Nak kongsikan satu resepi dari buku breadmakerku hadiah dari kekanda masa di bumi orang..masa tu tak silap di tanah Beppu,Pulau Kyushu... maybe tahun 2006(kena selak balik diari rantauan)...yang diterjemahkan dari bahasa Jepun ke versi bahasa kita...untuk memudahkan cara....dulu2 tersangat rajin kat negara orang membuat donut ini(hoho nampaknya masuk lif tekan naik atas sendiri kejap)....antara koleksi resepi yang paling kusuka dari dulu hingga kini dan insya-allah selamanya...bukan apa..banyak sebabnya...dah jatuh cinta dengan rasa,kelembutannya...huhu...boleh ke jatuh cinta ngan resepi masakan???
Antara sebab boleh terjatuh cintaaa "rasa" pertama...
- Antara yg paling best dari segi rasa malahan kelembutannya yang gebuuuu...
- Resepinya pun simple sahaja...bahannya senang aje...biasa ada dalam stok!!!
- Pastu boleh campak aje kat dalam b/maker...ada org tolong ulikan mana x best kan..kan!!!
foto kenangan donut Chendana..nama glamour kat jepun you...terutama kat forum Dmoshi2!!!
Bahan2nya:
***boleh menghasilkan 18-20 biji donut utk saiz sederhana
400 g tepung gandum
5 sudu besar gula
2 sudu kecil yis segera
1 1/2 sudu kecik garam
2 sudu besar susu tepung(skim milk)atau jika tiada boleh gantikan 2 s/b susu pekat
60 gm butter(lebih sedap)
sebiji telur(saiz M)
190 ml air suam(suhu sekitar 35 darjah celsius)
tersangatttt lembut hingga susah nak bentuknya cantik2...
- Masukkan yis dulu,diikuti gula,tepung baru garam,susu tepung,butter,telur dan air suam.
- Tekanlah ikut menu kat b/maker(HANYA 1 1/2 jam).(kalau uli manual proses sekurang2nya 2-3 jam hingga kembang)
- Ambil adunan dari b/maker yang telah siap diuli itu. Uli sekejap dan terus dicanai agak2 ketebalannya 1 1/2-2 cm mengikut pilihan ketebalan dan diterap menggunakan pencetak donut yg di tepungkan terlebih dulu.Loyang juga perlu disapu tepung juga untuk mengelakkan donut melekat apabila disusun.
Boleh pelbagaikan saiz jika suka so kena ada pencetak donut pelbagai saiz la ye...hati2 sebab doh ini terlalu lembuttttt untuk mendapat bentuk yang memuaskan!!!
Biarkan 1/2 -1 jam dan paling elok diletak ditempat tertutup biar mengembang elok(saya simpan dalam oven besar yang memuatkan 2 loyang saiz 12 inci sebelah menyebelah)dan selepas itu boleh digoreng dgn api sederhana.Angkat dan sejatkan minyaknya.
buat 2 jenis topping...
Topping bergula:
Masukkan donut tadi dalam plastik yg diisi gula halus untuk lebih praktikal.Kocok2kan supaya kesemuanya bersalut...dapat idea menarik ini resepi membuat Snow Ball dari Kak Hani Yokohama.Siapppp dan boleh dihidang panas2 gitu.
Yang ini kesukaan anak2..dorang turut sama menghias!!!
Topping Coklat/Strawberry/Dll:
Double boiled coklat masakan pilihan anda...biarkan suam2 kuku...dan celupkan donut sepenuhnya menggunakan penyepit...kemudian susun dalam loyang...hiaskan mengikut kreativiti anda....kemudian sejukkan sekejap sahaja...dalam 3-5 minit dalam peti ais bahagian frozen(idea yg kuguna bila pernah belajar membuat cookies Fancy Aiskrim).
***yang coklat hanya gunakan campuran serbuk coklat beserta bahan lain aje so kurang memuaskan toppingnya jadi tak berapa nak beku...pastikan gunakan coklat bar utk hasil yang baik.
Sekian cerita ceriti tentang cik donut idaman hatiku sekeluarga sejak dari dulu,kini dan selamanya...insya-allah berbaloi mencubanya!!!
Saya dah cuba resepi donut awak...memang lembuttt.... sedapppp.... tapi gaul ngan gula jek... coklat dah abis :) Time kasih ekkk...
ReplyDeletealhamdulillah jika begitu....tq kembali kerana ingin mencuba ya!!!
ReplyDelete