Showing posts with label Aneka Nasi Popular. Show all posts
Showing posts with label Aneka Nasi Popular. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Bubur Lambuk 1 Malaysia

Salam...

Entry ke-3 hari ini...hohoho tahniah sebab ada masa berblog dannnn kerana kita "GANTUNG APRON"...hari ini...hoyey..chef pun nak bercuti la jugak sekali sekala kan..kan.

Sebelum terlupa baik simpan siap2,kemah keming kat blog ni...

Ehsan dari pakcik Google...konon2x nak cari resepi kaw2 punyer...sambil ingat resepi yang mak mertua bagi...terhasillah nama seperti di atas.
Yang terbaru tgk program Nasi Lemak Kopi O...misi pencarian Bubur lambuk Paling Sedap...masa tu dorang shoooting di Ganu kite...so tgk bukan main byk ikan dorang letak juga,lebih 12 jenis pucuk utk masak lemak..nama Chef tu rahsiakan..paham2 ler...kita agak2 sendiri...boleh kan.

Foto contoh:


Bahan Asas Untuk Membuat Bubur Lambuk:
  • Beras/ada nasi belen biasanya kita buat
  • Air yang banyak(sukatan 1 cawan beras/12 cwn air)
  • Daging/tulang-letak
  • Ayam(Boleh juga yg digoreng)
  • Ikan(versi ore Ganu kite)
  • Isi ikan Talang
  • Bilis Goreng
  • Udang kering(sangai dulu)-letak
  • Seafood(ore ganu juga buh)-kali ni cuma letak udang juga air rebusan
  • Rempah Kurma-letak
  • Kiub
  • Sup bunjut
  • Rempah 4 beradik-letak
  • Serai-letak
  • Halia-letak
  • Santan-letak
  • Bawang besar-letak
  • Bawang Putih-letak
  • Daun Pandan-letak
  • Minyak sapi
  • Batang Saderi-letak
  • Keledek
  • Kentang-letak
  • Kacang Kuda
  • Mix vege
  • Kangkung
  • Daun kesum-letak sedikit takut anak2 terbau kuat takmau pula
  • Carrot-letak
  • Pucuk Paku Merah
  • Pucuk Midin
  • Daun Kaduk
  • Daun Kunyit
  • Kacang
  • Jagung
  • Budu
  • Halba
Bahan Hiasan:
Daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili merah,serunding,serbuk lada hitam,halia muda jeruk


Resepi dari negeri2 berikut:
  1. Johor
  2. Terengganu
  3. Kelantan(Nasi Air)
  4. Kedah(Bubur Kanji)
  5. Pahang
  6. Penang
  7. Perak
    p/s:nanti update bila buat carian lagi...

Nasi Arab Khabsa

Salam tengahari...

Memandangkan ada request dari kawan kena cepatkan reload entry yg tertunggak2...oiii byknya tunggakan sib baik resepi bukan bil2x...huhu...tuan tanah agak sibuk la tu kalau tak sempat datang menyapu kat sini.

Ini kali kedua buat...dapat resepi jemputan belajar dgn jiran belakang rumah yg bawakan khas Chef Ummi sambil demo periuk Cookline...emmm memang best dapat belajar memasak ni...yang lagi best diberi peluang merasa la kan..kan...jangan tolak rezeki..hehe...kita tadah pinggan cepat2.

Kali ini untuk Iftar 3 Ogos...huhu dah masuk Ogos baru alert masa nak menaip ni...cepat sungguh masa berlalu....kita dah pun penghujung Ramadan...mood raya pun kian datang...khatam Quran belum tertunai...huhu.Moga ada rezeki berjumpa next Ramadan.

Jom tengok resepi yang diberinya sama dari blog ini tapi kita ada adjust2 sikitlah tengok berapa orang nak mkn juga citarasa tersendiri.
Rujukan dari blog ini:http://resepiraidah.blogspot.com



Resepi Ayam:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang-saya belah 4 ayam supaya senang memasak
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri-skip just lebihkan buah tomato
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)-yang ni pun skip,tgk pewarna pula dah keras so kurang berseri sedikit bila tiada pewarna
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya-guna yg kuning aje
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis

Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

***Semalam sediakan 1 1/2 ekor ayam so tambah sedikit bahan2 di atas dan disebabkan periuk nasi penuh dah dgn nasi dan memang ngam2x,ayam dimasak asing dan saya sukakan cara ini sebab kita boleh garingkan ayam.(boleh letak lemon semasa membakar didalam frying pan...kadar lemon setengah biji utk setengah ekor ayam...ambil sedikit dari bahan tumis tambah sedikit bawang,lada hitam...sangat senang biar kering & sedikit garing juga lagi sedap...in sha Allah)
***Untuk nasi sediakan 5 1/2 pot beras Basmathi...kadar air cuma tambah 1 pot lebih...juga tambah 3 helai pandan...hidangan semalam boleh untuk 4 saiz dewasa makan & siap bagi bekal untuk sahur,3 orang anak2 mkn boleh tahan semuanya...lebih kurang 10 orang makan sederhana sekali makan.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

 
Untuk sediakan sos hijau:
~ Kisarkan 2 biji tomato, 5 biji cili besar hijau, 2 ikat batang ketumbar, gula, garam dan 1/2 biji perahan lemon
 
Resepi Salatah:
***lupa di mana ambil resepi tapi sukakan versi ini,lepas sediakan chilled dulu jika lambat lagi menghidang.
-2 biji tomato kecil,sebiji timun-potong dadu
-sedikit plain yogurt,garam & gula

Ini lagi simple resepi:
Salad,tomato,timun)potong sayur perahkan lemon & taburkan sedikit  garam.

