Jom terus ke resepinya sementara ada masa terluang menaip..hehe copy n paste jek dr blog yg ku terjumpa...tq MAMAWANDIHA yg sebar2kan....tqberi2 much buat tuan empunya resepi ni...memang berhantu...baru dapat intai2x dalam bulan posa ini...tapi entah kali ke berapa anak2 asyik request yg ini....sekali buat sekor habis...bab meratah serah jek kepada pakar....chef ibu nak kongsi resepi....
Infoku:cuma dr segi cili kurangkan tgk anak2 boleh makan ke tak..klu x lagi powerrr....noted utk akan datang....telur elok pukul biar berbuih supaya dapat nampak...macam gelembung skit mmebi macam yg Mamawandiha buat tu lagi seksi mengudaaaa......
Ayam Goreng Ala KFC
Resepi : Ijan Blogresepi
Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe ~ MaDiHa guna separuh tpg beras pulut + separuh tpg jagung utk sukatan yg ini..)
3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap tu)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Bahan Tambahan
1 biji telur
Minyak secukupnya
Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
salam Sira,ada lagi k ayam goreng ala kfc tu? nak tumpang sekaki...hehehe...
ReplyDeletewaalaikumslaam Rahel....alala seperti yg dijangka bila letak nama KFC...asal goreng jek lesap anak2 bawak lari...nampaknya Rashel kena masuk lab cepat2....psttt ibunya pun suka meratah sama...hehe
ReplyDelete