos tiram juga tepung jagung nak bagi ayam berkawan2 rapat dgn gengnya...huhu pandai2 alter resepi.

Kan senang takyah taip...AWAS JANGAN TIRU PENULIS ADA PENYAKIT M!!!


Cik Bangkok Taufu...tak rugi mencuba!!!


Actually hari pertama ada mix country gitu menunya...sebab nasi tanak nasi Jepun(nak abiskan stok)...pastu terciptalah TUNA SARADA...supaya tak bazirkan lebihan tuna baki org diet...so godak2 seminit dua siap...tuna+mayonis mesti jenama jepun KEWPIE baru ngam+timun batang +capsicum kuning...siapppppp!!!

Utk pembuka mulut...ONDE2 BONDA last minute tukar sebab tak jumpa cari pisang nak wat pengat...hemmm senang abiskan sepaket boleh agih2 kat jiran2 tetangga juga sempena bulan kena banyakkan memberi. Anakanda Kak Chik rajin menolong ibu kat dapur...tung tang tung tang...siap dlm 90 biji ode...hehe.Bagi yang famili tak ramai tu buatlah separuh paket sahaja melainkan nak bagi2 kat jiran2 tetangga memang elok sepaket terus habiskan...boleh bagi 2-3 buah rumah.


Onde2 Bonda Tetap Dihatiku
Resepi membuat adunan menghasilkan dlm 90 biji:
1 paket/500 gm
15-20 helai pandan
Air secukup rasa
Sedikit kapur
2 keping nise yang diracik2 agak kecil2
 
Untuk kelapa parut:
1/2 biji kelapa parut putih
Sedikit garam


Air kotak soya utk minuman...wah menu mix country sangat2 nampaknya...ahamdulillah lega & syukur utk rezeki hari semalam...hari ini tak tau...nampaknya hari2 pening lagi nak fikir menu apa yang kena dgn anak tekak yg seakan mengada2 skit di bulan posa...huhu...janji jgn membazir & terlampau2 ok kot...yang kepentingan lain perlu juga difikir2kan bukan sekadar masak memasak.

Ok jumpa lagi utk menu2 baru kalau ada yang menawan hati.