Selamat mencuba ya...kalau sedap jadikan menu keluarga gitu...buat siap2 Rempah Khabsa atau beli paste siap sekarang banyak dijual dah secara online lagi...rasa nak jadi ejen lah pulak...kuikui.

Thursday, August 1, 2013

Nasi Kerabu Ala Golok

Salam pagi Jumaat penuh barokah...

Ini Jumaat terakhir dalam Ramadan....tak sampai seminggu lagi kita umat Islam nak beraya...khatam tak abis lagi ni...kuih raya terbuat tapi dah tinggal serbuk2...3 hari lepas sempat menggunting doh untuk biskut gunting...ermm dpt 2 balang...my firasat dah agak dah kalau biskut ni memang sold out dlm rumah tak sempat nak jual ke aper...hehe...saja2 dulu nak abiskan belen daun bawang juga udang kering...campak2 jadi doh malamnya..terbiar kejap sampai sahur tak tercanai2x...dlm kul 9 gitu kot baru jadi canai  juga bakar jap...pastu operasi menggunting....dekat buka posa baru goreng...mlm tu juga habis sebalang...hari ni tinggal serdak2x je....tunggu angin rajin datang menjelma...kena suntik vitamin R banyak2 baru boleh operasi buat biskut raya....tema tahun ni dok cadang buat yg ala kuih raya tradisional punyer...buku  respi rujukan dah ada...cuma tunggu suntik vitamin R dulu arrrrr.

Oklah hari ni kita share cara buat nasi kerabu ala2 Golok gitu...ni buat Ahad lepas..ramai lak terliur kat mukabuku...emmm ok hari ni berbesar hari nak panjangkan cerita kat sini ..proses di sebalik tabirnya...alahai blog bermasalah...update tersangkut2 dgn tuan tanah busy...maaf yang ternanti2 resepi ini.

Berbeza resepi ala  Golok ni dengan Nasi Kerabu Qlate ni hanya tiada sambal tumis so kita mkn dgn bahan asas sambal nyor agak kering la sedikit...namun tidak dinafikan masih sedap...masih nyakut bahkan lagi mudah sebab skip satu keje...hehe...tapiiii boleh makan berpinggan2x...hehe...tang sambal nyor lebihkan lada hitam...no problem sebab nak kasi pedas...hidang nasi atas daun pisang...bukuh molek2x lagi nyakut macam beli kat kedai.



Nasi Kerabu Biru Sibunga Telang:
Beras,40 kuntum bunga blender & ambil air,3 helai daun kunyit,3-5 helai daun limau purut,sebatang serai,sebuku halia,3 helai pandan.
*** boleh tambah daun mengkudu bagi warna lebih gelap...baru nampak ala Golok betul.



Resepi Sambal Nyor Istimewa SSHKC:
1/2 biji kelapa parut-goreng kering
4 ekor ikan sardin/selayang(bakar kering ambil isi)
10 biji bawang merah
3 batang serai
1 s/k lada hitam
Garam & Gula secukup rasa

***Tumbuk or guna food prosessor semua bahan.
***Berita baik bagi yang berdekatan Semenyih,tempahan dibuka utk Sambal Nyor Istimewa SSHKC ini...HARGA PROMOSI 1/2 kg Rm20!!!


RM20/1/2 kg...HARGA PROMO!!!



Solok Lado SSHKC:
8-10 biji cili hijau
3 ekor ikan bakar/rebus
8 biji bawang merah
sedikit halia
sebiji telur
sedikit lada hitam
garam & gula secukup rasa
***Boleh merebus dgn sedikit santan pekat(lapik dgn daun ubi kayu utk dptkan aroma)/kukus kering(utk berniaga gunakan cara ini bagi tahan lama)



Sambal Belacan SSHKC:
3 biji cili hijau
5 biji cili burung/padi
sedikit belacan bakar
1 s/b cuka
Garam & gula secukup rasa

 Budu Masak/Tanok:
Budu + Air+Serai+Lengkuas + Daun limau purut +Asam limau+cili padi


Ulam2an yang Dicadangkan(lagi byk lagi sedap):
Daun serai kayu(daun paling asas),daun kesum,kubis,kacang panjang,kacang cambah/taugeh,bunga kantan,timun,pucuk ketereh,selom,petai belalalang,ulam raja,pucuk putat(x kenal pun mak ckp boleh)
 
 


Utk lauk pilihan:
ikan celup tepung
solok lado
Telur Asin
Daging bakar(kunyit,serai,halia,bawang)
Ayamg Goreng Berempah(bawang,serai,halia,cili serbuk,serbuk kari,jintan manis,ketumbar & sedikit tepung gandum)
 
 
Ok sekian,kena wat entry Nasi Khabsa pula...ada kawan lama request...kena makbulkan cepat2...moga dapat pahala berkongsi resepi...in sha Allah.

Wednesday, July 24, 2013

Menu seminggu minggu ke-2

Salam pagi Khamis....
Diam tak diam dah 16 Ramadan dah hari ini...diam tak diam tak sempat nak datang menyapu jap...huhu mcm sibuk bebenor....masa sgt terhad la tu kalau tak dapat menjenguk sini.

Menu pun kira kumpul...pukal untuk seminggu...kuikui...cam biasa dah lupa menu apa yg dimasak.

Antara menu yang dimasak dan cuba diminggu kedua...yg sempat disnap!


