Monday, January 11, 2010

Jualan pertamaku

Kedai pertama tempat kuberniaga untuk  strategi promosi!!!

Sejak 31 Oktober 2009 lalu cuba2 nasib membuka gerai jualan di Port Aroma, Seri Kembangan.Alhamdulillah dapat feedback yang amat2 positif dari setiap pelanggan yang datang...baik kawan2 yang memberi sokongan mahupun pelanggan baru nak merasa.Terima kasih semua.....i luv u all!!!


Teringat kisah dulu2...sewaktu di Jepun bila ada saja gathering potluck atau open house...kawan2 amat menggemari menu ini.

Dari yang tak suka...sudah jatuh cinta...
Dari yang tak tahu cara nak makan...amboi dah tahu cara nak makan...siap tamboh budu gitu!!!

Dari yang tidak tahu memasak nasi ini.... begitu berminat belajar mendalami resepi idaman ini!!!

Itu kisah dulu2...memori manis di tempat orang yang membuat kita "TERPAKSA" belajar memasak....adaptasi hidup...untuk survival..kearah kebaikan pastinya...sebab tak boleh lagi "tunjuk2" kat food kan!!!


Cuma mungkin disebabkan kedai adik iparku bukan tempat laluan....pelanggan memang kurang terutama sebelah pagi......atau diriku sendiri pun masih kurang mempromosikan...nak2 pulak berniaga nasi buat masa ini terhad hanya dihujung minggu...kadang terpaksa on off juga sebab2 urusan yang tidak dapat dielakkan...membuatku terpaksa berbuat sesuatu...kembangkan idea2 yang baru.


Semangat nak berniaga masih membara...apatah lagi dapat pujian....pernah dapat tempahan 10 bungkus nasi berharga RM6 sebungkus(yang ini 4 mata lauk) ikut citarasa pelanggan...alhamdulillah kira satu bonus!!! Tq En.Fauzi aka kawan hubby yang pernah datang menjamu selera di Port Aroma dan memberi kepercayaan untuk tempahan kali pertama itu....


Maka terhasillah blog khas mengambil nama sempena kampung tercinta ini untuk mereka terutama rakyat Qlate atau sesiapa saja peminat makanan Pantai Timur di luar sana yang ingin menikmati nasi 3 beradik ini.Atau mungkin kepada mereka yang tidak pernah mencuba...dialu2kan untuk merasai kelazatan hidangan nasi bungkus ini.Oleh kerana disebabkan aku anak kelahiran Bukit Marak...tanah tumpah darahku....terkisahlah NASI KERABU BUKIT MARAK untuk projek pertamaku!!!

Rentetan itu aneka nasi2 jenis lain mungkin juga akan dipopularkan suatu hari nanti...dan banyak projek susulan yang dalam perancangan pasti akan diwar2kan sedikit masa lagi.

Oh ya....mungkin ada tertanya2...kenapa aku namakan Nasi 3 Beradik..insya-allah dalam entry selanjutnya akan dikisahkan!!!



Sekian mukadimah pembuka cerita untuk hari ini sempena tahun baru dengan segenggam azam...untuk menggapai impian.Moga memberiku sinar dan ilham untuk mulakan bisnes secara online....dek begitu banyak sebab terciptanya blog bisnes ini...yang semuanya lebih berkisar tentnag makanan dari Negeri Che Siti Wan Kembang.


Ambo minta diri dulu...



No comments:

Post a Comment