Showing posts with label Set Menu Petang. Show all posts
Showing posts with label Set Menu Petang. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Wah Puding Honey Dewku Ada Mutiara???

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak jadi peminat cik sayang dewwwwwww.....tp kali ini letak mutiara sbb terkaya sikit dgn bahan2nya....jom tgk hasilnya...hehe..gempakkkk!!!
Haaa nampak tak KAYA DGN MUTIARA LONGAN...makcik terlebih kayo hari ni!!!
Guna: 2 paket agar2 serbuk...1 utk yg jenis atas berjely plus 3 cawan air bagi pekat sikit...1 paket lagi utk puding honey dew resepi lalu....bolehlah hidang ikut kreativiti masing2 ....dicampur tolak kita kena tgk peralatan kat dapur apa yg kita ada itulah yg kita gunapakai...kan..kan!!!

p/s:Babai...agak sibuk nak bersantai2 kat blog...SEBAB kena siapkan modul utk KELAS PERTAMAKU.....NASI KERABU BUKIT MARAK & NASI DAGANG PUTRI SAADONG....ada sikit lagik kerja taip menaip MODUL...semua nak kena ready...haha aduhai...sampai termimpi2 kt sidia tuh yang ORANGNYA PAKAR MEMBUAT TALAM TOKYO(ku mengidam takde isi ler...ini cerita betul2x)....OK WISH ME LUCK!!!

Wednesday, May 11, 2011

Bukan bengkeng tapi bengkang!!!

Assalamualaikum...

Dedikasi buat: BONDA MERTUA(orang kuat disebalik tabir bab bengkang)

Untuk sapa2 tak tau nak buat apa kat labu yg belen...hari tu dah buat masak lemak kuning labu...sayur air labu pun dah...pastu ada lagiiiiiiiii baki sedikit sgttttt...dok pening nak buat aper...pikir punyer pikir...dapat idea...aha...timbang2x..ada dlm 80gm terus rebus...

Berkat berguru ngan bonda mertua..."yang ternyata pakar dalam bab bengkang membengkang" bukan bengkeng tu lain jadiknya...dah jenuh tunjuk ajar...kuikui cuma bab nak membakar lain oven lain caranya sedikit...dok kena kena try n error suatu waktu dahulu bermacam jenis juga rupanya bingka nih lebih 10 jenis ada.......beranikan diri buat labu reka2 resepi bikin sendiri sebab ikut bahan yang sedia ada...alhamdulillah menjadi...manis sedang2x...dapatlah 2 ketul sorang untuk merasa dari ranum tak jadi aper..kan..kan!!!

Insya-allah takde aral akan mulakan projek mengambil order aneka jenis bingka selepas selesai urusan pindah rumah...semenjak 2 menjak ni macam2 bengkang dok try test rasa dan uji cara pembakaran yang paling sesuai gitu n masuk dalam buku kitab ekperimenku...sib baik ada peminat no 1 tolong perabih....yg lain2 utk jiran terdekat merasa...huhu.

Tokdannn sejuk..makan panas2 pun sedappp...
Resepi Bingka Labu:
80 gm labu
80 gm tepung
80 gm gula
1 biji telur
1 cawan santan
sedikit garam

Bingka Kacang hijau perisa durian...



tada...siap potong....
Last week acuan dah pun dibeli 5 biji kat Yummy Bakery menambah yang dah ada...gigih gitu usaha niat nak berniaga kecil2an tolong suami orang kuat yang senantiasa menyokong dari belakang...mudah2an urusan berjalan lancar selepas selesai urusan pindah dan kemas. Gambar kenang2an peminat bengkang yang bengkeng yang amat kalau diusik....aduhai pasal apa ntah pantang dibuli menegakkan kebenaran walau salah sendiri... penutup cerita hari ini.


Kak Chik Naurah peminat no.1...tukang angkut!!!


Thursday, January 20, 2011

Kuih Koci Ala2 Nyonya

Assalamualaikum...