Nasi Ayam Bodo2x..mean ringkas...jgn salah paham ek!!!
Resepi ala2 Nasi Ayam Bukit Marak....dah ada entry cuma ayam ini  direbus bersama sup,angkat & tos pastu perap dengan sos tiram,sos toamto ,sos cili juga kicap manis & kicap masin!!!
Versi arwah ayahanda...chef khas untk menu ini..anak2x jadi assistant jek!!!

Resepi Rojak Mee Kelate Versi Arwah ayah
***Hidangan 12-15 orang***

6 ketul keledek /1.2 kg
 4-5 keret nise tgk saiz
sedikit garam
cili kering dimesin
air asam jawa
Kicap manis
Kicap masin
Bawang Goreng

Cara membuatnya:

    -Ubi keledek direbus lembut untuk buat kuah.Tumbuk/blender/mesin dalam food processor. -Campurkan dengan air masak sebelum ditapis pati keledek.
    -Masukkan cili kering yang ditumbuk/blender dan kemudiannya air asam jawa.
    Masukkan air dari keledek yang ditapis diikuti dengan nise dan garam.
    -Masak/reneh sampai kuah rojak cair-cair likat(lagi lama lagi sedap)
    -Rasakan pedas,masin dan manis biar secukup rasa
    -Bubuh bawang goreng yang dibuat sendiri




Dressings Rojak Mee:

    3 paket Mee kuning -dicelur sekejap
    Sedikit Bihun celur(optional)
    kacang cambah /taugeh - dicelur(optional)
    timun batang - dihiris halus
    Sebiji Nenas-hiris halus & panjang
    Sebiji Sengkuang-hiris halus & panjang
    8 biji telor rebus - dibelah 2
    bawang goreng
    sebalang keropok goreng
    cucur udang - 1/2 kg tepung gandum + segenggam udang kecil + seikat daun kucai + bsebiji awang besar yang dipotong+sedikit baking powder+ garam + air suam. Bancuh & biarkan sejam sebelum digoreng. 
Cara menghidangkannya:

    Semua dressings tadi dipotong halus & panjang.Masukkan mee/bihun ,letak kuah lebih sikit,tabur dressing, letak telur,tabur kerpok juga bawang goreng


 
Resepi Air Asam Kota Kuala Muda:
***Resepi arwah bapak mertuaku***
 
Sebiji bawang besar
sedikit belacan bakar
beberapa biji cili merah(hiris halus & patah2kan)
2-3 biji limau nipis(tgk saiz)
sedikit garam buku
 
Antara menu lain Daging Masak Kicap Versi Mak Mertua,Udang Goreng Oat,Kerang Rebus Cicah Sos Manis(chef yg teringin),Dalca Ayam,Kangkung Masak lemak dll.

Monday, April 23, 2012

TEMPAHAN NASI MINYAK SSHKC

Assalamualaikum...
Lama tak menjengah...seperti biasa kesibukan melanda..tak sempat nak berceloteh panjang2.


Buat julung kalinya memperkenalkan tempahan SET NASI MINYAK SSHKC....dengan harga promosi RM5 kalau tak silap 2 minggu sudah!!!

Ditempah oleh orang Putrajaya(kat opis en suami...tq kekanda tolong singsing lengan bersama2)majlis ini utk mkn2 tengahari sebanyak 30 pax!!!Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi menempah & membuka ruang bisnes yg kuminati dan ingin diterokai lebih jauh lagi..

Terima kasih daun keladiiiiii...
Kalau rasa sedap bolehlah tempah lagiiiiii....

Alhamdulillah setakat skala kecil 20-60 pax, Insya-Allah masih boleh dilakukan dengan adanya "manpower" my sleeping partnerku...dengan saiz dapur & peralatan yg kecik2 dan ruang kerja yang terhad tidak dijadikan halangan.

Tapi rice cooker harussss dicari dan telah terbeli kat RAKANDA SEMENYIH untuk masak2 saiz 50 orang dengan harga RM309 utk lebih effisien la kan.


Setakat ini tempahan HANYA terhad waktu terluang dan lebih spesifik pada hujung minggu SAHAJA!!!
  1. NASI MINYAK BERAS BASMATHI
  2. LAUK AYAM MASAK MERAH 
  3. ACAR MENTAH SERI CHENDANA

Monday, November 14, 2011

Nasi Beriani REMPAH MAK DARA!!!

Salam pagi Selasa...

Bersiaran sekejap sebelum sibuk berkungfu kat dpr kejap lagi...

Ok ini nasi dibuat masa raya haji hari tu..untuk makan belah petang dah...sebab pagi berkungfu siapkan tempahan orang kan kena dahulukan...NASI DAGANG PUTERI SAADONG untuk 30 pax idaman sifu bakeryku KAK IDA BAKERY...siap dihantar ke Gurney Height ,KL.

RESEPI NASI BERIANI REMPAH MAK DARA:
Rempah semestinya rempah MAK DARA(yg dpt free dr penaja masa bertanding masak)
guna 1-2 s/b sahaja)

Guna 4 pot beras basmathi(rendam dlm 15-20 minit & tos)
3 cawan air
2 cawan susu cair
3 helai pandan simpul
sedikit halia,bawang merah dan bawang putih-dihiris halus2
1 s/k garam & sedikit pewarna kuning untuk gantikan safron atau koma-koma juga air mawar
sedikit minyak sapi plus minyak untuk menumis



hotttzzz from my kitchen...
Resepi yg sempoi jek tak guna pun rempah 4 beradik kali ini tp ok..maybe rempahnya dah agak kuat terasa.....menu dipadankan dgn AYAM PERCHIK SSHKC dan sedikit potongan nenas,timun tomato....wallah...walau sangat2x simple mkn kali ini yelah tukang masak dah letik meng"arung" pagi2 buta nasi dagang pagi tadi..kasi can la relax2x)...tp namun begitu masih mememenuhi selera anak2 dan suami...bertambah2 mkn masing2x termasuk tukang masak...jadi la kan dr gantong apron terusssss atau nak cari kat kedai segera cam tak sesuai gitu so kita masak ikut kemampuan...huhu.

