Friday, December 23, 2011

Biskut ku dah kena gunting!!!

Salam petang Jumaat...

Ini resepi idaman kalbu seisi famili gitu...sekejap jek boleh tinggal balang...hohoho...actually terhilangkan resepi sehelai kertas yg kusalin@kudapat dr mak mertua...jenuh mencari tak kujumpa2x hingga hari ini...dah la belum lagi simpan kat blog lama...apatah lagi kat blog yg terbaru ini.

Kiranya resepi kali gubahan sendiri hasil dr ingat2x lupa...buat yg lebih memudahkan...spt cili kering tukar ke cili serbuk...takyah susah2x...hasilnya alhamdulillah tetap memuaskan hati....masuk dlm buku eksperimenku...dan memandangkan ini peberet kekanda...dia suka yg agak keras... nak exercise gigi la kot na....so takyah buh telur...jimat2x!!! Sedap pun sedap...nak ambil tempahan pun dah boleh janji rajinnnn menggunting...adoiiii jenuh gak....nak dpt 1/2 kg cuma dalam 2 balang sederhana kecil...sekejap jek habis camno nak ambil order...pantang tengok belaka nih...huhu.

Untuk hidangan biskut raya pun ok memang laku nih...sepanjang tahun pun lagi ok kalau rajin menyediakan stok untuk kunyah2x@kudapan kat rumah...ada tukang gunting biskut ok la(yg ni nih dah ditauliahkan sorang anakanda)....tp bukan tukang gunting rambut..hehe.Perhatian klu nak buat ala2x kuih siput pun boleh jugak...sama jek.




BISKUT GUNTING SSHKC:
1/2 kg gandum
10 ulas bawang merah-blender
50gm @ 5 s/b marjerin
1-2 s/k serbuk cili
1 s/k jintan manis-blender
1 1/2 s/k garam
1/2 cawan air-blender
1 genggam udang kering-blender
1 genggam daun bawang yg dipotong
2 tangkai daun kari-utk digoreng sama
*bubuh sebiji telur gred B@C jika suka utk lebih rapuh...(perlu kurangkan sukatan air diatas)

Sekian,selamat menggunting!

Tuesday, December 20, 2011

Puding cocktail mai own versi!!!

Salam pagi Rabu...
Tempek di sini spt biasa utk rujukanku....lama jugak tak bereksperimen puding nih..belek2x bhn kat dapur yg mana ada ...konon2x nak resepi yang mudah sbb malas nak lama2x(kiranya 1/2 jam siap)di dapur tapiiiii nak yg agak sedap dek anak tekak...so tetiba puding nih terlintas difikiranku...dibuat utk berbuka puasa...ingat2 lupa sib baik masih menjadi resepi yg main agak2x..huhu..jom layannnnn.

Resepi:(acuan 4 segi 8@9 inci X 8@9 inci):1 cawan=250 ml)
1 sudu besar agar2x serbuk
2 s/b tepung kastard-bancuh dgn sedikit air
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan air koktel
1/2 cawan air oren sunquick-lebihan yg dibuat minum
1/2 cawan gula(tak manis sgt... rasanya sedang gitu)
koktel buah campuran-bubuh n susun siap2(pastu versi ini tambah belen anggur yg ada)
sebuku garam kasar

*campur semua sambil dikacau2 bila mendidih terus tutup dan tapis...panduan masak dgn api sederhana...jgn api terlalu besar.

Monday, December 12, 2011

KEK KUKUS MOLIK PERTAMAKU!!!

Salam di pagi Selasa...

Hasil bereksperimen buat julung kalinya...rasa mmg sedap sebab rasa kombinasi milo dan horlick....anak2 suka...tapi bab melapis memang hancurrrr...walau tak cantik tapi habissss...tu pun dpt idea nak menghabiskan sekut ala2 sekut marie yg dah lemau@masuk angin...dapat buat separuh adunan...bayangkan kalau guna yg baru...mesti terangkat rasa...kan..kan..bolehlah dah nama pun cubaaaaaaaaaaan!!!

Resepi rujukan Pn.Rahayu Samsu dari Sabah bah....via muka bukunya...dengar kabar..resepi turun temurun ini dah digunakan sejak 16 tahun untuk berniaga...kena taip sendiri lak...cari2 resepi kat fb tuannya tak kujumpa..cara dan panduan membuatnya sama dgn kek lapis yg lain2 juga!!!

Resepi:

454 gm butter
1/2 cwn gula halus
 10 biji telur Gred A
1 tin cwn susu pekat/krimer manis(kecil)
160 gm horlick
160 gm milo
2 cwn tepung biskut merrie(Kisar)



Monday, December 5, 2011

Kursus Pengendali Makanan!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pencarian ilmu dalam bidang pemakanan dapat dilaksanakan...bagai pucuk dicita ulama mendatang...KURUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN yang diadakan selama 3 jam dengna bayaran RM50 SAHAJA...dekat aje kawasan rumahku...di TAMAN PELANGI SEMENYIH....sangat2x berbaloi utk yg melibatkan diri dalam bidang ini sebab sebelum ini sudah merisik2 ada 1 tempat kat puchong..dah la jauh nak menapak lagi... harga pun lebih mahal...memang teruja bila ada yg dekat ni terus tak membuang masa daftar diri bila tertengok kat muka buku ada wat iklan ini!!!
Banyak perkara penting yg mungkin sesetengah dari kita ambil mudah....yang penting selepas ini nak amalkan atau tidak atua hanya kurusus atas sijil...tepuk dada tanya apa kehendak diri terutama dalam aspek kebersihan & kesihatan yg perlu dijaga sebagai org yg terlibat dalam selok belok pengendalian makanan.

p/s:direkomenkan sangat2x untuk kawan2 yang baru berniat,sedang terlibat dalam pengendalian makanan...ianya penting dan sijil boleh digunakan seumur hidup!!!

Sunday, November 27, 2011

KENALI JENIS TEPUNG DI PASARAN!!!

Assalamualaikum...panduan untuk diri sendiri mahupun pengunjung yg datang bertamu...elok benar kiranya dikongsikan di sini untuk panduan kita sama2x...kadang pening juga bilaku jumpa jenis tepung yg baru spt optima,tepung ros...baru nak berkenalan dan nak merisik2...jom kita baca...maghi tingkatkan ilmu dari dapur SSHKC!!!


TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protein.

TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

TEPUNG BERAS MERAH
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI

Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE 
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK 
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.


Rujukan:
http://malaykueh.blogspot.com/

Friday, November 25, 2011

Pulut pagi

Assalamualaikum...

Di waktu petang yang terluang ini nak berkongsi cerita tentang salah satu sarapan pagi rakyat Qlate(biasa menjadi rutin makan pagi utk org lelaki atau perempuan yang bekerja berat2 spt bersawah,menoreh dll..inilah makananku kecik2x pandai jugok gi bersawah ikut mok ayoh..anak kg la katakan pacat litoh jadi mainan..huhu)...

Sapa tak pernah makan tak rugi mencuba...nak2x musim hujan sedappp jek..lagi nyakut dihidang bersama ikan gelamo kering ko,ikan kembung kecik2 yang direbus ko molek jugok pastu siapkan secawan air kopi kampung....aromanyaaaa setnya tak bisa tahannnnn so layan terus foto tayangan.


