Pinjam kat SAJI ONLINE... |
untuk dibuat kenang2an...seribu kali sayang anakanda tak ambil masa tgh beraksi!!! |
Rasa cam lama tak bersiaran..sampai ada peminat tercari2 kat fesbuk...ampun Tiey si tokei kuih muih yg berjaya kat PJ tuh...ini ceritanya...memang ye pun sibuk yg dicari pulak tuh...memang ye pun tak update lama blog...eh buat konon2 tak ingat...entah sibuk kan aper...sikecik yg perlukan perhatian sekarang tak dinafikan...biarkan dulu bersusun dalam kepala nak update cerita memasak...kena hold dulu cerita pasal TART NENAS "BENCINTA"...ada jugak..ada sebab-musababnya dpt nama cengitu.Entah bila la pulak bolehku bercerita...huhu
Pagi ini kiranya nak berkongsi cerita hangat dan belum basi sebab baru terjadi semalam.Diriku beraksi konon2x cam terer sgt kat "PENCARIAN CHEF SAJI & REMPAH MAK DARA"@SACC MALL yang first time ku jejakkkan kaki bersama kekanda dan anakanda2x...kalau tak belum sampai agaknya ke situ..klu takde hal penting sangat ..memang tak kuasa nak ke sana.
Masa dok Bangi lagi dok tgk2 borang penyertaan kat majalah peberet SAJI...tp masa itew sibuk nak pindah...buat2 lupa kejap..dah pindah ada lagi borang kuar...why not...tak dapat ditahan2 kesabaran...rasa teruja nak cari pengalaman...terus minta izin kekanda dulu...dan minta dia buat bayaran online sebanyak RM35 sbb guna transfer online via MBB...selamat kiranya berdaftar...dan siap fax utk sahkan pendaftaran.
Kira seram2x sejuk pulak nak masuk bertanding bila masa makin dekat...dah la rasa nak demam2 sebab minggu sudah sibuk buat majlis makan2 utk jiran2 terdekat dan kawan2 rapat yang mampu diundang setakat ini....menu dalam 30 org lebih jugak la....ngan anak kecik nih masak bersambung2x...sudahnya selesai boleh sakit badan... sampai nak demam jadi seram-sejuk...tapi lega misi accomplished...niat termakbul nak panggil jiran dan berkenal2an kan dah baru pindah..menu sumer buat sendiri baru puas hati...NASI DAGANG 2(DEKAT 3 KG) VERSI,LAUK KARI AYAM(HAMPIR 3 EKOR),SAMBAL NYOR,KUAH ROJAK BUAH(1.8KG..YG NI PUN BOLEH SAPA2 NAK TEMPAH MULAI SEKARANG SBB DPT RESEPI ORG BERNIAGA) SERTA GENGNYA,3 LOYANG KEK COKLAT MOIST,2 PAKET BEEHON GORENG ALA SINGAPORE,TART NENAS BENCINTA(ada ka pertama kali buat... jiran sebelah rumah India terus nak tempah utk Deepavali..dok puji2 katanya sedap sgt..kang dpt FREE jek..hehe..rasa x percaya kan..kan.kan dah cubit boleh tak caya2x lagi..terharu pun ada..blur n terkebil2 mata pun ya jugak masa dia ckp nak tempah n siap tanya harga..hoho...versi masih tak kupercaya),CORNFLAKES MADU LURZA DLL KEREPEK(citer later2 la..simpan lagi).
Berbalik topik utama...misi pertama nak cari secebis pengalaman dengan sokongan moral En.Suami...tq beri2x much dari sewal jam 10 terpacak konon on time... banyak pengalaman dan pelajaran berguna...ada nak komen sikit dari segi masa... memang kena banyak pihak penganjur titik beratkan...kehadirna kena sehari sebelum pastikan yg mana boleh hadir...byk temapt kosng jugak...waktu beraksi kesian kat peserta2x la kan dah la kelaparan start waktu org makan2...dapatlah ngap sosej ngna burger sedikit...patutnya puncual la skit...masa memasak seperti tidak dittiik beratkan asyik berganjak2x...kurang ketelitian dari pihak penganjur boleh diperbaiki(jangan marah yer..ampunnn)..ada peserta pulak spt ada yg menyelit bawa rempah tambahan...dari segi masa mcm banyak terbazir tapi cuma boleh isi relax2kan minda...ronda lak kejap tgk apa yg ada...yang diriku dpt belajar dari segi timing masa...teknik mengubah hidangan dari yg terer2x...ada ala2 chef pun masuk jugak mana boleh chalengge skil deko dorang...yang tokei2 restoran pun beraksi jugak...tak aci la pulak klu nak tunjuk skill dengan geng suri2x rumah jek...ermm nak buat cemana...takde peraturan ketat pun...ada yg terover menghias pun ada juga gayanya....ada yg bijaksana dan bagus sekali ideanya...pendekata macam2 ada pro n kontra...yg paling terhibur pengacara...MAYA ada sorang pengacara laki lupa lak nama pun ok jugak...HAIZA DAG DIG DUG pun ada walau di saat2 akhir...dan yang paling mengancam....tenguklah hadiah TERSAJI pun boleh tahan jugak klu jadi masuk final utk JUARA,NAIB JUARA & TEMPAT KE-3.
