Tuesday, November 9, 2010

Nasi Dagang Putri Saadong

Salam pagi Rabu...

Hari ini dok belek2 resepi..rupanya belum ada entry nasi dagang so apa kata kita jamu mata dan jangan lupa mencuba keenakan nasi dari Pantai Timur ini khas untuk peminatnya....cuba jangan tak cuba pulak!!!

Nama Putri Saadong diambil sempena daerah kelahiranku BUKIT MARAK(yang tercatat dalam sejarah negeri Kelate) yg sinonim dan diketahui salah satu tempat Tuan Puteri ini dikatakan bertakhta buat terakhir kalinya(bukit tempatku selalu melawat waktu kecik2 dulu2..kira pusat pelancungan juga sebab Sultan pun juga melawat tempat tinggalan sejarah ini yg ada seperti air kolam tempatnya mandi manda,batu seperti pinggan tersusun,)....boleh klik ini untuk cerita sejarah TUAN PUTERI SAADONG!!!

Dan siri sambungannya DI SINI dan pada 8 Jun2010 dikatakan kerabatnya keturunan ke-7 iaitu  Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali dihebohkankan oleh media cetak sebagai pewaris PUTERI SAADONG di dalam UTUSAN MELAYU!!!

Dalam kita tidak lupa pada asal usul sejarah negeri janganlah kita lupa juga kepada makanan tradisi yang perlu dimartabatkan agak tidak dilupa dek generasi muda dan sentiasa kekal di hati...caranya dengan selalu memasak walau di mana sekalipun kita berada jauh dirantau orang tanpa perlu "tunjuk" kat kedai makan!!!

Jom belek2 resepinya pula ya utk mkn2 saiz keluarga yg kecil....lebih puas memasak sendiri sebenarnya...SEBAB SEMUA SECUKUP RASA!!!
















NASI DAGANG PUTERI SAADONG:
***utk makan 6-8 orang

3 pot beras nasi dagang+1 pot beras pulut
1  biji kelapa( dapatkan santan pekat)bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).
6 ulas bawang merah-dimayang halus2
2 ulas bawang putih-dimayang halus
1inci halia-dimayang halus
sedikit  halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara memasaknya: 

Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 6 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan  baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Untuk lauk pauk pula bermacam2 boleh dijadikan lauknya spt contoh dibawah:

1)Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Aya/Tongkol:
 
1 ekor ikan tongkol yg  saiz besar yg dipotong kecil ,dibersih( direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam)
1 paket santan jadikan 500ml
10 biji bawang merah plus 1 biji bawang besar
3-5 tangkai cili kering ikut suka
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2-3 asam keping
3-5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2 atau potong 2)
Sedikit garam dan gula

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya.

2)BERIANI AYAM KAK LIZA
 
1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara:
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.

Sambal kelapa:

-4 ekor ikan kembong/selayang(dibakar-ambil isi)
-2 batang serai
-8 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

Caranya:
 goreng  tanpa minyak kelapa parut . Bila agak garing angkat ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..
*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

Acar Mentah Seri Chendana:(nama sempena nama glemer kat Jepung)
















Bahannya:
 
1 batang carrot-dipotong panjang dan halus
1 batang timun dipotong panjang agak kasar
1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah
sedikit cuka makan dan garam gula secukup rasa
Sedikit bijan utk hiasan

Caranya:

Masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan cili dan boleh digaul dengan bahan2 yg lain! Baru ditabur bijan untuk hiasan.Sediakan 1-2jam sebelum dimakan agar rasanya sebati. 

p/s:nasi ini selalu jugak dimasak...time raya puasa yg lepas pun sediakan dlm 2 kg utk tamu..kira open house kecil2an aje sebab tuan rumah berbadan dua...dan kena rest tak boleh buat kerja berat buat masa ini atas nasihat doktor.Bila balik Bukit Marak...selalunya beli stok beras utk bekalan dibawa pulang ke Bangi...kalau teringinnn kita masak aje guna bahan2 tanpa kedekut baru sedap tak terkata...nak tunjuk2 pun kurang memenuhi selera gitu!!!

No comments:

Post a Comment