Cara penyediaannya:
Kukus pulut yg direndam semalaman@ boleh tanak kalau nak cepat(panduan masak dgn air paras atas sedikit dr pulut dan tanak dgn api sederhana kecil tanpa dikacau).Nyor digaul dgn sedikit garam dan enak dimakan dgn jenis ikan kering goreng atau pun jenis ikan kembung kecil yang direbus. Jangan lupa hidangkan seteko kopi kampung...mest nyakut molekkkk nak2x klu dah masuk musim boh!!!

Tuesday, November 22, 2011

Tempahan 100 pax nasi dagang!!!

Salam pagi Rabu...

Entry tertunggak...tempahan pertama dari Kak Jamilah dr Gombak tapi penghantaran ke dua sbb tarikh yg diminta pada 20 November...sehari selepas hari lahirku...kira dihari lahir berkungfu,bersilat,bertaekwando semua ada mulai hari Sabtu...mencari stok2 ikan serta segala yang berkaitan kat pasar Kajang...tu dia harga barang2x...bawa Rm300 lebih...kira2x...dalam RM250 habis hanya untuk persediaan bahan2 mentahnya...santan dan kelapa parut cukup2x RM50 ...belum lagi masuk harga bahan2 yg kat rumah...takpalah janji menunaikan hajat seorang kakak yg berminat dan sgt2x berharap dpt  menempah untuk majlis makan2 selepas anak nikah anak perempuannya...moga majlis akak telah berjalan lancar...selamat menjamu selera dengan hidangan menu:

SET LENGKAP NASI DAGANG PUTERI SAADONG(nasi beras merah diarung 2 kali menggunakan cara tradisi makcikku(52 pot),gulai ikan tongkol(110 ketul lebih),sambal nyor(1.6kg/2 bekas),telur rebus 55 biji dibelah dua/3 bekas,3 bekas acar mentah)

Order:100 pax ala2x buffet gitu...

Jom layan gambar la pulak di sebalik tabir dapur SSHKC....satu dapur berkubangggggg...jam 3 pagi "MASTER CHEF"ecehceh angkat diri lak sekali sekala... dah ready nak mengukus...alhamdulillah berjalan lancar tanpa gangguan dalam jam 6 siap kukus,panas gulai,kupas telur,acar mentah dah ready...sementara itu proses menyejukkan nasi 2 periuk besar sbb hampir 8 kg jugak tuh....dan siap dihantar jam 7:15 pagi ke Masjid Al-Khiriyah kat Gombak!!!!

SET MENU LENGKAP NDPS...SPESEL DR SEMENYIH KHAS UTK ORG GOMBAK!!!

Monday, November 14, 2011

Nasi Beriani REMPAH MAK DARA!!!

Salam pagi Selasa...

Bersiaran sekejap sebelum sibuk berkungfu kat dpr kejap lagi...

Ok ini nasi dibuat masa raya haji hari tu..untuk makan belah petang dah...sebab pagi berkungfu siapkan tempahan orang kan kena dahulukan...NASI DAGANG PUTERI SAADONG untuk 30 pax idaman sifu bakeryku KAK IDA BAKERY...siap dihantar ke Gurney Height ,KL.

RESEPI NASI BERIANI REMPAH MAK DARA:
Rempah semestinya rempah MAK DARA(yg dpt free dr penaja masa bertanding masak)
guna 1-2 s/b sahaja)

Guna 4 pot beras basmathi(rendam dlm 15-20 minit & tos)
3 cawan air
2 cawan susu cair
3 helai pandan simpul
sedikit halia,bawang merah dan bawang putih-dihiris halus2
1 s/k garam & sedikit pewarna kuning untuk gantikan safron atau koma-koma juga air mawar
sedikit minyak sapi plus minyak untuk menumis



hotttzzz from my kitchen...
Resepi yg sempoi jek tak guna pun rempah 4 beradik kali ini tp ok..maybe rempahnya dah agak kuat terasa.....menu dipadankan dgn AYAM PERCHIK SSHKC dan sedikit potongan nenas,timun tomato....wallah...walau sangat2x simple mkn kali ini yelah tukang masak dah letik meng"arung" pagi2 buta nasi dagang pagi tadi..kasi can la relax2x)...tp namun begitu masih mememenuhi selera anak2 dan suami...bertambah2 mkn masing2x termasuk tukang masak...jadi la kan dr gantong apron terusssss atau nak cari kat kedai segera cam tak sesuai gitu so kita masak ikut kemampuan...huhu.

Monday, November 7, 2011

Tempahan kedua tapi jadi pertama!!!

Salam...
Sedikit berita panasssssss dari SSHKC...

Tempahan kedua yang diterima untuk MENU NASI DAGANG PUTERI SAADONG gara2 letak status kat wall fb...ada org pertama buat tempahan 100pax pada 20 November nanti utk makan2 lepas majlis akad nikah anakandanya...tqvm Kak jamilah atas kepercayaan itewwww...tetapi memandangkan hari yang ditempah Kak Ida customer keduaku(peminat nasi dagang rupenya) adalah untuk menu hari raya Aidiladha jadilah Kak Ida kita org pertama dpt merasa dari dapur SSHKC...walaupun last minute order tp memandangkan ada rezeki Kak Ida dari KL utk 30 pax...

Suami kata ok boleh n sempat mencari bahan mentahnya..kita on jek dah tak balik raya ke kg halaman pun dan takde plan apa2x...so rezeki jgn ditolakkkk...tuan rumah sempat masak nasi impit n kuah kacang jek sbb memberi laluan nak settle order dulu lepas balik baru berkungfu masak NASI BERIANI REMPAH MAK DARA(rempah yg dpt free masa msk bertanding masak..apa lagi gunapakai la) & AYAM PERCIK MUDAH  SSHKC!!!

Kak Ida ni kawanku masa berfotopages kat Jepun....juga merangkap sifu bakery..masa balik dari jepun teringin melembutkan tangan...mencari asas mendeko....so pergilah berguru dengannya kat KONDO GURNEY HEIGHT...wah murah giler bayaran masa tu cam tak sepadan lak kak dgn perkhidmatan yg disediakan..eh kita dok diam je la sbb ok sgt2x feesnya....dgn hidangan penuh meja...ahaks masa melantak..bestnyaaaa...tp tak sempatttt sgttt masa tu rushing balikkkkkk!!!

Berbalik kisah tempahan....ini adalah SET MENU LENGKAP NASI DAGANG UNTUK 30 pax/RM5.50 perpax jika perlukan delivery jauh..kena up sikit la kan plus jika mahukan  dlm bentuk pukal sbb kos bekas pakai buang agak tinggi terutamanya yang menggunakan aluminium foil supaya sesuai lagi pula tahan panas...kira semuanya RM180...sbb hampir separuh adalah modal....santan,bawang semua nak kena cukup seenak rasa....bukan senang nak senang penyediaanya lagi pulak masa yg lama berada kat ceruk dapur....tang bagi nama tu konon2nya la buh nama biar ada memori dari BUKIT MARAK n gempakkkkk skit......hehe.
  1. NASI DAGANG PUTERI SAADONG(sempena nama sekolah menengahku)
  2. GULAI KUNYIT LENGKUAS IKAN TONGKOL BUKIT MARAK(semestinya daerahku)
  3. SAMBAL NYOR SSHKC(resepi spesel my own version...kena kaw2x...hanya dari dapurku..akan dikomersialkan utk jualan...nanti wat promo)
  4. ACAR MENTAH SERI CHENDANA(pakai nama glemer masa berfotopages kat jepun..geng fp...sapa ada kenal dpt diskaun2x..ahaks!!!)
  5. TELUR REBUS
Jom kita tgk disebalik tabir dapur SSHKC yang kecik comeiiiiiii itewwwww.....

