Showing posts with label Aneka Laksam n Laksa. Show all posts
Showing posts with label Aneka Laksam n Laksa. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Laksa Qlate

Salam...another resepi to post...

Straight to main topic apa menunya kali ini...haha kerana apa...masa memang mencemburui daku waktu ini!!!

Jom kita makan LAKSA QLATE pulop...menu ini telah diteliti juga disukat bahan2nya padanan utk laksa dengan kuah juga ulam2an..in sha Allah so cadangan hidangan yang amat bersesuaian untuk panduan yang baru nak menerai/mengetest/mencuba...jemput mencuba ok jika dah terliur.


Laksa Kering:
 Anggaran 2 paket/sepaket 450 gm
*cadangan kalau boleh laksa jenis putih bukan yang kenyal utk dipadankan dgn laksa Qlate...lebih sedap & sesuai gitu.



Utk kuah cadangan hidangan(10-15 orang makan);
12-15 ekor selayang/sardin(direbus ambil isi &asingkan tulang blender semua)
2.2-2.5 liter air diperah dgn sebiji atau sebiji setengah kelapa(utk lebih lemak)
2 genggam bawang kecik
5 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
Sebuku halia
1 s/b lada hitam
5-8 keping asam keping (letak sedikit2x dulu tgk jenis masamnya)
Garam secukup rasa
Secubit gula


Ulam2an:
Segenggam daun serai kayu jika ada(ini ulam utama)
1/4 biji kubis sederhana saiz
10-12 batang kacang panjang
2-3 batang bunga kantan
Kacang cambah or taugeh(seringgit)
2 biji timun
Segenggam daun kesum
3 biji limau nipis



Sambal Lado:
3 biji cili hijau+3 biji cili merah+6 biji cili burung +perahan sebiji limau nipis+sebuku belacan bakar+sebiji bawang bakar}diblender dgn sedikit air masak.Masukkan garam & gula secukup rasa.

Ok sekian,selamat mencuba untuk penggemar masakan dari Pantai Timur khasnya...cuba dulu baru tau sedap ke tidak.

Thursday, September 30, 2010

Laksam Bukit Marak

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari...

Hari ini nak berkongsi resepi kegemaranku....dari tak pandai alhamdulilah jadi "master" pandai2 buat ayat....hoho...bukan apa suka punya pasal....dulu2 masa kecik2 pernah tolong kakakku Kak Tie yg sorang nih suka dan rajin membuatnya.

Bila di negara orang di bumi Jepun... Ya-allah begitu teringinnya sebab tak dapat lagik tunjuk2 so dari situ timbul keinginan mencuba sendiri...jadi orang kata bila lama2 kira suka aplikasikan sendiri dan dah jadi peberet tu...kena pandai2 dan rajin2kan diri...kiranya yg buat sendiri lagi berpuashati citarasa baik dari laksamnya,kuahnya mahupun ulam2an yg serbaneka orang kata...nak2 dapat pulak daun serai kayu...umphhhhh...wallah!

Cerita tentang laksam idaman yang paling sedapppppp mengingatkan sorang makcik kat kampungku...dah lama dah jadi arwah!!!

Arwah Makda Pakda Sin Tok Imam(isteri kepada guru mengajiku)...dia memang pakar membuat laksam dan akulah peminat setianya yang terpacak sewalnya pada tiap2 ptg Khamis dulu2...dan arwah memang sokmo berjualan pada hari Khamis kat Kedai Bukit Marak yg masih wujud lagi(berdekatan masjid) waktu zaman kanak2ku....syahdunya kenangan itu...rindu aromaaaaaaaaaaaaaaaa bau kuah laksamnyaaaaaaaaaaa yang menusuk2 hidunggggg yg tidakkkkkkkkkkkkk lagik kutemuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


 Resepi Laksam:
4 cawan tepung beras
2 cawan air sejuk
3 cawan air panas
Sedikit garam
Minyak utk melengser

















Caranya:
1)Tepung beras dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air sejuk terlebih dahulu baru dimasukkan air panas.
2)Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam.
3)Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
4)Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg dilengser minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.
5)Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.
6)Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.
7)Angkat dan sejukan barulah digulung.
8)Seelok2nya guna tudung periuk@dulang berlainan setiap kali mengukus supaya lebih cantik gulungan laksam yg terhasil .

















Kuah Laksam or Laksa:
5 ekor ikan selayang@sardin plus 2 ekor selar(direbus)-asing isi dan tulang
15 biji bawang merah
Seulas bawnag putih
Sebuku halia
1 sudu besar lada hitam
2-4 keping asam keping ikut kesesuaian
1 Pek Santan(jadikan dalam 350-400 ml)/RM2)

















Cara:
Isi dan tulang ikan ikan diblender asing2 dgn sedikit air dan yg tulang ditapis.Bahan2 lain ditumbuk atau blender pastu campurkan dgn santan dan sedikit air hingga mengelegak tutup api supaya  santan tidak naik
minyak.

















Dressing:
Daun serai kayu{sebagai ulam utama/nama lain daun salam,samak kelat,bay leaf,daeng klua(Thai)}
Daun kesum
Daun ketereh/gajus
Timun Batang
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Kacang Cambah@Taugeh
Kubis
***semua ulam2an dihiris halus2...

















Sambal Lado:
Cili padi,
Cili kering
Belacan bakar
Sedikit perahan limau nipis
Garam & gula secukup rasa


Nota kaki:
Info berkenaan daun serai kayu:
1)http://id.wikipedia.org/wiki/Salam_%28tumbuhan%29
2)http://www.facebook.com/note.php?note_id=418269153824
3)http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1134229
4)http://kayteeze.wordpress.com/2010/08/17/pokok-serai-kayu/