Sunday, August 21, 2011

Nasi Mendy Daging Cubaan Keduaku!!!


Salam...

Nak share resepi nasi arab kedua yg dibuat....foto baru nak upload ke pc...terus ke resepinya masa amat mencemburuiku!!! Feedback cik abe suka yg versi ini berbanding yg pertama dulu...dah lah lebih senang yg ni so ok jugak masukkan dalam list pilihan keluarga gitu!

Tapi kita buat tambahan makan dengan dalca daging sebab takdak kuah la pulak klu ikut betul2 pure resepinya....

 NASI MENDY KAMBING@LEMBU
***** (kita buat daging lembu jek sebab x makan)

Rujukan:MAJALAH SAJI OGOS 2011
1 kg kambing muda/daging lembu batang pinang
1 kg beras

Bahan A:
1 btg kulit kayu manis
1 s/t buah pelaga
1 s/t lada hitam
1 s/t bunga cengkih
1 s/t jintan manis & jintan putih
6 helai daun bay/daun salam
2 biji lemon
2 labu bawang besar(Holland)
1 cawan minyak zaitun
2 sudu besar rempah mendy/khabsa
garam secukup rasa

Caranya:
-Rebus daging hingga empuk  dengan dgn 1 s/b rempah mendy/khabsa dan hirisan 1 biji bawang besar serta perahan 1 biji lemon.
-Rendam beras 1--15 minit kemudian tus.
-Masukkan minyak zaitun dalam periuk dan tumis rempah mendy@khabsa.Masukkan daun bay ,rempah2 yg lain serta bawang besar & tumis hingga wangi.
-Masukkan air rebusan daging dan beras dan tanak seperti biasa.
-bila nasi hampir kering baru madsukkan daging serta perahan 1 biji lemon.


Sos Arab:(masa blender semua kita tambah air skit baru tos)

2 biji tomato
3 biji cili hijau-potong buang biji
5 btg ketumbar-ambil btg
1 biji lemon
1 s/t gula dan garam secukup rasa
sos arab
Salatah
1 btg timun
2 biji tomato
1 s/t lada hitam
1 sudu besar perahan lemon
1 s/t lada hitam(jika x  suka sila skip)
1 s/b susu cair(jika suka ganti plain yoyurt...juga sedap)
salatah

Friday, May 13, 2011

Jom Makan Nasi Ayam Penyet Palembang!!!

Gambar yang buat makan tengahari semalam belum upload....kali kedua buat ayam penyet tapi first time lengkap dengan nasinya...ok juga tukar versi nasi ayam biasa kepada nasi ayam penyet dari seberang gitu..jom layannnnn bapak2x dan mbak2x!!! Terimaksih kepada tuan puny resepi baru kutau sebb aper dia terpenyet!!!

Review: Ayam buat sekor lebih utk mkn tghari merangkap dinner(sbb anak2 suka meratah siap tapau bawa gi Kelas KAFA)...nasi sedang elok 1/2 kg mkn sampai kenyang!!!


NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih. 


Sumber rujukan:http://zaliana.blogspot.com/2008/11/nasi-ayam-penyet.html

Saturday, February 5, 2011

Nasi Lemak Dwi Citarasa!!!

Assalamualaikum...


Contoh yang dimasak...SAMBAL SOTONG!!!
 Bermacam cara dan style nasi lemak di masak...termasuk resepi sambal dan lauk2 pilihan yang berbagai tentunya...kadang bila beli atau makan kat kedai atau beli di gerai2 tepi jalan...ada yg sedap...yang ok atau biasa2x jek....bahkan ada yg sangat kurenggg pun ada terutama sambalnya yang memainkan peranan penting actually!!!

Buat sendiri lagi puas hati...cuma kadang anak tekak nak juga rasa hasil air tangan orang lain....tapi tu la kadang makan...aduhai bab sambal kadang tidak menepati selera gitu.....ada yg kurang masak pun ader(kalau yang dah meniaga tak patut rasanya perlu tambahkan ilmu biar terisi didada)...terima seadanya dah terbeliiiii...

Alhamdulillah berkat kedua2 mak dulu berniaga nasi lemak....yg mana dua2 pernah berjualan walau kecil2an....ada 2 versi yang selalu masak nasi..kadang2 kita kombinasikan style sekali pun sedap....kadang Ala Utara...kadang Versi Kelate kalau dah rindu2an....masing2 biasanya tukang masak dia ada caranya tersendiri...nanti2 boleh citer apa bezanyaaaaa yang Bonda  Bukit Marak dan Bonda Sg.Petani punya versi!!!


Resepi Versi Utara:
Cara Memasak Nasi:
(***4 pot utk hidangan 2 dewasa 3 kanak2 boleh untuk  2x makan)

-Basuh beras,masukkan santan sederhana pekat ,sukatan perlu ikut beras yg digunakan,masukkan 3 helai daun pandan simpul,sebuku halia diketuk2,sedikit halba,daun kari dan sedikit garam.

