Tuesday, August 17, 2010

CILI KERING TAHAN LAMA

CILI KERING TAHAN LAMA & TIDAK BERBIJI(RUJUKAN MW):

Paparan foto dari pencarianPakcik Google!!!
 



















Potong kecil2,bersihkan kemudian rebus sebentar.Sebelum mengisar cili masukkan sedikit minyak masak dan air serta sedikit garam.Biji cili akan terasing dan akan tahan lebih lama maka bolehlah lebihan yg tidak digunakan disimpan didalam peti sejuk.

***Biasanya kita sebagai surirumah blender banyak2 cili kering nih sikit supaya senang bila nak gunakan cili kering di lain waktu..sudah tersedia pasti lebih memudahkan kerja2 di dapur.Boleh juga dimasak atas dapur selepas diblender lagi tahan lama..kadang buat juga begitu untuk mempercepatkan proses masak memasak di lain hari..nak2 time busy sedikit...apa kata kita kreatifkan diri di dapur agar kerja lebih senang dan cepat!!!

Sunday, August 15, 2010

Popia Udang Marak Hill

Dibuat utk berbuka semlm(menghabiskan kulit popia)...favourite anak2..sekejap ada..sekejap dah ilang!!!

*Hidangan 3-5 orang*
Bahan-Bahannya :
15 ekor udang besar yang sederhana saiz dibuang kulit dan dipotong kecil2(boleh gantikan dgn ayam or dgg kisar)
Kulit popia - 15 keping sederhana besar
1/2 biji carrot sederhana saiz}potong memanjang dan halus
1/2 biji timun sederhana saiz }potong memanjang dan halus
lada sulah secukup rasa
sedikit sahaja garam
3 s/b sos tiram
1-2 ulas bawang putih
2 s/b tpg gandum or ubi or tpg jagung +sedikit air sebagai bahan pelekat(lebihan boleh masukkan dlm sos)
optinonal utk pelekat (guna putih telur pun ok)

Cara membuatnya:
1)Tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan udang,sos tiram,lada sulah,carrot dan masak sekejap.
2)Buka kepingan kulit popia satu2,
isikan bahan tumisan diatas serta timun.
3)Lipat dan gulung kulit popia dan sapukan bancuhan tepung untuk
menjadi gam.
4)Boleh digoreng dgn api sederhana dan dihidang dgn sos .

Sos Segera Marak Hill:
(Jika tiada Sos Cili Thai maka boleh dicuba buat sendiri sos...insya-allah memikat rasa) :
3 s/b chilli sauce +2 s/b sos tomato +1-2 s/b kicap pekat manis(nak hitam tambah lebih) +1/2 kpg gula melaka,sedikit bijan hitam atau kuning mengikut kesukaan} +  lebihan bancuhan tpg gam tadi boleh dimasukkan utk memekatkan kuah dimasak hingga mendidih...lebih sedap dan terangkat dari sos yg dibeli atau dijual dipasar2 malam ,insya-allah!!!