1/2 kg(utk 30-35 org mkn)tempahan dibuka sepanjang tahun

p/s:alamak kesukaran nak upload foto...asyik failed...hanya yg diatas dpt dimasukkan....sekian laporan dari SSHKC...jumpa lagi!!!

PETUA AIR ASAM JAWA DALAM MASAKAN

Salam pagi Selasa bersama 12 Zulhijjah...

Nak share tips dari dapur yg kadang kita terlupa untuk mengamalkannya!!! Jom tgkkkkk....


Petua dalam masakan yang menggunakan terung,JANGAN masukkan air asam jawa terlebih dahulu sebelum terung kerana ia akan melayukan terung.

Sementara masakan yang menggunakan sayur bendi hendaklah dibubuh air asam jawa dulu sebelum bendi supaya TIDAK MELENDIRKAN masakan tersebut!!!!

Sunday, October 30, 2011

KELAS MASAKAN PERTAMAKU!!!

Salam pagi Isnin...

Alhamdulillah semalam selesai misi pertama mengadakan kelas masakan NASI DAGANG PUTRI SAADONG & NASI KERABU KUNING BUKIT MARAK....makanan terkenal rakyat Qlate...resepi olahanku dan diberi nama sempena dari daerahku nun di sana BUKIT MARAK tercinta....seperti yg telah diminta oleh 2 orang adik....sorang dari PJ...tokei kuih-muih yg femes gitu...kat mukabukunya...carilah Cik Tria...dan sorang lagi Nora Dahlan...tokei kedai makan kat Semenyih Sentral(org2 Semenyih sila ambil perhatian dia ada ambil catering dll)...mula2 tau.....aduhaiiiiiii(sebut cam iklan kat tv tuh bila tau Cik Tria nak bawa kawan)....... rasa segan2 mula2x jek...sbb bukan calang org nak dtg jadi student pertama...org yg dah penuh ilmu di dada pasal dunia bisnes mkn2 nih kursus pun mcm2 dah pergi...tapi takpa kita tolak ketepi rasa malu kita share apa yg patut...jom sama2 kita sinsing lengan kat dapur  SIRASAIN HOTTTZZZ KITCHEN CENTRE(SSHKC)....LAIN DARI YANG LAIN.....SEBABNYA HANYA ADA 1 KAT MALAYSIA...kan...kan..kan!!!

Ni kita dpt komen dr fbnya tau....takde edit2x..insya-allah luhur dari hatinya..foto pun yg dia punya sebab yang kita punyer tgh cas bateri pulak kong!!!Psttt nanti boleh sambung citer....anakanda dah mengamukkkkkk!!!

Ini komennya:
Kami ambik 2set menu ... Nasi Kerabu sedap ,Nasi Dagang pun sedap sgt2 xpcially ayam percik n Udang Kerutup mabelos. Cik Tria siap simpan xnk kasi JP. Lauk2 yg diajar pun banyak antaranya Ayam Percik, Udang Kerutup, gulai ikan Tongkol n acar. Ade ke sape2 berminat? Xrugi join ... kak Ha Sira Sain mmg sporting siap tapau bawa balik dpt le mama, papa n hubby rasa. Tiada rahsia ... semuanya kak Ha kongsikan. De free resipi gak ... thanks kak Sira.

Blog bisnesnya: SILA JENGUK SINI!!!

Foto ehsan dari fb Cik Tria...tqvm buat promo..nanti akak kasi upah!!!

Koleksi dari fb cik Tria...tokei kuih-muih kat PJ...sila ambil perhatian!!!
 p/s:Tq adik T n Nora..moga kita sama2 dapat manfaatkan ilmu dari dapur SSHKC...untuk plan bisnes kita masing2 yer..gud luck n all da besttttttt!!!

Monday, October 24, 2011

Wah Puding Honey Dewku Ada Mutiara???

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak jadi peminat cik sayang dewwwwwww.....tp kali ini letak mutiara sbb terkaya sikit dgn bahan2nya....jom tgk hasilnya...hehe..gempakkkk!!!
Haaa nampak tak KAYA DGN MUTIARA LONGAN...makcik terlebih kayo hari ni!!!
Guna: 2 paket agar2 serbuk...1 utk yg jenis atas berjely plus 3 cawan air bagi pekat sikit...1 paket lagi utk puding honey dew resepi lalu....bolehlah hidang ikut kreativiti masing2 ....dicampur tolak kita kena tgk peralatan kat dapur apa yg kita ada itulah yg kita gunapakai...kan..kan!!!

p/s:Babai...agak sibuk nak bersantai2 kat blog...SEBAB kena siapkan modul utk KELAS PERTAMAKU.....NASI KERABU BUKIT MARAK & NASI DAGANG PUTRI SAADONG....ada sikit lagik kerja taip menaip MODUL...semua nak kena ready...haha aduhai...sampai termimpi2 kt sidia tuh yang ORANGNYA PAKAR MEMBUAT TALAM TOKYO(ku mengidam takde isi ler...ini cerita betul2x)....OK WISH ME LUCK!!!

Sunday, October 2, 2011

Mihunku Sepatutnya Kena Celup!!!

Salam pagi Isnin....maghi kita ceria2kan diri sokmo!!!

Resepi yg nak share hari ini MIHUN CELUPKU yg dicelur jek tak celup pun klu ikut yg pure Qlate punya sepatutnya kena celup....resepi dicuba eksperimenkan  dalam bulan Syawal lepas...jom tgk foto tayangan...resepi dah alter sedikit ikut apa yg ada dan ditokok tambah sedikit ikut firasatku...dan bahan yg dpt dicari...sayangnya tak dpt dicari lobak jeruk!!!

Klu ikut rasa kesukaan kami...guna daging untuk lebih rasa mantopnya dan kalau dapat letak segala "kakah"nya lagi sedap...contoh perut lembu dan sepupu sepapatnya..hehe.
Baru pertama kali nak cuba...boleh thn walau tak cukup bahan!!!

Ada Geng LengkapMihun Baru Kaw2x...

Dalam banyak2 resepi tersuka yang MYRESEPI punya dan resepi kat sini juga...
Rujukan dari :Haida Iman@http://www.myresipi.com/top/detail/13025

MIHUN CELUP:Bahan-bahan ( 7 orang makan )

  • 1 bungkus bihun (dicelur sekejap)
  • Kuah sup :
  • 12 gelas air
  • 500g daging lembu @ 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 5 ulas lagi digoreng garing
  • 2 bungkus sup bunjut (sup tulang)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit kicap manis
  • Garam,gula dan perasa
  • Bahan sampingan :
  • 3 genggam kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar kering)
  • cili padi jeruk (cili diperam bersama cuka dan garam utk beberapa hari) -ditumbuk dan ditambah sedikit gula,garam dan air
  • sos ikan
  • serbuk lada putih
  • hirisan daun bawang dan daun sup
  • Bawang merah goreng
  • sawi @ kangkung yg telah dicelur
  • hirisan asam limau nipis
  • isi ayam @ daging (dicarik2)
  • serbuk cili kering (serbuk kasar)

Cara-cara:

  1. Utk buat kuah sup rebus ayam @ daging dan masukkan semua bahan utk buat kuah sup seperti diatas
  2. Isi ayam@daging yg telah msk dicarik2
  3. Setelah kuah sup masak campurkan bawang putih goreng bersama dgn sedikit minyak gorengan bawang putih tadi
  4. Setelah siap bolehlah dihidang bersama bihun yg telah dicelur tadi. Hidangkan bersama2 bahan sampingan....selamat mencuba.... :))
 p/s:Alahai tetiba rasa nak buka gerai MIHUN CELUP VERSI KAK HA...ngada2x betul..ok kena minta diri dulu sebelum melalut2x mengidam nak buka kedai makan!!!!