Sumber ini dari resepi MASAKAN NYONYA MELAKA yang dihadiahkan oleh oleh seorang adik yang pernah suatu waktu dahulu kami sama2 satu kolej ke-5 ...UPM FOREVER kan..kan...tq Botttt singgah rumah akak pastu bawa hadiah sokmo(tokei buku nih..nanti hadiahkan  buku resepi lain lak yer...suka sgt BACAAA utk tambah ilmu...entah berapa kali belek daaaa...CUBAAA lum tau lagik tgk tahap kerajinan...kuikui...teruk betul kan)

 dah siap dikukus panas2...anak2 dah tak sabar tunggu nak ngap3x!!!


sebelum dikukus...dapatlah kecik2/comel2 dalam 25 biji kot..lupa daaaa!!!


pembantu chef yg cilik dan bergaya...siap ngan beg pink PRETTY CURE melaram sama2 tuannya!!!


Fisrt time nak cuba resepi Masakan  Ala2  Nyonya nih...bila baca detail agak berbeza sedikit cara pembuatannya kerana kebanyakan kuih dari buku ini  mesti ada IBU DOH walaupun bahan asasnya  lebih kurang sama...agak renyah sedikit org kata...namun nama resepi pun masih sama iaitu KUIH KOCI PULUT HITAM...tapi dari segi rasa lebih sedaplah sebab step pun lebih sikit dari yg biasa pernah ku berguru semasa di Jepun waktu dulu2 dengan seorang kawan ala2 sensei gitu!!!

Jom tenguk resepinya yang agak berbeza itu...kucuba buat adunan separuh aje memandangkan kelapa parut pun tak banyak...ok kita tgk part mana yg ada bezaaaaa:

Bahan2:

Ibu Doh
30 gm tepung pulut hitam
100 ml santan pertama

Doh
500 gm tepung pulut hitam
4 sudu besar minyak masak

Inti
300 gm kelapa parut
130gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
2-3 helai daun pandan
daun pisang secukupnya

Cara Memasak:

1) Untuk inti larutkan gula melaka,gula pasir bersama daun pandan di dalam periuk. Masukkan kelapa parut, masak di atas api yang perlahan sehingga kering.

2) Sediakan ibu doh,campurkan 30 gm tepung pulut dgn 100 ml santan pertama. Masak di atas api yang perlahan,kacau hingga menjadi pekat.

3) Basahkan tepung pulut untuk doh dan ulikan dgn ibu doh. Uli hingga rata.Masukkan 2-3 sudu besar minyak masak dan uli,perap tepung selama 15 minit.(***tambah jika perlu utk minyak juga santan)

4) Bersihkan daun pisang,potong mengikut saiz yg dikehendaki.(yg ini dalam bentuk kon,saya cuma betukkan spt nasi lemak)

5) Bentukkan doh kepada bulat dan leperkan  diatas daun pisang dan masukkan inti ditengah dan tutupkan.Lipat daun pisang mengikut bentuk yg disukai. dan kukus dalam 15 minit.

***Tambahkan minyak lebih sedikit pastu santan pun lebihkan sedikit....supaya lebih lembut adunan!!!


Sunday, December 5, 2010

Japanese Doughnut/Donatsu

Assalamualaikum...

Nak kongsikan satu resepi dari buku breadmakerku hadiah dari kekanda masa di bumi orang..masa tu tak silap di tanah Beppu,Pulau Kyushu... maybe tahun 2006(kena selak balik diari rantauan)...yang diterjemahkan dari bahasa Jepun ke versi bahasa kita...untuk memudahkan cara....dulu2 tersangat rajin kat negara orang membuat donut ini(hoho nampaknya masuk lif tekan naik atas sendiri kejap)....antara koleksi resepi yang paling kusuka dari dulu hingga kini dan insya-allah selamanya...bukan apa..banyak sebabnya...dah jatuh cinta dengan rasa,kelembutannya...huhu...boleh ke jatuh cinta ngan resepi masakan???

Antara sebab boleh terjatuh cintaaa "rasa" pertama...
  1. Antara yg paling best dari segi rasa malahan kelembutannya yang gebuuuu...
  2. Resepinya pun simple sahaja...bahannya senang aje...biasa ada dalam stok!!!
  3. Pastu boleh campak aje kat dalam b/maker...ada org tolong ulikan mana x best kan..kan!!! 

  foto kenangan donut Chendana..nama glamour kat jepun you...terutama kat forum Dmoshi2!!!