Teknik Menyediakan Bahan Asas Sambal:
(***untuk lauk boleh pelbagaikan menggunakan bahan asas sambal)


2 genggam cili kering- dimasak dgn air sekejap(blender cili dulu dgn sedikit air).
1-2 biji bawang besar kuning bergantung kpd saiz-(gunakan blender lebihan cili tadi dgn sedikit air)
Sedikit belacan ,air asam seelok rasa,garam dan gula secukup rasa(ini juga penting untuk menaikkan rasa bila cukup kombinasi asam,garam dan gula)

-yang paling penting sekali cili dimasak dalam jangka masa agak lama sehingga benar2 masak baru masukkan bawang yg diblender dan lain2 bahan asas.

Lauk2 pilihan yang mak masak untuk jualan tp menggunakan bahan asas untuk sambal:
Ayam masak merah(boleh tambah sos cili dan sos tomato),sambal sotong kembang,sambal udang,sambal kerang,telur mata kerbau....bilis goreng dgn kacang,telur rebus dan timun satu kemestian!!!

***sehingga lewat  tahun 2007 mak masih lagi berjualan dan anak2 pun sudah bekerja jadi dgn terhormat terpaksa berundur dari dunia jualan di gerai depan Taman Wira,Sg Petani walau masih seronok namun org kata kudrat makin tidak mengizinkan sebab dari muda berjualan... macam2 pengalaman...berniaga di pasar Ramadhan menjal lauk pauk,kuih muih pun pernah juga di Gombak waktu arwah bapak masih ada dan bekerja sebagai polis...dan yang masih ingat lagi dan sebungkus NASI LEMAK cuma 60 kupang gitu utk lauk basic...rasanya masih murah kan...ada hirisan telur,timun dan sambal.

Style Kelate:

(Mengikut cara mak memasak nasi  untuk jualan waktu kecil2 dulu)
Santan akan dimasak dan biar mendidih kejap terus tutup pada sebelah malam,bubuh daun pandan simpul,garam gula secukup rasa juga!!!

Esoknya proses memcuci beras,masukkan santan yg dimasak semalam ,sukatan perlu ikut beras yg digunakan...bahan asas adalah lebih simple.

(***kecik2 dulu waktu sekolah rendah...waktu petang2 menjadi rutin kami adik beradik mengopek bawang juga bilis ramai2 berjemaaah smabil gosip2...hehe...nak beli bilis siap kopek mahal...so terpaksa rela jadi pengopek terhormat utk mak tersayanggggg...ada lagi sorang tukang koyak daun pisang dan bersihkan, pastu kena  potong surat khabar lama dan susun pada belah malam mesti dah siap,pagi esok kakakku jadi tukang hantar sbb tu dia dpt basikal kerana ada specialitynya...org lain tak dapat...huwa..huwaaa..tingin nak naik ptg2 kena boleh la rembat sekejap round kg....duit berniaga itulah untuk menampung kami adik beradik seramai 11 orang di samping ayah bersawah padi,ada sekangkang kera ladang getah untuk ditoreh....pun ada nostalgia yang macam2 dan yang pasti cerita tersemat kukuh di hati)

Sambal Bilis:

-Boleh gunakan cili boh saja atau kombinasikan  dgn cili kering lagik sedap(mesti dimasak agak lama dgn minyak yg mencukupi...baru boleh letak bawang potong)
-Bawang besar mesti guna bawang kuning(teknik bukan blender tapi potong halus...sedih bersebab...boleh menangis time nih..tangkap leleh.....nak potong kira  penuh 1 tampi padi dulu guna tempat kupas bawang....huhu...nostalgia).
-Bilis yg digunakan tak perlu goreng,masukkan mentah ke dalam sambal yg hampir masak dan reneh hingga pekat dan bahan asas sambal tak boleh lari dari air asam,gula(boleh campurkan guna nise keping) dan sambal mesti lebih manissss dan garam.

-Bahan asas lain juga tak lari mesti padankan dgn telur rebus juga timun potong.

***Cara mak berjualan dulu2 mesti letak sambal yg berlapis dan ditutup dgn potongan 4 segi sama daun pisang supaya sambal tidak bercampur dgn nasi dan dibungkus ala melipat kiri kanan dua2 bahagian...kalau tak abis petang2 tu masih elok jek dimakan...kalau tak silap 50 sen sebungkus...takde lauk2 pilihan....dan selepas itu juga mak pernah berniaga nasi belauk serta bihun goreng.....bertukar angin dan beralih arahhhhhh!!!

Sekian corat coret cerita tentang nasi lemak yg menyimpan seribu nostalgia pastinya padaku...nanti2 boleh citer kisah lain pulak!

Monday, November 22, 2010

Set Nasi Arab

Assalamualaikum....

Lama jugaklah Anaa(tukar slang laa) meneliti resepi dari Negara Arab sebab ada macam2 masa buat pencarian ada seakan Nasi Minyak jek(kena tolak ketepi)...tapi nak yang betu2 taste dari sana kira kalau bolehhhh seakan2 nasi dari Saba Restaurant atau iras2 Al-Jazeera kat Cyberjaya...tempat peberet kami anak beranak makan terus jatuh cinta..huhu...nak minta resepi sure lagik pasti dorang tak kasi......bertuah la kalau dapat!!!

Hasil dari kombinasi beberapa resepi yang diteliti dari alam maya gitu dibuat pada 20 Nov..special sikit sempena nak menjamu anak2 dan suami sehari lepas hari lahirku.Alhamdulillah kekanda makan 3 ke 4 kali tambah jugaklah..makan nasi saja pun sedappppp dah katanya!!!!

Kena tempek baik2 kat sini nanti senang nak rujuk bila2 je mengidammmm...sebab begitu lama ambil masa buat pencarian bersama PAKCIK GOOGLE!!!


