Ok kalau berdasarkan dari pengalaman makan2 di restoran Indonesia contoh WONG SOLO di Seksyen 9 Bangi(paling sedap setakat inilah) dan Restoran Ayam Penyet Seksyen 15... rasanya dah ada iras2 dan namun kualiti masih kurang al maklum first time...mungkin juga resepi tidak dinyatakan detail stepnya dan mungkin juga berbeda sedikit bahan2nya...kalau begitu lain kali akan ku cari/gali/timba lagi resepi ayam terpenyet yg lain pula di masa akan datang...biar dapat yang menyangkut di hati baru ok dan berpuas hati!
lakuuuu walau mutuuuu rasa kena perbaiki..sekor masih x cukup!!! |
***Resepi ini diubah suai sedikit kerana sukatan yg diberi HANYA utk 1 ketul ayam...dan yg mana sukatan rasa tak logik macam terlebih...dikurangkan dan sukatan bahan ditokok tambah ikut citarasa sendiri juga dari secebis pengalaman masak memasak....ampunnn!!!
Bahan A:
1 ekor ayam kg dipotong 4 atau ikut rasa
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
30 gm buah keras
30 gm ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit air
-Bahan A ditumbuk halus lalu digaul sebati dan dikukus dan ketepikan.
Bahan B:
8 ulas bawang putih-racik halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
sedikit minyak utk menggoreng
-panaskan sedikit minyak utk menumis bawang putih hingga wangi,pastu masukkan bersama telur serta serbuk kunyit.Masukkan ayam kukus dan gaul rata. Goreng pula dalam kuali hingga garing dan masak(campuran telur menjadikan ada kerak2 sedikit hitam bila digoreng)
***ikut pendapat lebih elok ditambah bredcrumb utk menjadikan ayam ranggup dan telur dijadikan sebagai celupan sahaja pada ayam...next time boleh praktikkan begitu berdsrkan satu lagi pemerhatian dlm edisi masakan bersama Pak Engku dalam WHI baru2 ini...resepi x sempat nak menyalin...tapi ada tambahan kari Babas jika tak tersilap ingatan...huhu.
Bahan Sambal Penyet:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
-Tumbuk semua bahan hingga lumat.
Bahan Sampingan(optional dan boleh digabungkan citarasa):
Tauhu goreng,tempe goreng,hirisan timun,kangkung dicelur dan kuah kacang.
p/s:untuk warga Bangi,Kajang or Putrajaya...boleh hubungi saya 013-6406625 utk stok ayam kg yg pasti lebih murahhhhhh ...promote bisnes gitu...saya bukan ALONGGG tapi sambil2 saya mau tolong kawannn maaaaa!!!
Sekian.Ada berani yg mahu cuba???
No comments:
Post a Comment