Showing posts with label Hidangan Raya. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Raya. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Biskut ku dah kena gunting!!!

Salam petang Jumaat...

Ini resepi idaman kalbu seisi famili gitu...sekejap jek boleh tinggal balang...hohoho...actually terhilangkan resepi sehelai kertas yg kusalin@kudapat dr mak mertua...jenuh mencari tak kujumpa2x hingga hari ini...dah la belum lagi simpan kat blog lama...apatah lagi kat blog yg terbaru ini.

Kiranya resepi kali gubahan sendiri hasil dr ingat2x lupa...buat yg lebih memudahkan...spt cili kering tukar ke cili serbuk...takyah susah2x...hasilnya alhamdulillah tetap memuaskan hati....masuk dlm buku eksperimenku...dan memandangkan ini peberet kekanda...dia suka yg agak keras... nak exercise gigi la kot na....so takyah buh telur...jimat2x!!! Sedap pun sedap...nak ambil tempahan pun dah boleh janji rajinnnn menggunting...adoiiii jenuh gak....nak dpt 1/2 kg cuma dalam 2 balang sederhana kecil...sekejap jek habis camno nak ambil order...pantang tengok belaka nih...huhu.

Untuk hidangan biskut raya pun ok memang laku nih...sepanjang tahun pun lagi ok kalau rajin menyediakan stok untuk kunyah2x@kudapan kat rumah...ada tukang gunting biskut ok la(yg ni nih dah ditauliahkan sorang anakanda)....tp bukan tukang gunting rambut..hehe.Perhatian klu nak buat ala2x kuih siput pun boleh jugak...sama jek.




BISKUT GUNTING SSHKC:
1/2 kg gandum
10 ulas bawang merah-blender
50gm @ 5 s/b marjerin
1-2 s/k serbuk cili
1 s/k jintan manis-blender
1 1/2 s/k garam
1/2 cawan air-blender
1 genggam udang kering-blender
1 genggam daun bawang yg dipotong
2 tangkai daun kari-utk digoreng sama
*bubuh sebiji telur gred B@C jika suka utk lebih rapuh...(perlu kurangkan sukatan air diatas)

Sekian,selamat menggunting!

Monday, November 14, 2011

Nasi Beriani REMPAH MAK DARA!!!

Salam pagi Selasa...

Bersiaran sekejap sebelum sibuk berkungfu kat dpr kejap lagi...

Ok ini nasi dibuat masa raya haji hari tu..untuk makan belah petang dah...sebab pagi berkungfu siapkan tempahan orang kan kena dahulukan...NASI DAGANG PUTERI SAADONG untuk 30 pax idaman sifu bakeryku KAK IDA BAKERY...siap dihantar ke Gurney Height ,KL.

RESEPI NASI BERIANI REMPAH MAK DARA:
Rempah semestinya rempah MAK DARA(yg dpt free dr penaja masa bertanding masak)
guna 1-2 s/b sahaja)

Guna 4 pot beras basmathi(rendam dlm 15-20 minit & tos)
3 cawan air
2 cawan susu cair
3 helai pandan simpul
sedikit halia,bawang merah dan bawang putih-dihiris halus2
1 s/k garam & sedikit pewarna kuning untuk gantikan safron atau koma-koma juga air mawar
sedikit minyak sapi plus minyak untuk menumis



hotttzzz from my kitchen...
Resepi yg sempoi jek tak guna pun rempah 4 beradik kali ini tp ok..maybe rempahnya dah agak kuat terasa.....menu dipadankan dgn AYAM PERCHIK SSHKC dan sedikit potongan nenas,timun tomato....wallah...walau sangat2x simple mkn kali ini yelah tukang masak dah letik meng"arung" pagi2 buta nasi dagang pagi tadi..kasi can la relax2x)...tp namun begitu masih mememenuhi selera anak2 dan suami...bertambah2 mkn masing2x termasuk tukang masak...jadi la kan dr gantong apron terusssss atau nak cari kat kedai segera cam tak sesuai gitu so kita masak ikut kemampuan...huhu.

Saturday, November 20, 2010

Mee Rebus Tokwan

Assalamualaikum...

Resepi berguru dari mak mertua...ala2 Utara gitu...bahannya amatlah banyak kalau betul2 punya resepi yang asli!!!Dibuat masa Aidiladha baru2 ini untuk hidangan tenghari sampai ke malam utk makan kecil2an...bolehlah 12-15 orang!

