Sunday, November 27, 2011

KENALI JENIS TEPUNG DI PASARAN!!!

Assalamualaikum...panduan untuk diri sendiri mahupun pengunjung yg datang bertamu...elok benar kiranya dikongsikan di sini untuk panduan kita sama2x...kadang pening juga bilaku jumpa jenis tepung yg baru spt optima,tepung ros...baru nak berkenalan dan nak merisik2...jom kita baca...maghi tingkatkan ilmu dari dapur SSHKC!!!


TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protein.

TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

TEPUNG BERAS MERAH
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI

Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE 
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK 
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.


Rujukan:
http://malaykueh.blogspot.com/

Friday, November 25, 2011

Pulut pagi

Assalamualaikum...

Di waktu petang yang terluang ini nak berkongsi cerita tentang salah satu sarapan pagi rakyat Qlate(biasa menjadi rutin makan pagi utk org lelaki atau perempuan yang bekerja berat2 spt bersawah,menoreh dll..inilah makananku kecik2x pandai jugok gi bersawah ikut mok ayoh..anak kg la katakan pacat litoh jadi mainan..huhu)...

Sapa tak pernah makan tak rugi mencuba...nak2x musim hujan sedappp jek..lagi nyakut dihidang bersama ikan gelamo kering ko,ikan kembung kecik2 yang direbus ko molek jugok pastu siapkan secawan air kopi kampung....aromanyaaaa setnya tak bisa tahannnnn so layan terus foto tayangan.


Cara penyediaannya:
Kukus pulut yg direndam semalaman@ boleh tanak kalau nak cepat(panduan masak dgn air paras atas sedikit dr pulut dan tanak dgn api sederhana kecil tanpa dikacau).Nyor digaul dgn sedikit garam dan enak dimakan dgn jenis ikan kering goreng atau pun jenis ikan kembung kecil yang direbus. Jangan lupa hidangkan seteko kopi kampung...mest nyakut molekkkk nak2x klu dah masuk musim boh!!!

Tuesday, November 22, 2011

Tempahan 100 pax nasi dagang!!!

Salam pagi Rabu...

Entry tertunggak...tempahan pertama dari Kak Jamilah dr Gombak tapi penghantaran ke dua sbb tarikh yg diminta pada 20 November...sehari selepas hari lahirku...kira dihari lahir berkungfu,bersilat,bertaekwando semua ada mulai hari Sabtu...mencari stok2 ikan serta segala yang berkaitan kat pasar Kajang...tu dia harga barang2x...bawa Rm300 lebih...kira2x...dalam RM250 habis hanya untuk persediaan bahan2 mentahnya...santan dan kelapa parut cukup2x RM50 ...belum lagi masuk harga bahan2 yg kat rumah...takpalah janji menunaikan hajat seorang kakak yg berminat dan sgt2x berharap dpt  menempah untuk majlis makan2 selepas anak nikah anak perempuannya...moga majlis akak telah berjalan lancar...selamat menjamu selera dengan hidangan menu:

SET LENGKAP NASI DAGANG PUTERI SAADONG(nasi beras merah diarung 2 kali menggunakan cara tradisi makcikku(52 pot),gulai ikan tongkol(110 ketul lebih),sambal nyor(1.6kg/2 bekas),telur rebus 55 biji dibelah dua/3 bekas,3 bekas acar mentah)

Order:100 pax ala2x buffet gitu...

Jom layan gambar la pulak di sebalik tabir dapur SSHKC....satu dapur berkubangggggg...jam 3 pagi "MASTER CHEF"ecehceh angkat diri lak sekali sekala... dah ready nak mengukus...alhamdulillah berjalan lancar tanpa gangguan dalam jam 6 siap kukus,panas gulai,kupas telur,acar mentah dah ready...sementara itu proses menyejukkan nasi 2 periuk besar sbb hampir 8 kg jugak tuh....dan siap dihantar jam 7:15 pagi ke Masjid Al-Khiriyah kat Gombak!!!!

SET MENU LENGKAP NDPS...SPESEL DR SEMENYIH KHAS UTK ORG GOMBAK!!!

Monday, November 14, 2011

Nasi Beriani REMPAH MAK DARA!!!

Salam pagi Selasa...

Bersiaran sekejap sebelum sibuk berkungfu kat dpr kejap lagi...

Ok ini nasi dibuat masa raya haji hari tu..untuk makan belah petang dah...sebab pagi berkungfu siapkan tempahan orang kan kena dahulukan...NASI DAGANG PUTERI SAADONG untuk 30 pax idaman sifu bakeryku KAK IDA BAKERY...siap dihantar ke Gurney Height ,KL.

