Monday, July 15, 2013

Menu 3,4,5,6 Ramadan 2013

Salam pagi Selasa...

Tuan tanah mula sibuk pada hujung minggu lepas disebabkan memenuhi permintaan menghantar stok susu kurus 4 tin ke Hulu Selangor menapak gara2 takut perkhodmatan poslaju kurang laju & customer nak balik ke Mesir Ahad jadi tekad pi hantar sendiri sampai kerumah customer...pagi2 Sabtu sudah jalan2 cari rezeki manakala Ahadnya appointment jumpa ahli baru aka kawan lama yang baru balik dari UK & nak join ahli dah separuh hari...memang tak sempat nak jengok blogku...petang dah aktiviti masak memasak.

Jadi kira longgokkan menulah jadinya...huhu orang rajin nak wat camne..janji kongsi juga kan..kan...

Menu 3 Ramadan:
Hahaha makcik sampai lupa dah masak apa..tu ler lewat nak share sangat...jgk mukabuku dulu..semau ada di situ...huhu.Ok dah ingat sebab chek..menu baru yang dicuba Dendeng Kering...rasa not bad cuma tang cili kena goreng sekejap je.

Sup Tulang,Dendeng Kering,Cempedak Goreng,Roti John,Samosa,Budu & Ulam Timun

Tambah cili merah utk tambah pedas & tambah seri wajah(tiada dlm resepi)
Menu 4 Ramadan:
Nampaknya banyak menu sebab ada belen lauk semalam..memang cuba bersederhana aje makan.
  1. Senangin Masak Lemak Kuning
  2. Kerabu Bilis & Pauh Simple(menu baru)
  3. Ikan Goreng Selar Tabur Bawang
  4. Popia Chikylicious SSHKC
  5. Tembikai
 
 
Menu 5 Ramadan:
  1. Ayam Masak Madu
  2. Dalca Ayam
  3. Roll kek Tesco
  4. *Yang lain jiran bagi bihun goreng...Alhamdulillah sepinggan besar sampai sahur boleh mkn.
     
Resepi mudah peberet Kak Ngah..dia request!!!

Bahannya:
Sebiji bawang besar-tumis
Sedikit sos tiram
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
sedikit garam
1-2 sudu besar madu
Menu 6 Ramadan:
  1. Senangin Masak Merah
  2. Kubis Goreng Kunyit
  3. Selar Goreng
  4. Onde2 Bonda Original Pandan(hari ini buat jualan kat Bazar Ramadan)
  5.  
    *Yang lain Dalca ada lagi pastu jiran bagi lauk ayam..hehe jimat takyah masak.Pastu bagi laluan sebab nak cuba promosi Onde2 Bonda...so menguli 2 paket bermula jam 2...hampir 2 jam nak siapkan juga.
     
    Tq my neighbour Kas...bagi ruang dan peluang tumpang letak semalam kat Bazar Ramadan Taman Pelangi Semenyih(gerainya hanya jual samosa,landmark dekat iklan CELCOM terpampang kat TESCO so kita meriahkan sama) & bestnya semlm laku habis cubaan 10 pack...risau gak tgk ramai meniaga Onde2 tapi kelainanku punya mmg NO ARTIFICIAL FLAVOUR...DIJAMIN FRESH..siap hampir kul 4...dan2 terus bagi Kas bawa ke gerainya...panas2 katanya...hehe!!! 
     
    Harga promosi Rm2/12 pcs..saiz agak besar!!!!
     
    
    10 paket cubaan hari pertama...Alhamdulillah SOLD OUT!!!
    
     
    Ok sekian untuk lewat beberapa hari laporan dari dapur SSHKC...terpaksa off masa begitu mencemburui daku kala ini.
     

No comments:

Post a Comment