Bahan-bahan:
***untuk hidangan 12-15 orang (boleh lebih actually)

4 paket mee kuning(400gmX4=1.6kg)-celur sekejap sahaja
















Bahan untuk kuahnya:

½kg  kilo @4 biji saiz sederhana ubi keledek merah yg baru(rebus & blender dgn 4-5 liter air)
1/2 botol  tomato sos saiz kecil
½ botol sos chili saiz kecil
1 bowl cili kering mesin (ikut suka pedas) 
1/2 kg daging lembu (potong kecil2 & rebus sekali.boleh letak asing)
100gm/1 biji bawang besar-blender
15 biji bawang merah-blender
3 ulas bawang putih-blender
1 buku halia-blender
sedikit minyak masak utk menumis
air rebusan udang dan sotong
1 genggam udang kering-sangai-blender(boleh letakkan bahagian dressing)
1 paket fish cake-hiris nipis2(boleh letak bahagian dressing)
sedikit garam(gula tidak perlu dah rasa manis daging dan keledek)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,bawang besar , cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  2. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. Bubuh garam, ,sos tomato dan sos cili. 
  3. Masukkan daging potong  dan masak hingga daging lembut dan masukkan air rebusan udang dan sotong juga potongan fish cake. 
  4. Biarkan mendidih dan mereneh agak lama dan siap untuk di hidang dan dimakan.....


Bahan sayuran/Dressing(15+++bahan2nya):

1 ikat sawi-celur(asing batang dan daun)
200 gm Taugeh - celur 
Sedikit daun bawang dan ketumbar - hiris nipis
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
4 biji Kentang rebus saiz sederhana-dihiris nipis2 
5 biji cili merah - dihiris nipis
Tomato-hiris nipis2 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua/hiris nipis2 
8 biji telur rebus - belah dua/slices
Udang-direbus sekejap(boleh potong or seekor)
sotong-direbus sekejap(potong halus)
Bawang goreng 

Bolehlah dihidangkan panas2 untuk sepinggan hidangan..letak mee,ambil serba sedikit dressing dan akhiri dengan kuah yang banyak untuk lebih terasa sedapppnya k...

p/s:bila bahan2 banyak digunakan MAKA kosnya agak tinggi TAPI lagik sedappp!!!

Tuesday, November 9, 2010

Nasi Dagang Putri Saadong

Salam pagi Rabu...

Hari ini dok belek2 resepi..rupanya belum ada entry nasi dagang so apa kata kita jamu mata dan jangan lupa mencuba keenakan nasi dari Pantai Timur ini khas untuk peminatnya....cuba jangan tak cuba pulak!!!

Nama Putri Saadong diambil sempena daerah kelahiranku BUKIT MARAK(yang tercatat dalam sejarah negeri Kelate) yg sinonim dan diketahui salah satu tempat Tuan Puteri ini dikatakan bertakhta buat terakhir kalinya(bukit tempatku selalu melawat waktu kecik2 dulu2..kira pusat pelancungan juga sebab Sultan pun juga melawat tempat tinggalan sejarah ini yg ada seperti air kolam tempatnya mandi manda,batu seperti pinggan tersusun,)....boleh klik ini untuk cerita sejarah TUAN PUTERI SAADONG!!!

Dan siri sambungannya DI SINI dan pada 8 Jun2010 dikatakan kerabatnya keturunan ke-7 iaitu  Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali dihebohkankan oleh media cetak sebagai pewaris PUTERI SAADONG di dalam UTUSAN MELAYU!!!

Dalam kita tidak lupa pada asal usul sejarah negeri janganlah kita lupa juga kepada makanan tradisi yang perlu dimartabatkan agak tidak dilupa dek generasi muda dan sentiasa kekal di hati...caranya dengan selalu memasak walau di mana sekalipun kita berada jauh dirantau orang tanpa perlu "tunjuk" kat kedai makan!!!

Jom belek2 resepinya pula ya utk mkn2 saiz keluarga yg kecil....lebih puas memasak sendiri sebenarnya...SEBAB SEMUA SECUKUP RASA!!!
