Tahniah untuk pememangnya seorang wanita..klu tak silap dari Lunas Kedah...sanggup turun padang bertungkus lumus ke sini dan masuk bertanding kiranya berbelas2 kali dah...memang patut jadi hak miliknya...tgk sebak masa dpt hadiah..setinggi2 tahniah kakkkkkk....kiranya lepas bertanding terus nak zupppp balik Kedah dalam sejam lebih lagi dah beli tiket bas kot rasa2nya!!! Tempat kedua dan ketiga tuah berpihak milik lelaki nampaknya yg tak kurang hebat...dah ada kedai makan kat China tu kiranya dah otai bab masak memasak kan...kan...
Tapi yang penting bagiku pula misi memburu impian ku yang pertama kalinya terlaksana...insya-allah akan memburu lagi di masa2 akan datang jika ada rezeki....tak sabar tunggu keluaran saji akan datang...dapat la sedikit hadiah 1 beg dari UTUSAN KARYA dll penaja...yg penting dapat SIJIL PENYERTAAN,majalah yg sama dengan kupunya..huhu...,hadiah lain spt 4 kotak REMPAH MAK DARA,1 pinggan melamine,mug dari MAK DARA.COM,2 paket tisu,apron,poise punya barang2... yang penting 3 langganan free MAJALAH SAJI ....akan kutunggu untuk cerita-ceriti aksi memasak semalam!!!!
Apa yg penting dapat SIJIL PENYERTAAN kan..kan..misi mengumpul koleksi akan bermula!! |
Boleh tahan letihnya dari ke pagi bersiap2 dgn barang2 kelengkapan memasak untuk dibawa dan bertolak sekitar jam 9 pagi...selesai sudah bertanding... terkocoh2 pulak nak berkemas pulang...hampir jam 6 ptg lebih baru sampai depan rumah...berkungfu nak menyental bekas2x..pinggan2x,periuk2x,(sib baik ada org volunteer berkongsi menyental) bersambung lak masak utk mkn2 malam...NASI MENTEGA PELANGI PETANG DE SEMENYIH yg masuk bertanding dah siap di masak pun...daging masak hitam yg belen semalam masih ada...PUYUH GOLEKKU YG MASUK BERTANDING dah habis kat sana...idea segera yg ada dalam kepala...tinggal nak buat ayam goreng berempah segera n salad sayur...itulah cerita chef dari dapur yg tak sudah2x....ok la tutup cerita sehingga di sini.
Jom la tgk berita selebihnya yg kuar kat UTUSAN MELAYU...yg foto sendiri tersadai lagi bila nak upload daaaaa....:
Pencarian Chef Saji
MASAKAN yang dimasak dengan ramuan kasih sayang dan ikhlas akan menghasilkan aroma dan rasa yang enak.
Itu antara petua yang akan dicari padan program Pencarian Chef Saji & Rempah Mak Dara 2011 anjuran Majalah Saji terbitan Utusan Karya yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Utusan.
Program yang berbentuk realiti itu mendapat tajaan utama sebanyak RM100,000 dari syarikat Jamu Mak Dara, selain penaja-penaja lain seperti Plus & Plus Travel & Tours, Kinowell Healthy Kitchen, China Pottery, Ayamas dan Kitchen Studio.
Menurut Penolong Pengarang Majalah Saji, Nur Aishah Ismail, Pencarian Chef Saji & Mak Dara terbuka kepada semua pembaca majalah Saji di lapan lokasi terpilih iaitu Melaka, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Shah Alam dan Pahang.
"Pencarian ini akan bermula pada 17 April di Mahkota Prade, Melaka dan akan berakhir pada bulan November di SACC Mall, Shah Alam Selangor.
"Hanya 50 peserta sahaja akan dipilih di lapan lokasi terpilih. Peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 setiap seorang.
"Mereka akan menerima langganan percuma majalah Saji selama tiga bulan dan set produk masakan Rempah Mak Dara.
"Pertandingan ini mewajibkan setiap peserta menyediakan dua jenis masakan berasaskan lauk-pauk dan nasi menggunakan rempah Mak Dara," katanya.
Menurutnya lagi, pemenang di setiap lokasi akan menerima wang tunai sebanyak RM500, RM300 dan RM150.
Manakala pemenang tempat pertama peringkat akhir akan menerima RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,500.
Peserta pertandingan ini akan dinilai oleh juri professional seperti Chef Sabri Hassan, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Amer, Chef Kamarul dan juga Chef Zaidah.
Menurut Chef Sabri Hassan, peserta akan dinilai berdasarkan pelbagai aspek, antaranya kebersihan, aroma rasa makanan dan kelainan bentuk tata rias yang dipamerkan.
Setiap pemenang juga akan menerima hadiah sampingan berupa trofi, pakej percutian tiga hari dua malam, pakej kelas memasak dan hamper.
Sementara itu syarikat Jamu Mak Dara yang terkenal dengan produk Jamu Mak Dara hasil ramuan tersendiri pengasasnya, Ibu Halimah Shuib, kini turut mengeluarkan produk terbaru iaitu Rempah Mak Dara.
Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Muhamad Ghadaffi Syed Ali menjelaskan, rempah Jamu Mak Dara istimewa kerana hampir 30 jenis rempah digunakan dalam ramuan ini.
Katanya, terdapat empat produk rempah Jamu Mak Dara yang dipasarkan iaitu Rempah kari ikan, udang dan ketam, Rempah kari ayam dan daging, Rempah briyani, dan kurma ayam dan daging.
Mengenai program tersebut, Muhammad Ghaddafi berharap ia dapat mencungkil pelapis-pelapis baru dalam dunia masakan.
"Konsep pencarian ini adalah berbentuk realiti. Dimana 16 peserta akhir yang terpilih akan memasuki kelas intensif selama sehari bersama Ibu Halimah," katanya.
No comments:
Post a Comment