Showing posts with label Produk NON HALAL. Show all posts
Showing posts with label Produk NON HALAL. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Golden Churn NON HALAL!!!

Assalamualaikum...
Pagi ni terpanggil untuk mewar2xkan kepada seluruh umat Islam khasnya yang jadi pengguna tetap butter ini...memang sah digembar-gemburkan sejak2 ini bahawasanya GODEN CHURN yang enak itu lagi mahal harganya...biasanya dalam kek lapis dijadikan bahan penyedap...tidak lagi boleh dibeli...yalah kan...dah tau NON HALAL automatik kena stop beli...jangan pi pulun beli lak....buh dalam bahan masakan kek ke,cookies ke ,nasi atau sebagainya.

Sewaktu2x dahulu pernah terbeli gunakan untuk memasak nasi butter....hok alolah macam mana boleh terlepas jadi HALAL...nak kena samak lagu mana dalam perut...moga diampunkan dosa kami yang termakan benda2 subhah.

 Semalam baru sembang2 ngan kekanda..dah sah katanya TIDAK HALAL OLEH PAK JAKIM...hari ini terbaca lagi kat blog CIK MAT YG GEBU ITEWWW.....terima kasih Cik Mat sebab menyebar2xkan info ini..mana tau ada yang masih belum tau menjadi kewajipan kita menyebar2kan berita sahih ini.

Nak upload foto...hai meragam lak internet ke pc buruk ini...untuk geng blogger masakan...terimalah berita ini dengan hati yg terbuka mudah2an kita tidak termakan benda2 yg dikategorikan HARAM.

Sudah terang lagi bersuluh...HARAM DIBELI YA BAPAK2x & IBU2x!!!

Saturday, November 20, 2010

Kenal Pasti Minyak Sapi Tidak Halal!!!

Assalamualaikum....

Kredit to:http://qhairul-nizam.blogspot.com

Dalam menyambut lebaran yang mulia ini, pasti ramai yang berpusu-pusu menyediakan persiapan hari raya, menyediakan pakaian, hiasan rumah tak kurang jugak yang menyediakan juadah kueh raya.

Namun apa yang menyedihkan terdapat beberapa berita yang kurang enak didengar, dari hari kehari banyak pulak produk dan barang makanan disahkan tidak halal, sijil halal ditarik, yang diraguinnya kenapa bukan sebelum diberi sijil halal, tidak disiasat betul status halal sesuatu produk. Kita sebagai pembeli kadang-kadang kecewa akan tindakan yang lambat ini, Agak-agak berapa banyak lagi status produk makanan yang diragui?.

Berikut, Mengikut daripada sumber berita, dan JAKIM ia mengesahkan jenama minyak sapi berikut adalah tidak halal.




 KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.
Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.

Nota kaki:
1)http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MinyaksapijenamaQBBPureGheetidakhalal/Article