NASI DAGANG PUTERI SAADONG:
***utk makan 6-8 orang

3 pot beras nasi dagang+1 pot beras pulut
1  biji kelapa( dapatkan santan pekat)bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).
6 ulas bawang merah-dimayang halus2
2 ulas bawang putih-dimayang halus
1inci halia-dimayang halus
sedikit  halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara memasaknya: 

Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 6 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan  baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Untuk lauk pauk pula bermacam2 boleh dijadikan lauknya spt contoh dibawah:

1)Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Aya/Tongkol:
 
1 ekor ikan tongkol yg  saiz besar yg dipotong kecil ,dibersih( direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam)
1 paket santan jadikan 500ml
10 biji bawang merah plus 1 biji bawang besar
3-5 tangkai cili kering ikut suka
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2-3 asam keping
3-5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2 atau potong 2)
Sedikit garam dan gula

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya.

2)BERIANI AYAM KAK LIZA
 
1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara:
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.

Sambal kelapa:

-4 ekor ikan kembong/selayang(dibakar-ambil isi)
-2 batang serai
-8 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

Caranya:
 goreng  tanpa minyak kelapa parut . Bila agak garing angkat ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..
*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

Acar Mentah Seri Chendana:(nama sempena nama glemer kat Jepung)
















Bahannya:
 
1 batang carrot-dipotong panjang dan halus
1 batang timun dipotong panjang agak kasar
1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah
sedikit cuka makan dan garam gula secukup rasa
Sedikit bijan utk hiasan

Caranya:

Masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan cili dan boleh digaul dengan bahan2 yg lain! Baru ditabur bijan untuk hiasan.Sediakan 1-2jam sebelum dimakan agar rasanya sebati. 

p/s:nasi ini selalu jugak dimasak...time raya puasa yg lepas pun sediakan dlm 2 kg utk tamu..kira open house kecil2an aje sebab tuan rumah berbadan dua...dan kena rest tak boleh buat kerja berat buat masa ini atas nasihat doktor.Bila balik Bukit Marak...selalunya beli stok beras utk bekalan dibawa pulang ke Bangi...kalau teringinnn kita masak aje guna bahan2 tanpa kedekut baru sedap tak terkata...nak tunjuk2 pun kurang memenuhi selera gitu!!!

Saturday, November 6, 2010

Nasi Mentega Chiba

Assalamualaikum...

Hari ini nak masukkan entry salah satu resepi nasi yang agak simple tapi sedap dan tak muak dimakan yang dipelajari dari seorang kakak masa di Chiba Prefecture, Jepun.

Perkampungan WELSHAN ialah rumah pertama kami semasa merantau selama 3 tahun. Terima kasih jiran kami...Kak Nur yang sudi berkongsi resepi yang walaupun simple tapi best...apa lagi korek2 la guna bahan apa....ouh senang ja...sedap pulak makan kat open house rumah dia...orang kata tak muak sangat makan banyak2 pun....arigatou ne!!! Saya kongsikan resepi yang menarik ini kat sini pula supaya ramai dapat manfaatnya!!!

Resepinya lebih kurang ala2 Nasi Minyak juga cuma gantikan minyak sapi dengan mentega....nak2 guna mentega pure punyer jgn gunaa Lepa Buttercup mudah muak...mesti sedapppp...resepi untuk 1 kg beras Basmathi adalah olahan saya sendiri dan banyak kali dah berasap dapur mencubanya...paling banyak masak...time raya puasa tahun lepas kat Bukit Marak pun siap hidangkan menu nih bersama Kurma Daging(resepi ibu mertuaku),Ayam Goreng Berempah & Acar mentah...sekejap jek habisssss hingga tengahari sikit..sampai ada orang kempunannnnnn...hehe..kesiannnn...tapi takpa kita masukkan dalam list hidangan untuk menu raya!!!

Resepinya:
(***untuk makan saiz 8-10 orang)


Nasi mentega yang simple tanpa pewarna.....


















7 pot=1 kg  beras Basmathi
1/2 bar mentega tulen GOLDEN CHURNN(yg paling best yg pernah saya cuba)
7 ulas bawang merah-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
1 tin susu cair plus air jadikan 7 1/2-8 cawan sukatan beras
Serba sedikit rempah 4 beradik
3 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam dan sedikit minyak
***optional kismis/gajus utk hiasan/daun pudina
***untuk warna lebih boleh letakkan sedikit kunyit/pewarna kuning

Caranya:

1)Panaskan mentega dan minyak,tumiskan bawang yang dimayang serta rempah 4 juga pandan beradik hingga wangi.
2)Masukkan beras,kacau sebati dan masukkan susu cair serta air dan sedikit garam dan kacau rata.
3)Masakkan dalam rice cooker.Bila dah hampir masak ,masukkan kismis dan hirisan daun pudina.
4)Bila dah masak,gemburkan dari tepi dan berhati2 supaya beras tidak patah. Boleh taburkan bawang goreng untuk hiasan.