Sumber:Homemade Rempah Kabsa
(***saya skip biji ketumbar boleh ganti dgn biji rempah..sebab ikut citarasa lebih sedap dlm apa2 masakan)
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **(***yg ini skip sbb tiada dlm stok)
1 sudu makan serbuk cili(***juga skip)
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.


Antara bahan pelengkapnya...yg lain tambah asing!!!

Sumber: 
2 tablespoons cardamom pods
2 tablespoons cloves
2 teaspoons black pepper
1 teaspoon nutmeg
1 teaspoon ground
1 teaspoon ground kholegan (if this is not available use ginger)
4 bay leaves

1. In a coffee grinder or food processor finely blend all spices together until in powder form.

Nasi pun kena wap/perasap dengan arang...berkepul2 bila buh minyak...

Sumber: http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

Bahan2 Nasi Mandy:
(Resepi diubhsaui bila guna 5 pot beras***Anggaran 8-10 orang makan)
 
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (*guna 3 s/b minyak sapi +2 sudu minyak)
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis(***skip sebab makan kat restoran Arab tak ada pun)
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air

(***rempah cuma guna 6 biji buah pelaga,10 kuntum bunga cengkih,20 biji lada hitam..tak perlu k.kayu manis nanti macam nasi minyak lak)
Garam secukup rasa.(***5 pot beras sesuai dgn garam 1 s/b jgn penuh sangat)

Cara penyediaan nasi:

 
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. 


Kali ni bubuh  daging korban free yang dimasak empuk bersama air rebusan sebagai penyedap rasa...

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih(***potong 4)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron(***guna pewarna jek)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.(***bakar lepas 1/2 jam lebihkan  300 celcius baru nampak garing..bergantung kepada oven)
***Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
 Ayam Mandy Ala Bakar...lain kali boleh try masak terus ngan nasi pulak!!!


Salata Hara/Salatah Arab/Jelatah:


1)Jenis 1:(cuba jenis yang ini tapi modify sikit citarasa)
Sumber:http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

1 biji tomato ~ hiris(***boleh tambah)
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris(***skip)
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus(***kurangkan)
Garam
Gula
Perahan lemon.
***optional tambah timun juga yogurt lebih sedap(lupa resepinya dari mana)
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
***boleh potong kiub2 aje seperti kat restoran Saba itewww...
2)Jenis 2:

All Arab countries have a version of salata hara and all go by different names. This is the version we make in Riyadh, Saudi Arabia. Some may be more green which means that more coriander was used. This is served alongside meat and rice dishes.

1 large tomatoes
1/2 cup fresh coriander
Juice of half a lemon
1/2 teaspoon salt
2 red chili peppers
2 teaspoons baharat spice blend

1. In a processor add tomato, coriander and chili pepper, lemon juice, baharat, and salt. Blend well.

Salatah yang dibikin ikut citarasa kombinasi resepi bagi menyedapkan anak tekak...

Segala bahan2 yang dicari dikombinasikan mengikut naluri rasa diri sendiri...dok banding2kan rasa ngan Saba juga al-Jazeera yg berjiran dengannya yang pernah kurasa....jadilah kot..untuk menghilangkan rasa mengidam nasi Ala2 pure dari negara Arab gitu....maka terhasilalh sepinggan nasi arab...tapi ari tu buh lauk daging kat nasi sebab banyak dapat daging korban bukan ayam....supaya tidak membazir...apa lagi korbankannya kedalam Nasi Mandy la jawabnya....hehehe.

Sepinggan hidangan buat penawar rindu sekeluarga pada masakan Arab...

Jom kita tenguk set lengkap MENU NASI ARAB...mesti sediakan Nasi Mandy,Ayam Mandy & Salata Hara...


p/s:Kepada peminatnya selamat mencuba....huhuhu...berpeluh2 makcik mulakan pencarian resepinya yang meamakn masa..konon2 kena study dulu persediaan...ada ka patut??? Mungkin berbaloi2 bila tgk sang suami makan bertambah2...3 kali tambah kotttt..
Antara nasi yang menjadi selera kami dan PASTI boleh dibuat lagi dan akan masuk list menu keluarga gitu...berbaloi2 mencubanya!!!


Nota kaki:
1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Tuesday, November 9, 2010

Nasi Dagang Putri Saadong

Salam pagi Rabu...

Hari ini dok belek2 resepi..rupanya belum ada entry nasi dagang so apa kata kita jamu mata dan jangan lupa mencuba keenakan nasi dari Pantai Timur ini khas untuk peminatnya....cuba jangan tak cuba pulak!!!

Nama Putri Saadong diambil sempena daerah kelahiranku BUKIT MARAK(yang tercatat dalam sejarah negeri Kelate) yg sinonim dan diketahui salah satu tempat Tuan Puteri ini dikatakan bertakhta buat terakhir kalinya(bukit tempatku selalu melawat waktu kecik2 dulu2..kira pusat pelancungan juga sebab Sultan pun juga melawat tempat tinggalan sejarah ini yg ada seperti air kolam tempatnya mandi manda,batu seperti pinggan tersusun,)....boleh klik ini untuk cerita sejarah TUAN PUTERI SAADONG!!!

Dan siri sambungannya DI SINI dan pada 8 Jun2010 dikatakan kerabatnya keturunan ke-7 iaitu  Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali dihebohkankan oleh media cetak sebagai pewaris PUTERI SAADONG di dalam UTUSAN MELAYU!!!