    Bahan2nya:
    ***boleh menghasilkan 18-20 biji donut utk saiz sederhana

    400 g tepung gandum
    5 sudu besar gula
    2 sudu kecil yis segera
    1 1/2 sudu kecik garam
    2 sudu besar susu tepung(skim milk)atau jika tiada boleh gantikan 2 s/b susu pekat
    60 gm butter(lebih sedap)
    sebiji telur(saiz M)
    190 ml air suam(suhu sekitar 35 darjah celsius)

     tersangatttt lembut hingga susah nak bentuknya cantik2...

    Caranya:
    1. Masukkan yis dulu,diikuti  gula,tepung baru garam,susu tepung,butter,telur dan air suam.
    2. Tekanlah ikut menu kat b/maker(HANYA 1 1/2 jam).(kalau uli manual proses sekurang2nya 2-3 jam hingga kembang)
    3. Ambil adunan dari b/maker yang telah siap diuli itu. Uli sekejap dan terus dicanai agak2 ketebalannya 1 1/2-2 cm mengikut pilihan ketebalan dan diterap menggunakan pencetak donut yg di tepungkan terlebih dulu.Loyang juga perlu disapu tepung juga untuk mengelakkan donut melekat apabila disusun. 

    Boleh pelbagaikan saiz jika suka so kena ada pencetak donut pelbagai saiz la ye...hati2 sebab doh ini terlalu lembuttttt untuk mendapat bentuk yang memuaskan!!!

    Biarkan 1/2 -1 jam dan paling elok diletak ditempat tertutup biar mengembang elok(saya simpan dalam oven besar yang memuatkan 2 loyang saiz 12 inci sebelah menyebelah)dan selepas itu boleh digoreng dgn api sederhana.Angkat dan sejatkan minyaknya.


     buat 2 jenis topping...

    Topping bergula:
     Masukkan donut tadi dalam plastik yg diisi gula halus untuk lebih praktikal.Kocok2kan supaya kesemuanya bersalut...dapat idea menarik ini resepi membuat Snow Ball dari Kak Hani Yokohama.Siapppp dan boleh dihidang panas2 gitu.


     Yang ini kesukaan anak2..dorang turut sama menghias!!!

    Topping Coklat/Strawberry/Dll:
    Double boiled coklat masakan pilihan anda...biarkan suam2 kuku...dan celupkan donut sepenuhnya menggunakan penyepit...kemudian susun dalam loyang...hiaskan mengikut kreativiti anda....kemudian sejukkan sekejap sahaja...dalam 3-5 minit dalam peti ais bahagian frozen(idea yg kuguna bila pernah belajar membuat cookies Fancy Aiskrim).
    ***yang coklat hanya gunakan campuran serbuk coklat beserta bahan lain aje so kurang memuaskan toppingnya jadi tak berapa nak beku...pastikan gunakan coklat bar utk hasil yang baik.


    Sekian cerita ceriti tentang cik donut idaman hatiku sekeluarga sejak dari dulu,kini dan selamanya...insya-allah berbaloi mencubanya!!!

    Tuesday, November 30, 2010

    Slice Cheese Cake

    Assalamualaikum...
    Sejak 5 hari lepas ini busy sikit dengan urusan bisnes susu kesihatan iaitu susu kolostrum yang mendapat permintaan ramai apa lagi kalau bukan CIK ALPHA LIPID...menguruskan keahlian utk ahli2 baru dan juga order untuk stok sendiri minum juga khas untuk regular customerku....

    Satu lagi kesibukan ditambah pula....anakanda sulong pun dah selamat bersunat dah pun Sabtu lalu jam 12:30 tghari kat Klinik Zalfah..gara2 itu MAKA lebihlah sibuk sikit dari kebiasaannya menguruskan keperluannya(dahlah manja terlebih..huhu)...lagi2 memenuhi permintaan kekanda minta buatkan pulut kuning untuk diagih2kan kepada jiran tetangga terdekat...alahmdulillah tercapai jugak hajat nak makan pulut kuning tanda  kesyukuran dan legaaaa..misi accomplished!!