Thursday, September 30, 2010

Laksam Bukit Marak

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari...

Hari ini nak berkongsi resepi kegemaranku....dari tak pandai alhamdulilah jadi "master" pandai2 buat ayat....hoho...bukan apa suka punya pasal....dulu2 masa kecik2 pernah tolong kakakku Kak Tie yg sorang nih suka dan rajin membuatnya.

Bila di negara orang di bumi Jepun... Ya-allah begitu teringinnya sebab tak dapat lagik tunjuk2 so dari situ timbul keinginan mencuba sendiri...jadi orang kata bila lama2 kira suka aplikasikan sendiri dan dah jadi peberet tu...kena pandai2 dan rajin2kan diri...kiranya yg buat sendiri lagi berpuashati citarasa baik dari laksamnya,kuahnya mahupun ulam2an yg serbaneka orang kata...nak2 dapat pulak daun serai kayu...umphhhhh...wallah!

Cerita tentang laksam idaman yang paling sedapppppp mengingatkan sorang makcik kat kampungku...dah lama dah jadi arwah!!!

Arwah Makda Pakda Sin Tok Imam(isteri kepada guru mengajiku)...dia memang pakar membuat laksam dan akulah peminat setianya yang terpacak sewalnya pada tiap2 ptg Khamis dulu2...dan arwah memang sokmo berjualan pada hari Khamis kat Kedai Bukit Marak yg masih wujud lagi(berdekatan masjid) waktu zaman kanak2ku....syahdunya kenangan itu...rindu aromaaaaaaaaaaaaaaaa bau kuah laksamnyaaaaaaaaaaa yang menusuk2 hidunggggg yg tidakkkkkkkkkkkkk lagik kutemuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


 Resepi Laksam:
4 cawan tepung beras
2 cawan air sejuk
3 cawan air panas
Sedikit garam
Minyak utk melengser

















Caranya:
1)Tepung beras dicampur sedikit garam dan digaul sebati dgn air sejuk terlebih dahulu baru dimasukkan air panas.
2)Biar seketika atau lebih kurang dalam setengah jam.
3)Panaskan periuk kukusan hingga mendidih(lebih besar lebih cepat proses mengukus kerana tudung periuk yg besar boleh diguna)
4)Masukkan aduanan kedlm tudung periuk yg dilengser minyak dan sudah diletakkan dalam kukusan.
5)Lebih elok tudung kukusan dibalut kain bersih supaya wap2 air tidak menitik.
6)Biarkan agak mengelembung atau lebih kurang dalam 2 minit.
7)Angkat dan sejukan barulah digulung.
8)Seelok2nya guna tudung periuk@dulang berlainan setiap kali mengukus supaya lebih cantik gulungan laksam yg terhasil .

















Kuah Laksam or Laksa:
5 ekor ikan selayang@sardin plus 2 ekor selar(direbus)-asing isi dan tulang
15 biji bawang merah
Seulas bawnag putih
Sebuku halia
1 sudu besar lada hitam
2-4 keping asam keping ikut kesesuaian
1 Pek Santan(jadikan dalam 350-400 ml)/RM2)

















Cara:
Isi dan tulang ikan ikan diblender asing2 dgn sedikit air dan yg tulang ditapis.Bahan2 lain ditumbuk atau blender pastu campurkan dgn santan dan sedikit air hingga mengelegak tutup api supaya  santan tidak naik
minyak.

















Dressing:
Daun serai kayu{sebagai ulam utama/nama lain daun salam,samak kelat,bay leaf,daeng klua(Thai)}
Daun kesum
Daun ketereh/gajus
Timun Batang
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Kacang Cambah@Taugeh
Kubis
***semua ulam2an dihiris halus2...

















Sambal Lado:
Cili padi,
Cili kering
Belacan bakar
Sedikit perahan limau nipis
Garam & gula secukup rasa


Nota kaki:
Info berkenaan daun serai kayu:
1)http://id.wikipedia.org/wiki/Salam_%28tumbuhan%29
2)http://www.facebook.com/note.php?note_id=418269153824
3)http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1134229
4)http://kayteeze.wordpress.com/2010/08/17/pokok-serai-kayu/