Dalam kita tidak lupa pada asal usul sejarah negeri janganlah kita lupa juga kepada makanan tradisi yang perlu dimartabatkan agak tidak dilupa dek generasi muda dan sentiasa kekal di hati...caranya dengan selalu memasak walau di mana sekalipun kita berada jauh dirantau orang tanpa perlu "tunjuk" kat kedai makan!!!

Jom belek2 resepinya pula ya utk mkn2 saiz keluarga yg kecil....lebih puas memasak sendiri sebenarnya...SEBAB SEMUA SECUKUP RASA!!!
















NASI DAGANG PUTERI SAADONG:
***utk makan 6-8 orang

3 pot beras nasi dagang+1 pot beras pulut
1  biji kelapa( dapatkan santan pekat)bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).
6 ulas bawang merah-dimayang halus2
2 ulas bawang putih-dimayang halus
1inci halia-dimayang halus
sedikit  halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara memasaknya: 

Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 6 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan  baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Untuk lauk pauk pula bermacam2 boleh dijadikan lauknya spt contoh dibawah:

1)Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Aya/Tongkol:
 
1 ekor ikan tongkol yg  saiz besar yg dipotong kecil ,dibersih( direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam)
1 paket santan jadikan 500ml
10 biji bawang merah plus 1 biji bawang besar
3-5 tangkai cili kering ikut suka
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2-3 asam keping
3-5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2 atau potong 2)
Sedikit garam dan gula

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya.

2)BERIANI AYAM KAK LIZA
 
1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara:
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.

Sambal kelapa:

-4 ekor ikan kembong/selayang(dibakar-ambil isi)
-2 batang serai
-8 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

Caranya:
 goreng  tanpa minyak kelapa parut . Bila agak garing angkat ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..
*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

Acar Mentah Seri Chendana:(nama sempena nama glemer kat Jepung)
















Bahannya:
 
1 batang carrot-dipotong panjang dan halus
1 batang timun dipotong panjang agak kasar
1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah
sedikit cuka makan dan garam gula secukup rasa
Sedikit bijan utk hiasan

Caranya:

Masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan cili dan boleh digaul dengan bahan2 yg lain! Baru ditabur bijan untuk hiasan.Sediakan 1-2jam sebelum dimakan agar rasanya sebati. 

p/s:nasi ini selalu jugak dimasak...time raya puasa yg lepas pun sediakan dlm 2 kg utk tamu..kira open house kecil2an aje sebab tuan rumah berbadan dua...dan kena rest tak boleh buat kerja berat buat masa ini atas nasihat doktor.Bila balik Bukit Marak...selalunya beli stok beras utk bekalan dibawa pulang ke Bangi...kalau teringinnn kita masak aje guna bahan2 tanpa kedekut baru sedap tak terkata...nak tunjuk2 pun kurang memenuhi selera gitu!!!

Saturday, November 6, 2010

Nasi Mentega Chiba

Assalamualaikum...

Hari ini nak masukkan entry salah satu resepi nasi yang agak simple tapi sedap dan tak muak dimakan yang dipelajari dari seorang kakak masa di Chiba Prefecture, Jepun.

Perkampungan WELSHAN ialah rumah pertama kami semasa merantau selama 3 tahun. Terima kasih jiran kami...Kak Nur yang sudi berkongsi resepi yang walaupun simple tapi best...apa lagi korek2 la guna bahan apa....ouh senang ja...sedap pulak makan kat open house rumah dia...orang kata tak muak sangat makan banyak2 pun....arigatou ne!!! Saya kongsikan resepi yang menarik ini kat sini pula supaya ramai dapat manfaatnya!!!

Resepinya lebih kurang ala2 Nasi Minyak juga cuma gantikan minyak sapi dengan mentega....nak2 guna mentega pure punyer jgn gunaa Lepa Buttercup mudah muak...mesti sedapppp...resepi untuk 1 kg beras Basmathi adalah olahan saya sendiri dan banyak kali dah berasap dapur mencubanya...paling banyak masak...time raya puasa tahun lepas kat Bukit Marak pun siap hidangkan menu nih bersama Kurma Daging(resepi ibu mertuaku),Ayam Goreng Berempah & Acar mentah...sekejap jek habisssss hingga tengahari sikit..sampai ada orang kempunannnnnn...hehe..kesiannnn...tapi takpa kita masukkan dalam list hidangan untuk menu raya!!!

Resepinya:
(***untuk makan saiz 8-10 orang)


Nasi mentega yang simple tanpa pewarna.....


















7 pot=1 kg  beras Basmathi
1/2 bar mentega tulen GOLDEN CHURNN(yg paling best yg pernah saya cuba)
7 ulas bawang merah-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
1 tin susu cair plus air jadikan 7 1/2-8 cawan sukatan beras
Serba sedikit rempah 4 beradik
3 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam dan sedikit minyak
***optional kismis/gajus utk hiasan/daun pudina
***untuk warna lebih boleh letakkan sedikit kunyit/pewarna kuning

Caranya:

1)Panaskan mentega dan minyak,tumiskan bawang yang dimayang serta rempah 4 juga pandan beradik hingga wangi.
2)Masukkan beras,kacau sebati dan masukkan susu cair serta air dan sedikit garam dan kacau rata.
3)Masakkan dalam rice cooker.Bila dah hampir masak ,masukkan kismis dan hirisan daun pudina.
4)Bila dah masak,gemburkan dari tepi dan berhati2 supaya beras tidak patah. Boleh taburkan bawang goreng untuk hiasan.


Sunday, October 31, 2010

Nasi Ayam Bukit Marak

Salam pagi Isnin....