Sunday, September 25, 2011

Misi Mencabar & Tercabar!!!

Salam pagi Isnin...

Pinjam kat SAJI ONLINE...


untuk dibuat kenang2an...seribu kali sayang anakanda tak ambil masa tgh beraksi!!!

Rasa cam lama tak bersiaran..sampai ada peminat tercari2 kat fesbuk...ampun Tiey si tokei kuih muih yg berjaya kat PJ tuh...ini ceritanya...memang ye pun sibuk yg dicari pulak tuh...memang ye pun tak update lama blog...eh buat konon2 tak ingat...entah sibuk kan aper...sikecik yg perlukan perhatian sekarang tak dinafikan...biarkan dulu bersusun dalam kepala  nak update cerita memasak...kena hold dulu cerita pasal TART NENAS "BENCINTA"...ada jugak..ada sebab-musababnya dpt nama cengitu.Entah bila la pulak bolehku bercerita...huhu

Pagi ini kiranya nak berkongsi cerita hangat dan belum basi sebab baru terjadi semalam.Diriku beraksi konon2x cam terer sgt kat "PENCARIAN CHEF SAJI & REMPAH MAK DARA"@SACC MALL yang first time ku jejakkkan kaki bersama kekanda dan anakanda2x...kalau tak belum sampai agaknya ke situ..klu takde hal penting sangat ..memang tak kuasa nak ke sana.

Masa dok Bangi lagi dok tgk2 borang penyertaan kat majalah peberet SAJI...tp masa itew sibuk nak pindah...buat2 lupa kejap..dah pindah ada lagi borang kuar...why not...tak dapat ditahan2 kesabaran...rasa teruja nak cari pengalaman...terus minta izin kekanda dulu...dan minta dia buat bayaran online sebanyak RM35 sbb guna transfer online via MBB...selamat kiranya berdaftar...dan siap fax utk sahkan pendaftaran.

Kira seram2x sejuk pulak nak masuk bertanding bila masa makin dekat...dah la rasa  nak demam2 sebab minggu sudah sibuk buat majlis makan2 utk jiran2 terdekat dan kawan2 rapat yang mampu diundang setakat ini....menu dalam 30  org  lebih jugak la....ngan anak kecik nih masak bersambung2x...sudahnya selesai boleh sakit badan... sampai nak demam jadi seram-sejuk...tapi lega misi accomplished...niat termakbul nak panggil jiran dan berkenal2an kan dah baru pindah..menu sumer buat sendiri baru puas hati...NASI DAGANG 2(DEKAT 3 KG) VERSI,LAUK KARI AYAM(HAMPIR 3 EKOR),SAMBAL NYOR,KUAH ROJAK BUAH(1.8KG..YG NI PUN BOLEH SAPA2 NAK TEMPAH MULAI SEKARANG SBB DPT RESEPI ORG BERNIAGA) SERTA GENGNYA,3 LOYANG KEK COKLAT MOIST,2 PAKET BEEHON GORENG ALA SINGAPORE,TART NENAS BENCINTA(ada ka pertama kali buat... jiran sebelah rumah India terus nak tempah utk Deepavali..dok puji2  katanya sedap sgt..kang dpt FREE jek..hehe..rasa x percaya kan..kan.kan dah cubit boleh tak caya2x lagi..terharu pun ada..blur n terkebil2 mata pun ya jugak masa dia ckp nak tempah n siap tanya harga..hoho...versi masih tak kupercaya),CORNFLAKES MADU LURZA DLL KEREPEK(citer later2 la..simpan lagi).

Berbalik topik utama...misi pertama nak cari secebis pengalaman dengan sokongan moral En.Suami...tq beri2x much dari sewal jam 10 terpacak konon on time... banyak pengalaman dan pelajaran berguna...ada nak komen sikit dari segi masa... memang kena banyak pihak penganjur titik beratkan...kehadirna kena sehari sebelum pastikan yg mana boleh hadir...byk temapt kosng jugak...waktu beraksi kesian kat peserta2x la kan dah la kelaparan start waktu org makan2...dapatlah ngap sosej ngna burger sedikit...patutnya puncual la skit...masa memasak seperti tidak dittiik beratkan asyik berganjak2x...kurang ketelitian dari pihak penganjur boleh diperbaiki(jangan marah yer..ampunnn)..ada peserta pulak spt ada yg menyelit bawa rempah tambahan...dari segi masa mcm banyak terbazir tapi cuma boleh isi relax2kan minda...ronda lak kejap tgk apa yg ada...yang diriku dpt belajar dari segi timing masa...teknik mengubah hidangan dari yg terer2x...ada ala2 chef pun masuk jugak mana boleh chalengge skil deko dorang...yang tokei2 restoran pun beraksi jugak...tak aci la pulak klu nak tunjuk skill dengan geng suri2x rumah jek...ermm nak buat cemana...takde peraturan ketat pun...ada yg terover menghias pun ada juga gayanya....ada yg bijaksana dan bagus sekali ideanya...pendekata macam2 ada pro n kontra...yg paling terhibur pengacara...MAYA ada sorang pengacara laki lupa lak nama pun ok jugak...HAIZA DAG DIG DUG pun ada walau di saat2 akhir...dan yang paling mengancam....tenguklah hadiah TERSAJI pun boleh tahan jugak klu jadi masuk final utk JUARA,NAIB JUARA & TEMPAT KE-3.

Tahniah untuk pememangnya seorang wanita..klu tak silap dari Lunas Kedah...sanggup turun padang bertungkus lumus ke sini dan masuk bertanding kiranya berbelas2 kali dah...memang patut jadi hak miliknya...tgk sebak masa dpt hadiah..setinggi2 tahniah kakkkkkk....kiranya lepas bertanding terus nak zupppp balik Kedah dalam sejam lebih lagi dah beli tiket bas kot rasa2nya!!! Tempat kedua dan ketiga tuah berpihak milik lelaki nampaknya yg tak kurang hebat...dah ada kedai makan kat China tu kiranya dah otai bab masak memasak kan...kan...

Tapi yang penting bagiku pula misi memburu impian ku yang pertama kalinya terlaksana...insya-allah akan memburu lagi di masa2 akan datang jika ada rezeki....tak sabar tunggu keluaran saji akan datang...dapat la sedikit hadiah 1 beg dari UTUSAN KARYA dll penaja...yg penting dapat SIJIL PENYERTAAN,majalah yg sama dengan kupunya..huhu...,hadiah lain spt 4 kotak REMPAH MAK DARA,1 pinggan melamine,mug dari MAK DARA.COM,2 paket tisu,apron,poise punya barang2... yang penting 3 langganan free MAJALAH SAJI ....akan kutunggu untuk cerita-ceriti aksi memasak semalam!!!!