    Oklah hari ini nak masukkan entry kira pertama kek yg dibuat minggu lepas untuk di letak kat blog ini...nak pelbagaikan walaupun konsep ...at least ada...blog khas ini actually nak lebihkan  kepada aneka nasi dan lauk pauk....

    Untuk makan2 1 famili rasanya hidangan kek ini....utk famili kami kira sesuai la...2 dewasa,3 kanak2!!!

     before baking....

    Sumber Resepi: Kawan Maya~Ros Osaka:

    Bahan-bahannya ( acuan kek saiz 18cm ):
    ***sumber resepi dari website  masakan jepun. Ros dah translate kan siap-siap, tapi ade sedikit je perubahan bahagian cara-cara tu, ros ringkaskan supaya lebih mudah difahami.

    4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft***diriku guna 5 kpg)
    200 ml susu segar
    70 gram butter atau marjerin(guna PLANTA jek tp kalau nak lebih sedap MESTI gunakan butter k)
    70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
    70 gram gula
    4 biji telur saiz M
    beberapa titik esen vanila

    Cara-cara:

    1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
    2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
    3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
    4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
    5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
    6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
    7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
    8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
    Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

     after baking....


     ***Skip cara bain marie...huhuhu...pastu tambah lorekan dgn coklat emulco yg ada dlm peti ais...buat dalam 2 loyang kecil satu...yg segiempat 1...loyang chiffon(sekejap jek abis panas2 anak2 makan)...tp dari segi citarasa memang tak boleh kalah kalau guna CIK PHILADELPHIA!!!



    Sekian,kita jumpa lagi dehhhh..kena masuk opis belakang lak!!!

    Tuesday, November 9, 2010

    Tepung Boko Ubi Kayu

    Selamat petang...

     Hari ini terasa nak share resepi cubaan membuat salah satu peberetku kecik2 dulu..setelah lama jugak ambil masa buat pencarian di alam maya....Ahad lepas kekanda dapat mencari cik ubi kayu kat Pasar Tani Bangi kat PKNS....so akhirnya beranikan diri...sukat sendiri...agak2 dan pastilah merujuk resepi juga...kali ni merujuk beberapa resepi salah satunya  yang terkenal kat fotopages iaitu Kak Jie-Jie.Terima kasih kepada tuan punya resepi tapi yang kat bawah ini diedit...sebab prefer guna sukatan tepat dan cuba juga memasak je utk bahan A tapi nampak tak sempurna masaknya so lebih prefer kukus baru nampak elok ubi kayu.

    Sebelum itu nak share sedikit sejarah hidupnya...info diambil dan ditambah serba sedikit...kredit to:http://citarasawan.blogspot.com

    Tepung Boko Ubi Kayu,, "Boko" bermaksud Talam dalam bahasa Kelantan dan ada 2 jenis iaitu Tepung Boko Ubi Kayu dan satu lagi Tepung Boko Tepung Beras . Cara mengukusnya sama seperti kuih talam ubi kayu yang biasa dibuat tetapi adunannya agak lembut dan dihidang bersama kepala santan. 
    Kuih ini agak lembut dan tidak boleh dipotong, apabila menghidang kuih ini di sudukan kedalam mangkuk dan dituang bersama kepala santan yang lemak masin.  Kuih ini lebih enak jika dibungkus didalam daun pisang bersama kepala santan, kerana aroma dari pisang membangkitkan lagi keenakkan kuih ini.

    Tepung Boko Ubi Kayu Kelantan ini enak dimakan panas-panas maupun ketika sejuk.  Sekali cuba dapat rasakan perbezaannya dengan kuih talam ubi kayu yang lain.

    Seingat saya zaman kanak2 dulu2...orang2 dulu berjualan biasanya orang  perempuan agak2 berumur dengan meletakkan tepung boko ini didalam talam yg besar dan sudah tentulah menggunakan daun pisang sebagai pembungkus rasmi.