Hari ini di petang hari baru dapat menyiapkan salah satu resepi nasi ayam olahan sendiri yang ada pelbagai cara sebenarnya kalau ikut koleksi buku resepiku yg bertimbun2 itewww.

.Alhamdulillah biasanya anak2 pasti suka kalau dengar menu nasi ayam ala2 KFC tp mesti letak nama sempena daerh kelahiranku...apa lagi siap meratah la mereka..biasanya sediakan lebih tang ayam..pasti x cukup nanti!!!


Pastikan hias cantik2 ala2 kedai gitu semasa menghidang biar berselera anak2 dan suami terchinta k!!!


 Foto dulu untuk tayangan ,jom kita bikin sendiri utk yg tersayang!!!















Resepi Nasi(Utk 4-6 org makan):
(***masukkan semua kedalam rice cooker...jgn terlebih sukatan air)


4 pot beras dicuci bersih
Sebuku halia diketuk2
Air rebusan ayam secukupnya(yang siap diletakan garam)
2-3 helai daun pandan
Rempah 3 beradik(ambil dari air rebusan)
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk kunyit
***sedikit bawang goreng utk ditabur pada nasi bila siap dimasak dan utk menghidang letakkn nasi panas2 dlm bowl kecil terbalikkan cantiklah sidia...taburkan bawang goreng juga!!!

Resepi Sup Ayam:
(***semua bahan dicampurkan dan rebus aje..tak perlu susahkan diri nak menumis)

1.5 liter air rebusan ayam(masukkan bahagian yg tulang2 spt tengkuk,kaki dll..optional letak kiub ayam)
5 ulas bawang merah hiris halus
2  ulas bawang putih hiris halus
1 labu bawang besar-potong
Sebuku halia- ditumbuk
Rempah 3 beradik(lebihkan utk nasi)
Sup bunjut
***Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun sup utk lengkapkan rasa bila menghidang!!!

Resepi Ayam Goreng ala KFC: 
(***Bahan2 ini diperap bersama ayam dlm 1/2-1 jam)


Ambil 8-10 ketul ayam lumurkan dengan garam dan kunyit seckp rasa
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos Lea & Perrin(boleh skip jika tiada)
Sedikit serbuk lada putih & lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
***Sapukan ayam dgn tepung jagung sepenuhnya bila dah siap perap dan boleh digoreng dgn minyak sederhana panas!

Resepi Sos Kicap:


Secukupnya campuran kicap manis dan masin
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
1 sudu kecil minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam


Resepi Sos Pencicah:
(***dimasak hingga agak pekat lebih sedap)


5 btg cili kering yg direndam dlm air panas(blender bersama sedikit air rebusan ayam)
5 btg cili merah-blender bersama
2 ulas bawang putih-blender bersama or boleh ketuk2
Sedikit gula perang
Sedikit nise
Sedikit kicap manis
Sedikit cuka jika suka

Dressings:

Biasanya memerlukan hirisan timun,tomato dan daun salad sebagai pelengkap(hari itu daun saladnya ngak adaaa)

Sekian,selamat mencuba untuk merasa kelainan NASI AYAM BUKIT MARAK gitu2!!!

p/s:Alhamdulillah....sempat jugak siapkan misi siapakan 1 menu hari ini walau pagi tadi sibukkkk urusan bisnesssss New Image..alhamdulilah rejeki masyukkk dari sehari ke sehari ...tugasku cuma nak uruskan pendaftaran ahli baru dan isi order form n then fax mengefax...cuma online...goyang kaki dari rumah aje...oh la..la!!!

Friday, March 5, 2010

Nasi Kerabu Bukit Marak

Assalamualaikum....

Di sini nak share 1 resepi yg diolah sendiri....alhamdulillah ramai kawan2 suka kalau buat gathering pot luck atau jamuan kat rumah masa di rantau orang.

Nasi kerabu..ada versi kuning!
Ada versi biru....ada juga versi agak2 hitam..ala Siam gitu!!!
Apapun memang sedappppp buat penggemarnya..tak gitu???

Ini adalah bahan asas menghasilkan nasi idaman ramai ini...cubalah!

Nasi versi biru...


 















~NASI KERABU KUNING/BIRU~
***(sesuai utk 4-6 org makan)***

-4 pot beras
-Sebatang serai yg diketuk
-1 sudu kecil serbuk kunyit @ serbuk biru import dari Kelate@ bunga talang
-2 helai daun limau purut
-sedikit halia juga diketuk
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.
caranya taruk je sume bhn tu sekali…kacau skitt dah boleh dimasak.

Nasi versi kuning....
 

Sambal Tumis: 

-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit
-sebiji kelapa(ambil stn agak pekat)
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor

*Untuk memasak sambal tumis*

-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang
agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa
garam,gula dan masakagak lama sedikit.

*untuk sambal ikan*
-2 ekor ikan kembong/sardin/selar- sederhana besar-amik isi
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut
Caranya:
- digoreng tanpa minyakkelapa parut. Bila agak garing angkat ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp…

*untuk ulam2nya*

-Daun serai  kayu adalah ulam utamanya,taugeh,kacang panjang,timun batang ,kubis,bunga
kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh,pucuk pegaga dll!!!

*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak
pedas ditenyeh2)
*Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu 
*taburkan kerepok atas nasi. 
*Boleh dimakan dengan ikan goreng celup
tepung,daging bakar, ayam goreng berempah,telur asin,aye perchik,ayam bakarsolok lada sebagai
pilihan.(lagi byk lauk lagi sedap weih...kosnya tentulah tinggi..sebab itu mahal harganya!!!)