Apa yg penting dapat SIJIL PENYERTAAN kan..kan..misi mengumpul koleksi akan bermula!!


Boleh tahan letihnya dari ke pagi bersiap2 dgn barang2 kelengkapan memasak untuk dibawa dan bertolak sekitar jam 9 pagi...selesai sudah bertanding... terkocoh2 pulak nak berkemas pulang...hampir jam 6 ptg lebih  baru sampai depan rumah...berkungfu nak menyental bekas2x..pinggan2x,periuk2x,(sib baik ada org volunteer berkongsi menyental) bersambung lak masak utk mkn2 malam...NASI MENTEGA PELANGI PETANG DE SEMENYIH yg masuk bertanding dah siap di masak pun...daging masak hitam yg belen semalam masih  ada...PUYUH GOLEKKU YG MASUK BERTANDING dah habis kat sana...idea segera yg ada dalam kepala...tinggal nak buat ayam goreng berempah segera n salad sayur...itulah cerita chef dari dapur yg tak sudah2x....ok la tutup cerita sehingga di sini.

Jom la tgk berita selebihnya yg kuar kat UTUSAN MELAYU...yg foto sendiri tersadai lagi bila nak upload daaaaa....:

Pencarian Chef Saji











Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya, Badrul Azhar Abdul Rahman bersama wakil penaja pada majlis penyerahan tajaan program Pencarian Chef Saji & Mak Dara, baru-baru ini.


MASAKAN yang dimasak dengan ramuan kasih sayang dan ikhlas akan menghasilkan aroma dan rasa yang enak.
Itu antara petua yang akan dicari padan program Pencarian Chef Saji & Rempah Mak Dara 2011 anjuran Majalah Saji terbitan Utusan Karya yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Utusan.
Program yang berbentuk realiti itu mendapat tajaan utama sebanyak RM100,000 dari syarikat Jamu Mak Dara, selain penaja-penaja lain seperti Plus & Plus Travel & Tours, Kinowell Healthy Kitchen, China Pottery, Ayamas dan Kitchen Studio.
Menurut Penolong Pengarang Majalah Saji, Nur Aishah Ismail, Pencarian Chef Saji & Mak Dara terbuka kepada semua pembaca majalah Saji di lapan lokasi terpilih iaitu Melaka, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Shah Alam dan Pahang.
"Pencarian ini akan bermula pada 17 April di Mahkota Prade, Melaka dan akan berakhir pada bulan November di SACC Mall, Shah Alam Selangor.
"Hanya 50 peserta sahaja akan dipilih di lapan lokasi terpilih. Peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 setiap seorang.
"Mereka akan menerima langganan percuma majalah Saji selama tiga bulan dan set produk masakan Rempah Mak Dara.
"Pertandingan ini mewajibkan setiap peserta menyediakan dua jenis masakan berasaskan lauk-pauk dan nasi menggunakan rempah Mak Dara," katanya.
Menurutnya lagi, pemenang di setiap lokasi akan menerima wang tunai sebanyak RM500, RM300 dan RM150.
Manakala pemenang tempat pertama peringkat akhir akan menerima RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,500.
Peserta pertandingan ini akan dinilai oleh juri professional seperti Chef Sabri Hassan, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Amer, Chef Kamarul dan juga Chef Zaidah.
Menurut Chef Sabri Hassan, peserta akan dinilai berdasarkan pelbagai aspek, antaranya kebersihan, aroma rasa makanan dan kelainan bentuk tata rias yang dipamerkan.
Setiap pemenang juga akan menerima hadiah sampingan berupa trofi, pakej percutian tiga hari dua malam, pakej kelas memasak dan hamper.
Sementara itu syarikat Jamu Mak Dara yang terkenal dengan produk Jamu Mak Dara hasil ramuan tersendiri pengasasnya, Ibu Halimah Shuib, kini turut mengeluarkan produk terbaru iaitu Rempah Mak Dara.
Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Muhamad Ghadaffi Syed Ali menjelaskan, rempah Jamu Mak Dara istimewa kerana hampir 30 jenis rempah digunakan dalam ramuan ini.
Katanya, terdapat empat produk rempah Jamu Mak Dara yang dipasarkan iaitu Rempah kari ikan, udang dan ketam, Rempah kari ayam dan daging, Rempah briyani, dan kurma ayam dan daging.
Mengenai program tersebut, Muhammad Ghaddafi berharap ia dapat mencungkil pelapis-pelapis baru dalam dunia masakan.
"Konsep pencarian ini adalah berbentuk realiti. Dimana 16 peserta akhir yang terpilih akan memasuki kelas intensif selama sehari bersama Ibu Halimah," katanya.


Thursday, September 8, 2011

Menu yang Sedap Di "KUALI MERAH"!!!

Salam 11 Syawal...

Saja nak berkongsi satu tempat yang menunya kategori sedap di anak tekak kami....masa dok Bangi dolu2 tak sampai2x hajat nak merasa padahal kira cam belakang rumah jek..klu jalan kali memang sampai tak peluh pun...dah pindah Semenyih pulak....baru ada rezeki berkunjung...restoran ni dah buat promosi kat tv..dah kuar paper pun ya jugak..kira agak teruja la pulak..ingat biasa2x jek before this..dah sampai tuh...tgk ada pulak steamboat n boleh ala bakar2x kat side satu lagi tug...ermmm nampaknya boleh singgah lagik nih!!!


Alhamdulilah sempena anniversary kami ke-12...pejam celik dah 12 thn rupanya berbahtera rumah tangga...harap2 kekal ke akhir hayat tanpa badai melanda walau hari tu ada merajuk2 sikit...mudah kecik hati...emosional pulak aku kali ini...tapi dah buangpun yg keruh ambil yg jernih...kekanda berbesar hati bawa ibu dan anaknda berempat ke RED WOK (boleh jgk2 kat blognya kalau ada yg dah kena goda)untuk buat sekian kalinya nak merasa masakan ala Chinese pulak.

Banyak juga order menu nasi putih dengan 6 hidangan lauk pauk dan sayurserta buah...memang tidak mengecewakan..pinggan pun lawa..hias pun lawa... masuk list jugak..hehe..harga pun berpatutan malam tu cuma dalam kira2x RM80 sebab ambik menu penuh meja... dengan persekitaran yg agak selesa...takde lambat sangat klu tgk dengan ramainya orang yg meng"order"...ada ruang solat..siap jenguk kan bagus ada dan agak besar. pulak tuh..nak citernya dalam banyak2 yg sedap order sayur spinach,daging masak selasih,udang,lala,ayam apa  nama daaa susah nak ingat seabab panjang2x letak nama menu... based on masakan Chinese Bangkok ada baca kat paper klu tak silap...palinggggg terasa sedap...pelik juga satu kepala bersetuju pulak ngan kekanda...sayur bayam masak sos jadi pujaan ku dan sang suami...hingga ke hari  ini terasa sedapnya!!!

