Tuesday, May 31, 2011

Resepi sebelum terpindah!!!

Assalamualaikum...

Last resepi dari Bandar baru bangi sebelum keterpindah ke Taman Pelangi Semenyih...alhamdulillah setelah 12 tahun berumah tangga akhirnya impian memiliki kediaman dengan suami tercinta serta 4 anaknda termakbul...syukur kepadaMu...Ya-Allah!

Lagik2 kek coklat yang sedap...dibuat sebab anaknda request utk dibawa ke sekolah KAFA...ustazahnya nak buat sedikit majlis untuknya. Feedback yg diterima sedap...mengalahkan kek satu lagi yang diorder oleh ustazahnya. Oklah tuh...boleh dibuat resepi berniaga...didoublekan sebab mesti ada 2 loyang...untuk Kak Chik kalau tak haruuuuu!!!

Memandangkan mixer dah selamat dibungkus so cari2 resepi yg tanpa guna mixer ajelah gayanya!!!

KEK COKLAT MOIST 
Sumber: Mamawandiha Fp

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.


Babai dan sekian untuk posting dari Bangi..huhu sob dan syahdu jugok sebab 4 tahun bertapa kat situ dan rumah paling lama didiami!!!

No comments:

Post a Comment