RESEPI NASI BERIANI REMPAH MAK DARA:
Rempah semestinya rempah MAK DARA(yg dpt free dr penaja masa bertanding masak)
guna 1-2 s/b sahaja)

Guna 4 pot beras basmathi(rendam dlm 15-20 minit & tos)
3 cawan air
2 cawan susu cair
3 helai pandan simpul
sedikit halia,bawang merah dan bawang putih-dihiris halus2
1 s/k garam & sedikit pewarna kuning untuk gantikan safron atau koma-koma juga air mawar
sedikit minyak sapi plus minyak untuk menumis



hotttzzz from my kitchen...
Resepi yg sempoi jek tak guna pun rempah 4 beradik kali ini tp ok..maybe rempahnya dah agak kuat terasa.....menu dipadankan dgn AYAM PERCHIK SSHKC dan sedikit potongan nenas,timun tomato....wallah...walau sangat2x simple mkn kali ini yelah tukang masak dah letik meng"arung" pagi2 buta nasi dagang pagi tadi..kasi can la relax2x)...tp namun begitu masih mememenuhi selera anak2 dan suami...bertambah2 mkn masing2x termasuk tukang masak...jadi la kan dr gantong apron terusssss atau nak cari kat kedai segera cam tak sesuai gitu so kita masak ikut kemampuan...huhu.

Monday, November 7, 2011

Tempahan kedua tapi jadi pertama!!!

Salam...
Sedikit berita panasssssss dari SSHKC...

Tempahan kedua yang diterima untuk MENU NASI DAGANG PUTERI SAADONG gara2 letak status kat wall fb...ada org pertama buat tempahan 100pax pada 20 November nanti utk makan2 lepas majlis akad nikah anakandanya...tqvm Kak jamilah atas kepercayaan itewwww...tetapi memandangkan hari yang ditempah Kak Ida customer keduaku(peminat nasi dagang rupenya) adalah untuk menu hari raya Aidiladha jadilah Kak Ida kita org pertama dpt merasa dari dapur SSHKC...walaupun last minute order tp memandangkan ada rezeki Kak Ida dari KL utk 30 pax...

Suami kata ok boleh n sempat mencari bahan mentahnya..kita on jek dah tak balik raya ke kg halaman pun dan takde plan apa2x...so rezeki jgn ditolakkkk...tuan rumah sempat masak nasi impit n kuah kacang jek sbb memberi laluan nak settle order dulu lepas balik baru berkungfu masak NASI BERIANI REMPAH MAK DARA(rempah yg dpt free masa msk bertanding masak..apa lagi gunapakai la) & AYAM PERCIK MUDAH  SSHKC!!!

Kak Ida ni kawanku masa berfotopages kat Jepun....juga merangkap sifu bakery..masa balik dari jepun teringin melembutkan tangan...mencari asas mendeko....so pergilah berguru dengannya kat KONDO GURNEY HEIGHT...wah murah giler bayaran masa tu cam tak sepadan lak kak dgn perkhidmatan yg disediakan..eh kita dok diam je la sbb ok sgt2x feesnya....dgn hidangan penuh meja...ahaks masa melantak..bestnyaaaa...tp tak sempatttt sgttt masa tu rushing balikkkkkk!!!

Berbalik kisah tempahan....ini adalah SET MENU LENGKAP NASI DAGANG UNTUK 30 pax/RM5.50 perpax jika perlukan delivery jauh..kena up sikit la kan plus jika mahukan  dlm bentuk pukal sbb kos bekas pakai buang agak tinggi terutamanya yang menggunakan aluminium foil supaya sesuai lagi pula tahan panas...kira semuanya RM180...sbb hampir separuh adalah modal....santan,bawang semua nak kena cukup seenak rasa....bukan senang nak senang penyediaanya lagi pulak masa yg lama berada kat ceruk dapur....tang bagi nama tu konon2nya la buh nama biar ada memori dari BUKIT MARAK n gempakkkkk skit......hehe.
  1. NASI DAGANG PUTERI SAADONG(sempena nama sekolah menengahku)
  2. GULAI KUNYIT LENGKUAS IKAN TONGKOL BUKIT MARAK(semestinya daerahku)
  3. SAMBAL NYOR SSHKC(resepi spesel my own version...kena kaw2x...hanya dari dapurku..akan dikomersialkan utk jualan...nanti wat promo)
  4. ACAR MENTAH SERI CHENDANA(pakai nama glemer masa berfotopages kat jepun..geng fp...sapa ada kenal dpt diskaun2x..ahaks!!!)
  5. TELUR REBUS
Jom kita tgk disebalik tabir dapur SSHKC yang kecik comeiiiiiii itewwwww.....

1/2 kg(utk 30-35 org mkn)tempahan dibuka sepanjang tahun

p/s:alamak kesukaran nak upload foto...asyik failed...hanya yg diatas dpt dimasukkan....sekian laporan dari SSHKC...jumpa lagi!!!

PETUA AIR ASAM JAWA DALAM MASAKAN

Salam pagi Selasa bersama 12 Zulhijjah...

Nak share tips dari dapur yg kadang kita terlupa untuk mengamalkannya!!! Jom tgkkkkk....


Petua dalam masakan yang menggunakan terung,JANGAN masukkan air asam jawa terlebih dahulu sebelum terung kerana ia akan melayukan terung.

Sementara masakan yang menggunakan sayur bendi hendaklah dibubuh air asam jawa dulu sebelum bendi supaya TIDAK MELENDIRKAN masakan tersebut!!!!