Monday, September 2, 2013

Resepi KUZI AYAM satu

Salam pagi Selasa...

Terus ke foto juga resepinya...ada beberapa koleksi resepi tapi saya mulai dengan resepi pilihan pertama dari Majalah SAJI...juga ada disertakan cara simple sediakan rempah kuzi....hanya campurkan sama banyak rempah kari dengan rempah kurma...utk seekor ayam boleh sediakan 100 gm rempah kari+100 gm rempah  kurma.

Rujukan;Majalah Saji Julai 2011:
Kredit to:De' Gemilang Catering


Portion 50% rempah kari+50% rempah kurma=Rempah Kuzi



Cubaan satu...simple resepi tapi sedap...boleh cuba!!!
RESEPI 1:
KUZI AYAM DE GEMILANG
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
100 gm rempah kari(saya guna rempah Qlate)
100 gm rempah kurma(saya guna rempah Faiza)
400ml santan cair(saya tukar susu cair)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
100 ml minyak
Gula & garam secukup rasa

Cara Memasak:
1)Potong dan bersihkan ayam.Kemudian stimkan sehingga setengah masak.Ketepikan.(Saya skip step ini)
2)Panas minyak & goreng ayam sehingga kekuningan(JANGAN TERLALU GARING)
3)Tumis bahan yg dikisar spt bawang,halia,lengkuas,serai sehingga naik bau.
4)Masukkan rempah kuzi campuran tumis hingga agak masak & berbau wangi.
5)Selepas itu masukkan santan juga air bergantung kepekatan yg anda hendaki(biasanya kuzi disediakn agak pekat)
6)Perasakan & sedia untuk dimakan

***Cadangan saya memasak dengan masukkan daun pandan supaya lebih wangi juga gunakan campuran minyak juga minyak sapi.
***Cadangan untuk lebih pedas tambah cili kisar bagi yang sukakan rasa yg lebih pedas.
***Cadangan hidangan boleh dimakan dgn nasi biasa,nasi minyak & yg sewaktu dengannya juga roti atau roti jala.

Ok selamat mencuba salah satu lagi resepi dari Pantai Timur...ore Qlate pun first time mencuba walaupun secara tak sengaja seperti telah pun mencuba resepi seperti ini sebelum ini hasil eksperimen.