    TEPUNG BOKO UBI KAYU PERISA PANDAN ORIGINAL:

    Bahan2 A: 

     
    600gm ubi kayu~dikisar dan ditapis untuk ditoskan airnya( anggaran 2 cawan utk mengisar tapi lepas tu buang secawan lebih air)
    220gm/1 cawan gula pasir(tak perlu penuh)
    1 cawan/200ml air daun pandan(guna 10 helai)+1 cawan kurang/180ml  air yg dikisar dgn ubi kayu tadi=380 ml campuran keduanya.

    Sedikit garam ***gunakan pewarna hijau utk menaikan warna hijau atau ada juga versi kuning oren(yg foto adalah asli guna pandan sahaja)

    Caranya: 

     
    1. Masukkan ubi yang telah ditoskan airnya,gula, air & daun pandan ke dalam loyang. Kacau rata.
    2. Masukkan adunan ke dalam periuk kukus dan kukus dalam 20 minit.
    3. Siap untuk dihidangkan bersama kepala santan. 


    Hasil selepas dikukus...makan panas2 gini pun dah sedappp!!!Eh "kepalanya" belum ada!!!


     














    Bahan B/Kepala santan:

    1 paket  santan pekat dlm  anggaran 250ml
    3-5 sudu tepung beras
    sedikit garam
    Daun pandan disimpulkan 

    ***boleh lebihkan anggaran jika mau lebih

    Caranya: 

     
    1. Satukan santan dan tepung beras dalam periuk. Masukkan daun pandan
    2. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sehingga santan pekat.
    3. Angkat dan curahkan ke atas kuih ubi yang dikukus tadi. 


    Dah siap kepala santan..apa lagi jom scoop masa panas2 atau boleh mkn sejuk2!!!




















    p/s:alhamdulillah tercapai juga hajatku sebagai anak rantau dari Negeri Che Siti Wan kembang nak mecuba membuat sendiri dan rasai keenakan tepung boko yang suatu ketika dulu sangat famous dikalangan rakyat Kelate khasnya...mudah2an tidak dilupai oleh generasi muda kini!!!Anak2 juga juga suka untuk merasa terutama Kak Chik Naurah...tu dia nyum3x...tak kira tgk siapa yg makan..asyik nak join jek!!!

    Sunday, August 15, 2010

    Popia Udang Marak Hill

    Dibuat utk berbuka semlm(menghabiskan kulit popia)...favourite anak2..sekejap ada..sekejap dah ilang!!!

    *Hidangan 3-5 orang*
    Bahan-Bahannya :
    15 ekor udang besar yang sederhana saiz dibuang kulit dan dipotong kecil2(boleh gantikan dgn ayam or dgg kisar)
    Kulit popia - 15 keping sederhana besar
    1/2 biji carrot sederhana saiz}potong memanjang dan halus
    1/2 biji timun sederhana saiz }potong memanjang dan halus
    lada sulah secukup rasa
    sedikit sahaja garam
    3 s/b sos tiram
    1-2 ulas bawang putih
    2 s/b tpg gandum or ubi or tpg jagung +sedikit air sebagai bahan pelekat(lebihan boleh masukkan dlm sos)
    optinonal utk pelekat (guna putih telur pun ok)

    Cara membuatnya:
    1)Tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan udang,sos tiram,lada sulah,carrot dan masak sekejap.
    2)Buka kepingan kulit popia satu2,
    isikan bahan tumisan diatas serta timun.
    3)Lipat dan gulung kulit popia dan sapukan bancuhan tepung untuk
    menjadi gam.
    4)Boleh digoreng dgn api sederhana dan dihidang dgn sos .

    Sos Segera Marak Hill:
    (Jika tiada Sos Cili Thai maka boleh dicuba buat sendiri sos...insya-allah memikat rasa) :
    3 s/b chilli sauce +2 s/b sos tomato +1-2 s/b kicap pekat manis(nak hitam tambah lebih) +1/2 kpg gula melaka,sedikit bijan hitam atau kuning mengikut kesukaan} +  lebihan bancuhan tpg gam tadi boleh dimasukkan utk memekatkan kuah dimasak hingga mendidih...lebih sedap dan terangkat dari sos yg dibeli atau dijual dipasar2 malam ,insya-allah!!!