Saturday, November 20, 2010

Mee Rebus Tokwan

Assalamualaikum...

Resepi berguru dari mak mertua...ala2 Utara gitu...bahannya amatlah banyak kalau betul2 punya resepi yang asli!!!Dibuat masa Aidiladha baru2 ini untuk hidangan tenghari sampai ke malam utk makan kecil2an...bolehlah 12-15 orang!

Bahan-bahan:
***untuk hidangan 12-15 orang (boleh lebih actually)

4 paket mee kuning(400gmX4=1.6kg)-celur sekejap sahaja
















Bahan untuk kuahnya:

½kg  kilo @4 biji saiz sederhana ubi keledek merah yg baru(rebus & blender dgn 4-5 liter air)
1/2 botol  tomato sos saiz kecil
½ botol sos chili saiz kecil
1 bowl cili kering mesin (ikut suka pedas) 
1/2 kg daging lembu (potong kecil2 & rebus sekali.boleh letak asing)
100gm/1 biji bawang besar-blender
15 biji bawang merah-blender
3 ulas bawang putih-blender
1 buku halia-blender
sedikit minyak masak utk menumis
air rebusan udang dan sotong
1 genggam udang kering-sangai-blender(boleh letakkan bahagian dressing)
1 paket fish cake-hiris nipis2(boleh letak bahagian dressing)
sedikit garam(gula tidak perlu dah rasa manis daging dan keledek)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,bawang besar , cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  2. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. Bubuh garam, ,sos tomato dan sos cili. 
  3. Masukkan daging potong  dan masak hingga daging lembut dan masukkan air rebusan udang dan sotong juga potongan fish cake. 
  4. Biarkan mendidih dan mereneh agak lama dan siap untuk di hidang dan dimakan.....


Bahan sayuran/Dressing(15+++bahan2nya):

1 ikat sawi-celur(asing batang dan daun)
200 gm Taugeh - celur 
Sedikit daun bawang dan ketumbar - hiris nipis
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
4 biji Kentang rebus saiz sederhana-dihiris nipis2 
5 biji cili merah - dihiris nipis
Tomato-hiris nipis2 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua/hiris nipis2 
8 biji telur rebus - belah dua/slices
Udang-direbus sekejap(boleh potong or seekor)
sotong-direbus sekejap(potong halus)
Bawang goreng 

Bolehlah dihidangkan panas2 untuk sepinggan hidangan..letak mee,ambil serba sedikit dressing dan akhiri dengan kuah yang banyak untuk lebih terasa sedapppnya k...

p/s:bila bahan2 banyak digunakan MAKA kosnya agak tinggi TAPI lagik sedappp!!!

No comments:

Post a Comment