Monday, April 23, 2012

TEMPAHAN NASI MINYAK SSHKC

Assalamualaikum...
Lama tak menjengah...seperti biasa kesibukan melanda..tak sempat nak berceloteh panjang2.


Buat julung kalinya memperkenalkan tempahan SET NASI MINYAK SSHKC....dengan harga promosi RM5 kalau tak silap 2 minggu sudah!!!

Ditempah oleh orang Putrajaya(kat opis en suami...tq kekanda tolong singsing lengan bersama2)majlis ini utk mkn2 tengahari sebanyak 30 pax!!!Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi menempah & membuka ruang bisnes yg kuminati dan ingin diterokai lebih jauh lagi..

Terima kasih daun keladiiiiii...
Kalau rasa sedap bolehlah tempah lagiiiiii....

Alhamdulillah setakat skala kecil 20-60 pax, Insya-Allah masih boleh dilakukan dengan adanya "manpower" my sleeping partnerku...dengan saiz dapur & peralatan yg kecik2 dan ruang kerja yang terhad tidak dijadikan halangan.

Tapi rice cooker harussss dicari dan telah terbeli kat RAKANDA SEMENYIH untuk masak2 saiz 50 orang dengan harga RM309 utk lebih effisien la kan.


Setakat ini tempahan HANYA terhad waktu terluang dan lebih spesifik pada hujung minggu SAHAJA!!!
  1. NASI MINYAK BERAS BASMATHI
  2. LAUK AYAM MASAK MERAH 
  3. ACAR MENTAH SERI CHENDANA

Monday, March 12, 2012

Udang Goreng Bersalut Kulit Popia

Assalamualaikum...

Tokdan nak berceloteh panjang lately nih....datang "menyapu" sekejap kat blog yg agak2 nak bersawang ke memang dah penuh sawang???

Jom cuba resepi terbaru....kalau tak silap menonton dalam rancangan SARJAN SAJI...eh betui ka nama rancangan pun dah boleh terlupa...spt ingat2x lupa sbb otak jek tolong rekodkan....yg ingat  ramuan pentingnya... mmg sedap bila udang bertemu kulit popia disalut penuh.....sungguh ranggup dan begitu menyelerakan!!!



My own version:

1) Udang ikut suka...bykkan sikit nanti tak cukup mcm kami hari itu...huhu
2) Tepung jagung + sedikit lada sulah+ sedikit garam}tepung tawarkan udang
3) Salutkan udang tadi dgn kulit popia yg dipotong agak kasar2(anggaran utk sekor udang=2 kulit popia yg dihiris) & bolehlah digoreng deep fry.

Utk sediakan pencicah:
Memadai gunakan campuran sos cili thai,sos tomato dan sedikit kicap manis...sudah sedap!!!


p/s:enak juga dimakan begitu saja atau dibuat menu lauk-pauk...

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, January 11, 2012

Death By Chocolate Cake???

Salam petang Rabu...
Agak2 takut baca nama resepi nih tapi masa makan tak takut lagik daaaa....kombinasi yang sangat sedap terutama ganachenya...oleh kerana masa sgt2x terhad...tgk foto tayangan la.....foto pulak problem...adoi la pc pun dah pening2x lalat ke sakit....tertunggak foto tayangan gayanya...nampaknya hanya ganache yg berjaya di upload...entah apa masalah lagi!!!

ganache yg diguna mmg sedap...
RESEPI RUJUKAN DARI:MY RESEPI
Bahan-bahan ( loyang 9" )
* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara:

1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit.

Iskh baru nak kuar...tadi malu2x....