Assalamualaikum....
Kredit to:http://qhairul-nizam.blogspot.com
Dalam menyambut lebaran yang mulia ini, pasti ramai yang berpusu-pusu menyediakan persiapan hari raya, menyediakan pakaian, hiasan rumah tak kurang jugak yang menyediakan juadah kueh raya.
Namun apa yang menyedihkan terdapat beberapa berita yang kurang enak didengar, dari hari kehari banyak pulak produk dan barang makanan disahkan tidak halal, sijil halal ditarik, yang diraguinnya kenapa bukan sebelum diberi sijil halal, tidak disiasat betul status halal sesuatu produk. Kita sebagai pembeli kadang-kadang kecewa akan tindakan yang lambat ini, Agak-agak berapa banyak lagi status produk makanan yang diragui?.
Berikut, Mengikut daripada sumber berita, dan JAKIM ia mengesahkan jenama minyak sapi berikut adalah tidak halal.
KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.
Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.
Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.
Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.
Nota kaki:
1)http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MinyaksapijenamaQBBPureGheetidakhalal/Article
rasanya dh disahkan halal semula oleh Jakim..
ReplyDeletehttp://www.mmail.com.my/content/54799-jakim-confirms-qbb-ghee-halal
ye ke kak...naik takut la pulak kenapa tiba2 boleh sah kalau dulu tak sah...huhuhu
ReplyDelete