Jom rasa untuk yg nak tukar selere Chinese food...rasanya tidak akan mengecewakan kawan2...apa tidaknya...besar2x tempat...parking penuh sebab dah lambat sampai tu pun dalam kul 8:30...boleh lihat penuh tempat dudk dengan pengujung di hari biasa bukan hujung minggu yaaaaaa....cuba bayangkannnn....so boleh fikir sendiri!!!!

Kang tak pasal2x angkat diri jadi DUTA RED WOK hari ini(rasanya boleh dpt diskaun kot nanti2x klu dorang terbaca baikkk punya promosi nih...hihi)....ok la kan janji sedap anak tekak merasa untuk dikongsikan kat sini...nak mengoda sesiapa yang sanggup kena godaaa!!!

Monday, August 22, 2011

Puding Sayangnggg Dewwww!!!!

Salam pagi Selasa...

Datang menyimpan resepi di sini sebab suka dengan aroma buah ini....tergoda dari cerita ceriti & tgk foto dari FP Kak Rusnah....sedang elok Cik Sayang Dew ada stok lebihan yg makan2...dapat lak yg manis tak usah citer sedapnya...lagi2 buah ini peberet sefamili gitu....terus esoknya masuk lab untuk first eksperimen....

Alhamdulilah berjaya walau resepi dah alter sebab ikut pengalaman cetekku jika membuat agar2 utk berat 30 gm lebih tu boleh tambah sukatan air ...nak kata  lembik sangat mahu pun keras sangat pun tidak...M.John kata "just nice...hehe...dan seperti yg dijangka mendapat sambutan hangat...sampai ada org cari hari ke-3...mana ada...hari baik bulan baik baik bagi kat jiran2 untuk turut sama merasa..kan..kan.


Resepi Puding Sayang Dewww Mai Own Versi:
***guna sukatan metrik air 250 ml =secawan
-6 cawan air(masak dengan agar2)
-33-35 gm agar2 tali(direndam dalam sejam)
-400 gm honey dew(kisar bersama 1 cawan air serta gula)
-1 cawan susu cair(yg lebihnya jadikan utk ala2 topping plus 1-2s/b susu pekat)
-1 cawan susu pekat(dah kurangkan sukatannya dr asal)
-1/2 cawan gula(boleh sesuaikan ikut rasa)
-2 heali pandan utk dimasak bersama agar2
-100gm honey dew dipotong berkiub utk hiasan
-sedikit pewarna hijau epal @pandan paste(guna yg ini sebab stok habis)


Cara memasak:
-Masak agar2 hingga hancur dengan pandan untuk aroma wangi.
-Bila mendidih masukan susu pekat,susu cair dan honey dew serta pewarna dan kacau sekejap dan boleh ditutup api.
-Tapiskan utk lebih halus tekstur.
-Boleh disejukkan dalam 4 jam keatas dan siap boleh dimakan..utk rasa lebih sedapppp & nyamannn simpan dalam peti dan tuangkan lebihan susu cair juga kiub2x honey dewwww!!!

"SELAMAT MENCUBA...MASIH TERINGAT2x HARUM BAUMUUUUU CIK SAYANG DEWWWW"

Sunday, August 21, 2011

Nasi Mendy Daging Cubaan Keduaku!!!


Salam...

Nak share resepi nasi arab kedua yg dibuat....foto baru nak upload ke pc...terus ke resepinya masa amat mencemburuiku!!! Feedback cik abe suka yg versi ini berbanding yg pertama dulu...dah lah lebih senang yg ni so ok jugak masukkan dalam list pilihan keluarga gitu!

Tapi kita buat tambahan makan dengan dalca daging sebab takdak kuah la pulak klu ikut betul2 pure resepinya....

 NASI MENDY KAMBING@LEMBU
***** (kita buat daging lembu jek sebab x makan)

Rujukan:MAJALAH SAJI OGOS 2011
1 kg kambing muda/daging lembu batang pinang
1 kg beras

Bahan A:
1 btg kulit kayu manis
1 s/t buah pelaga
1 s/t lada hitam
1 s/t bunga cengkih
1 s/t jintan manis & jintan putih
6 helai daun bay/daun salam
2 biji lemon
2 labu bawang besar(Holland)
1 cawan minyak zaitun
2 sudu besar rempah mendy/khabsa
garam secukup rasa

Caranya:
-Rebus daging hingga empuk  dengan dgn 1 s/b rempah mendy/khabsa dan hirisan 1 biji bawang besar serta perahan 1 biji lemon.
-Rendam beras 1--15 minit kemudian tus.
-Masukkan minyak zaitun dalam periuk dan tumis rempah mendy@khabsa.Masukkan daun bay ,rempah2 yg lain serta bawang besar & tumis hingga wangi.
-Masukkan air rebusan daging dan beras dan tanak seperti biasa.
-bila nasi hampir kering baru madsukkan daging serta perahan 1 biji lemon.


Sos Arab:(masa blender semua kita tambah air skit baru tos)

2 biji tomato
3 biji cili hijau-potong buang biji
5 btg ketumbar-ambil btg
1 biji lemon
1 s/t gula dan garam secukup rasa
sos arab
Salatah
1 btg timun
2 biji tomato
1 s/t lada hitam
1 sudu besar perahan lemon
1 s/t lada hitam(jika x  suka sila skip)
1 s/b susu cair(jika suka ganti plain yoyurt...juga sedap)
salatah

Sunday, August 14, 2011

Ayam Goreng Alala KFC@SSHKC

Ok ini lagi satu resepi yang dipercayai powerrrrr n hotttttttt....hampir2 sejibikkkk...Ayam Goreng Ala KFC Versi Hot & Spicy....diyakini barang siapa membacanya akan terguda mencuba...apatah lagi dihidang buat anak2 malah seisi keluarga mesti suka..kalau tak caya cari ayam terus aplikasikan di dapur ya tuan2 dan puan2x...baru boleh buat statement panasssssssss ini!!!

Jom terus ke resepinya sementara ada masa terluang menaip..hehe copy n paste jek dr blog yg ku terjumpa...tq MAMAWANDIHA yg sebar2kan....tqberi2 much buat tuan empunya resepi ni...memang berhantu...baru dapat intai2x dalam bulan posa ini...tapi entah kali ke berapa anak2 asyik request yg ini....sekali buat sekor habis...bab meratah serah jek kepada pakar....chef ibu nak kongsi resepi....

Infoku:cuma dr segi cili kurangkan tgk anak2 boleh makan ke tak..klu x lagi powerrr....noted utk akan datang....telur elok pukul biar berbuih supaya dapat nampak...macam gelembung skit mmebi macam yg Mamawandiha buat tu lagi seksi mengudaaaa......



Ayam Goreng Ala KFC
Sumber : Kak Nur & Zaliedana

Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe ~ MaDiHa guna separuh tpg beras pulut + separuh tpg jagung utk sukatan yg ini..)
3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap tu)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa


Bahan Tambahan
1 biji telur 
Minyak secukupnya

Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Serimukaku tak berapa jadi!!!

Salam...
Lama tak berblog...kali nih nak share kisah serimuka seumur hidup akuuuuuuu.........

Kisahnya ada belen durian masa berbuka...teringin nak eksperimen serimuka walau aku bukan penggemarnya....

