Mungkin sesetengah orang berlainan cara memasak...basic mungkin kita sudah tau tapi nak tambahkan skil bagi menyedapkan lagi anak tekak...ari tu masak utk birthday anakanda sampai jiran yang dijemput...tanya apakah rahsianya itewww...dok pikir2...rasanya biasa2 aje mungkin style dan teknik masakan membezakan...sebab hobi suka search sana.. sini.. sinun korek2 ilmu..baca majalah masakan...jgk blog resepi...so terhasil kombinasi idea yg digarapkan sendiri!!! Apapun maghilah tenguk kot2 ada lain sedikit cara memasak,bahan2 yg digunakan atau segalanya.....jommmmmmmm layannnnnnn!!!
Resepi:
500 gm spageti direbus(air dipanaskan dahulu hingga mendidih kemudian campur sedikit minyak semasa merebus dan ikut panduan masa seperti di paket)
***sesuai gitu makan utk pagi dan merangkap tengahari sekaligus sebab anakanda sangat2 suka mkn(2 dewasa 3 kanak2...sederhana makan)***
Kuahnya:
500 gm daging kisar(daging digoreng siap dengan sedikit minyak sebentar)
1 botol sos spageti jenama KIMBALL 350 gm(ikut pilihan sama suka yg ada tradisional/cendawan)
3 sudu besar minyak zaitun(paling sedap melainkan takde stok boleh minyak biasa)
4 ulas bawang putih-potong halus
2 labu bawang besar(yg kuning-dipotong dadu)
2 biji tomato agak besar-potong dadu
sedikit lada sulah dan lada hitam jika suka
1/2 cawan mix vege@carrot dipotong dadu(optional)
sedikit cili sos
garam dan sedikit gula sahaja
keju parmesan untuk last sekali tabur bila masak
1 helai daun bay
sedikit mix herba(boleh ganti oregano dan campurkan basil)
sedikit air bergantung kesukaan kepekatan(biasanya dimasak agak pekat biar spageti melekat dgn kuah)
sedikit daun parsli utk hiasan jika mau mencantikkan hidangan....
Cara Memasak:
1)Tumiskan bawang putih hingga wangi pastu masukkan bawang besar sekejap baru masukkan daging yg digoreng dan biarkan agak2 wangi,
2)Selepas itu masukkan tomato juga sos spageti dan sedikit air biarkan mereneh agak2 kuah pekat. Masukkan daun bay,mix herba,mix vege , cili sos juga lada sulah dan rasakan garam serta gula.
3)Daun bay perlu diangkat bila selesai memasak kerana rasanya agak kuat jika dibiarkan lama2..tip ini penting juga.
4)Hidangkan dalam bekas dan bolehlah taburkan serbuk keju di atas hidangan dgn hiasan sedikit parsli.....selamat merasaaaa...ok ke tak ok???
p/s:nanti untuk yang mencuba boleh tinggalkan jejak/komen/feedback k...terima kasih!
No comments:
Post a Comment