Datang menyimpan resepi di sini sebab suka dengan aroma buah ini....tergoda dari cerita ceriti & tgk foto dari FP Kak Rusnah....sedang elok Cik Sayang Dew ada stok lebihan yg makan2...dapat lak yg manis tak usah citer sedapnya...lagi2 buah ini peberet sefamili gitu....terus esoknya masuk lab untuk first eksperimen....
Alhamdulilah berjaya walau resepi dah alter sebab ikut pengalaman cetekku jika membuat agar2 utk berat 30 gm lebih tu boleh tambah sukatan air ...nak kata lembik sangat mahu pun keras sangat pun tidak...M.John kata "just nice...hehe...dan seperti yg dijangka mendapat sambutan hangat...sampai ada org cari hari ke-3...mana ada...hari baik bulan baik baik bagi kat jiran2 untuk turut sama merasa..kan..kan.
Resepi Puding Sayang Dewww Mai Own Versi:
***guna sukatan metrik air 250 ml =secawan
-6 cawan air(masak dengan agar2)-33-35 gm agar2 tali(direndam dalam sejam)
-400 gm honey dew(kisar bersama 1 cawan air serta gula)
-1 cawan susu cair(yg lebihnya jadikan utk ala2 topping plus 1-2s/b susu pekat)
-1 cawan susu pekat(dah kurangkan sukatannya dr asal)
-1/2 cawan gula(boleh sesuaikan ikut rasa)
-2 heali pandan utk dimasak bersama agar2
-100gm honey dew dipotong berkiub utk hiasan
-sedikit pewarna hijau epal @pandan paste(guna yg ini sebab stok habis)
Cara memasak:
-Masak agar2 hingga hancur dengan pandan untuk aroma wangi.-Bila mendidih masukan susu pekat,susu cair dan honey dew serta pewarna dan kacau sekejap dan boleh ditutup api.
-Tapiskan utk lebih halus tekstur.
-Boleh disejukkan dalam 4 jam keatas dan siap boleh dimakan..utk rasa lebih sedapppp & nyamannn simpan dalam peti dan tuangkan lebihan susu cair juga kiub2x honey dewwww!!!
"SELAMAT MENCUBA...MASIH TERINGAT2x HARUM BAUMUUUUU CIK SAYANG DEWWWW"
No comments:
Post a Comment