Esoknya kira nak buat kerja kat "lab"...dok la belek2 2 blog resepi yang memang kupercayai tp takde stok la pulak klu based on resepi Kak Wan...pastu tgk yg Mamawandiha punya....bukannya salah resepi sebab aku dah tersalah kira calculate tang isi atas so agak2 lembek sedikit pastu pandai adjust sendiri ikut timbangan durian konon2 nak bagi lebih dah jadi tebal....inilah bila kita first time bereksperimen....teragak2 jugaklah...tang pulut pun kat tengah ada cam kurang masak lak(itupun pandai kukus terus dalam loyang kang menderhaka namanya kat resepi orang....tp tak salah mencuba kan konon2 nak mudah...

Kang dah jadi pengajaran dan pengalaman paling berguna untuk saat akan datang(amboi pakai ayat penyedap hati nampaknya)

Lain kali kena rujuk resepi betul2 ambil dari pakar:
1) Blog Kak Wan
2) Blog Mamawandiha

p/s:dapat pengajaran paling berguna hari itu buat aku seumur hidup....kawan2 jangan diikut yer gunakan resepi yang dipercayai...bye!!!

Wednesday, August 3, 2011

Golden Churn NON HALAL!!!

Assalamualaikum...
Pagi ni terpanggil untuk mewar2xkan kepada seluruh umat Islam khasnya yang jadi pengguna tetap butter ini...memang sah digembar-gemburkan sejak2 ini bahawasanya GODEN CHURN yang enak itu lagi mahal harganya...biasanya dalam kek lapis dijadikan bahan penyedap...tidak lagi boleh dibeli...yalah kan...dah tau NON HALAL automatik kena stop beli...jangan pi pulun beli lak....buh dalam bahan masakan kek ke,cookies ke ,nasi atau sebagainya.

Sewaktu2x dahulu pernah terbeli gunakan untuk memasak nasi butter....hok alolah macam mana boleh terlepas jadi HALAL...nak kena samak lagu mana dalam perut...moga diampunkan dosa kami yang termakan benda2 subhah.

 Semalam baru sembang2 ngan kekanda..dah sah katanya TIDAK HALAL OLEH PAK JAKIM...hari ini terbaca lagi kat blog CIK MAT YG GEBU ITEWWW.....terima kasih Cik Mat sebab menyebar2xkan info ini..mana tau ada yang masih belum tau menjadi kewajipan kita menyebar2kan berita sahih ini.

Nak upload foto...hai meragam lak internet ke pc buruk ini...untuk geng blogger masakan...terimalah berita ini dengan hati yg terbuka mudah2an kita tidak termakan benda2 yg dikategorikan HARAM.

Sudah terang lagi bersuluh...HARAM DIBELI YA BAPAK2x & IBU2x!!!

Tuesday, August 2, 2011

Puding Gula Merah

Salam pagi Rabu...

Masuk Ramadhan ke-3 hari ini....so elok benar kiranya letak resepi jenis agar2...sementelah adindaku kat Kota Kinabalu nun jauh di sana dah requestkan...ingat2 lupa sebab lama tak bereksperimen bab puding2 nih....nasib baik masih boleh men"agak2" resepi manis pun taklah terlebih manisnya...jadi elok cuma tang gula merah kena tambah untuk lagi berseri2 rasanya....jom layannnn!!!

Acuan import maghi dari 100yen Jepung...suke tgk!!!
Resepi:
  • 25gm agar2 tali
  • 3 cawan air dimasak bersama 165gm gula merah(tambahkan supaya lebih gelap warnanya)
  • 4 cawan air untuk  dimasak dengan agar2 tali juga 3 helai pandan
  • 3 biji telur gred B-pukul sebati
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan
  • sedikit garam buku utk menaikan rasa lemak santan
Caranya:

Bahan A:
-Masak gula merah,gula putih dengan air sehingga hancur.Ketepikan.

Bahan B:
-Masak agar2 dengan air sehingga masak kesemuanya tidak bertali(letak pandan utk menaikan bau wangi..boleh skip jika takde)
-Masukkkan bahan A,telur dan santan  serta garam hingga mendidih sekejap aje dan tutup api.
-Tapiskan untuk mengasingkan jika ada agar2 yg masih bertali jika ada dll.
-Boleh dimasukkan ke dalam acuan kesukaan yang cantik2 kat almari(masa nih la nak guna kan..kan)dan 2 lapisan akan terbentuk automatik...dan sejukkan untuk dimakan.

Tuesday, July 26, 2011

Al-kisah 100 projek!!!

Salam malam Rabu...

Dapat berblog belah malam kali nih...straight to the point!!!

Tajuk bukan main lagi daaa....pagi2 Jumaat lepas bermula al-kisah 100 projek...bermula baking kek sponge coklat utk kek black foreset...pastu  menyiapkan membancuh ,membakar 100 coklat moist cup cakes plus deko2x bersama Erra Leong(acah aje tuh) selingan masak utk mkn thgari pulak tu...sempena hari lahir 2 anakanda jatuh pada bulan Julai...sorang 16 Julai dah 11 tahun Abg Long dan sorang lagi 30 Julai genap 3 thn..
Sorang peminat fanatik Liverpool iaitu Abang Long dan yg ketiga tuh peminat Upin & Ipin sejak kecik lagi....first time menempah edible imej dari CHETAM kat Taman Semenyih Indah yg dok kuusha2 blognya sekian lama...dah dekat elok benarlah dia menjadi tempat mengorder EI.

Malam harinya sambung berkungfu kat dapur...meng"karikan" ayam ala2 qlate dalam 3 ekor...sib baik ada assistant tolong potong kecik2 dan keesokkan pula bersilat menyiapkan 3 kg pulut kuning...sayangnya takde foto kenangan..sebab kalut pack2 dalam 20 pack utk kejiranan baru kami sebagai tanda jadi penduduk kat situ...tu pun nasib baik mak mertua ada tolong sama singsing lengan...jadi bertambah2 malu ler nak sibuk2 amik foto kenangan.

Resepi CMC menggunakan Resepi dari Pn.Badariah sebanyak 3 adunan tetapi versi bakar:

Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas


Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.



Untuk AYYUB SOLIHIN & HAJAR NAURAH......

 "Happy Birthday10x"......To You!!!

100cc kena dekorate utk jiran2 tetangga kami...
Baru ku tau penat lelah menyiapkan projek 100 cc....tabik spring kat tokei2 cc yg boleh siapkan byk2 order...kita yg amatur rasanya tercungap2 juga nak menghabiskan sambil memikirkan idea untuk menghias cc...

utk mak menakan belah kekanda dari SP yg dtg ke KL...

Selesai sudah tugasan ibu sempurnakan hajat abah nak membagi2kan kat jiran tetangga...hajat kedua-dua anaknda dgn minat masing2...Alhamdulillah mission accomplished walau ada kekurangan yg perlu diperbaiki mutu rasa dan kecantikkannya!

Tuesday, July 19, 2011

Ayam Bakar Mudah Ezah

Salam petang Selasa...

Hari2 menyibukkan dengan urusan anak2 yg kecik yg besar sampai blog terbiar sepi...huhuhu.

Nak upload foto tak nyempat2...hujung minggu nih lagi sibuk sebab ada tamu dari jauh so sibuklah agenda mengemas yg tak habis2..mencari perabut untuk lengkapkan bilik bawah lagi dengan nak meng"clearkan" barang2 yang merata2 sepahnya dengan tak cukup ruang menyimpan.

Alhamdulillah besok petang sampai lagi sebiji almari khas dll untuk menyimpan "Cik Norita"...yg akan selamat dipindahkan masuk almari baru...ada dalam 2 kotak lagi tak boleh buka sebab full loading dah dalam lemari lama...

Nak citer2 panjang pun tak mood...so layan terus resepi...oh la..la...meh kita tgk gambar nak buh apa dulu..berderet2 menunggu list...kesian kat pictureku dalam "gobok"....hermmmm!!!

Lebihkan kegaringan baru sedappppp...hentam saja labu klu dah nak cepattt or laparrr!!!

Resepinya:
Sumber : Ezah/Zureen ~Forum Dmoshi2(yg femes kat jepun itewwww..makasih ye zureen..i like it 1000x n more...)~Yang biasa akak buat kat bawah nih...agak2 n rasa2 sendiri suka lebihkan apa bahan!


-1 ekor ayam(potong ikut suka hati...nak sekor2 pun boleh gak kan)
-3 ulas bawang putih
-sebuku halia
-2-3 btg serai
-1 s/t black paper
-garam ,gula kunyit secukup rasa
-sedikit sos tiram + kicap manis….

Cara memasaknya:
-semuanya di hancurkan/yang mana boleh blend tu masukkan jek dlm blender n lumur pd ayam..biarkan dia sebati n bakar dalam 30 minit(biasaku bakar dalam frying pan non stick ok gak) atau lebih tgk kegaringannya macam mana nak....sambil balik2kan…pastu bolehlah dimakan begitu saja sama ada nak ratah or makan dengan nasi panas2x…

yg ni gambar kenangan berBBQ utk mkn2 kat Pantai Kat Beppu...lupa dah namaaa!!!

Monday, July 4, 2011

Jom Masak Ala Japanese Style!!!

Salam Petang Isnin...

Report laporan bab masak memasak yg dibuat hari Ahad...sudah lama tak masak ala2 Japanese style...jarang2 aje sebab susah mencari bahan sejak balik tahun 2007...

Anakanda dah mengidam sangat ..asal sebut makanan Jepun meleleh air liur... berhari2x mencari bahan...baru dpt apa yang dihajati...jom tukar selera...kita ke Bumi Sakura sekejap...ayuhhhh tgk apakah bahannya,di mana nak daptkannya dan cara penyediaan dengan budget yg murah dan cara hidangan termasuk potongan pun ala2 resutoran Jepun cam shiitake tuh...hehehe!!!

Menu ini boleh dikatakan antara menu sihat...tak perlu campur antara seafood dengna lain2 spt ayam or daging kan elok tuh...HARI SEAFOOD sedunia gitu!!!

RESEPI ALA JAPANESE FOOD:
Beras:
2.5 kg cuma rm26(diTESCO)

-masak guna air sedikit dan rendam sekejap dlm 5-10minit..boleh buh cuka jepun sedikit atau masak biasa.
****Utk mkn 2x semlm dlm 4 pot jek...2 dewasa 3 kanak2..jimat pun!!!

Basic resepi:
Tempura:Gunakan tepung tempura nona(RM2.49 utk 150gm) paling best...2 kotak utk 2 x mkn
***Pastikan jgn cair...ikut step dikotak!!!

Sayur Tempura:
Boleh pilih bendi@okra,carrot@ninjin,shitake (cuma rm3.39 utk 200gm),asparagus,lotus root(rm1.58 jek sebtg n dijamin sedap nih sbb crunchy),keledek,terung .(hiris agak besar2x)

Utk lauk tempura ambil dari lauk yg sama utk nabe dibawah...

Kicap Kikkoman 250ml(Rm7.69 diGIANT) -utk cicah ngan tempura...buh sedikit jek sbb masin..@ direkomenkan + air juga perahan limau nipis or lemon utk yg "rasa yg light"...dijamin lebih sedap!

Nabe@Steamboat :rebus jek sumer bahan2...

Gunakan isi ikan tuna@aya utk gantikan bonito flakes sgt2 mirip rasanya(paling xde guna kiub bilis),tambah seafood kesukaan cth kani@ketam,ebi @udang,ika@sotong,filamen crabtick atau yg seangkatan dengannya.

Boleh pilih sayur spt; shitakee mesti ader utk rasa nabe jepun,yg lain pilihan kubis cina,carrot,suhun,tauhu lembut,cendawan enoki yg putih2 halus..semlm tak buh pun atau lain2 cendawan spt shimeji..kat TESCO biasa ader.

Idaman seisi famili gitu...akan masuk list antara menu sebulan!!!

Thursday, June 30, 2011

Contoh2 sayur untuk masak sos tiram!!!

 Assalamuaalaikum...

Ini ada lagi satu nak share versi campur2 yg boleh dicampur untuk masak ala chinese/masak sos tiram.....bak ala2 restoran terkenal gitu untuk mengamit selera anak2 dan suami...hehe...lebih jimat buat sendiri kan...kan...sapa2 yang  dah terguda atau teringin ala hidangan Restoran Intai2x...cepat2 pergi pasar..beli dan buat k!!!

Resepi asal di sini boleh create menjadi pelbagai versi:SAWI MASAK SOS TIRAM

Yang dah di celur sekejap...

gabungan 4 jneis sayur..cendawan enoki,asparagus,kcg sepat,carrot!!!

p/s:Cuba tgk betul2 ada sayur nak kena kidnap gara2 ada oarang tak tahan untuk dilihatttttt begituuuuu sahajaaaaaa......hihi.

Wednesday, June 29, 2011

Contoh produk untuk jualan!!!

CMC with simple topping...RM30...1 kg!!!
RM16 full loyang
RM13 seloyang
Agak jarang2 dapat update entry sebab masih pening2 lalat nak kemas rumah yang belum selesai agendanya...saja tayang foto...ni kira permulaan nak start  food bisnes selain produk kesihatan...harap2 ada rezekiku menanti di sini...promosi pun baru pelan2 nak kayuh...jom layannn!!!

Tuesday, June 14, 2011

Jom kenali Cik Ovallette Yang Gebu!!!

 Salam pagi Rabu....

First time bersiaran pertama kali dari rumah baruku di Semenyih pulak...walaupun kerja kemas mengemas belum siap sepenuhnya...tak dapat menahan \diri nak berblog kejap..jadi lah kan...banyak nak kongsi cerita actually...ini untuk sesiapa terutama adik2 yang belum pernah mengenali sidia di bawah ini!!!


Biasa kita masukkannya dalam kek sponge...terasa kegebuannya...tenguk namanya kat bawah ini Sponge Kek Emulsifier...kan dah kata...juga kalau tak silap untuk kek gulung juga boleh untuk menambah kelembutan kek. Nanti nak cuba aplikasikan kat dapur sebab kek gulung jarang2 buat rasa teruja juga nak buat eksperimen.

Ini contoh kek koleksi dari blog lamaku yang menggunakan ovalette....sedap dan lembut sangat.Ok la jom baca selanjutnya masa tidak mengizinkan berceloteh panjang.



 Siapakah gerangan Cik Ovallette yang digembar-gemburkan mempunyai kelebihan dapat menggebukan kek bila dimasukkannya??? 

Biasanya tahan lama...expired date dalam 2 tahun masa belinya.Ia juga berfungsi untuk memudahkan kek keluar dari acuan.


Biasaku beli yang ini Cap Bunga Raya!!!
Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan, insyaAllah halal. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.