Wednesday, August 21, 2013

Kuah Rojak Buah Bidor Spesel dari SSHKC utk tempahan

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah masuk hari ke-15 Syawal...mood kurang nak berblog..mcm2 hal nak settle...badan mula rasa 'lemau'2x je lepas balik kampung hari tu...on off mood.

Balik kampung cuma  3 hari 2 malam di Sg petani juga 3 hari 2 mlm di Bukit marak...puasssss...memang tak puas sebab letih dalam perjalanan sahaja.

Ingatkan balik kampung raya pertama tidak jammed...Masya Allah jammed juga...raya ke -3 on da way dari Sg Petani-KB... di Tanah Merah pula jammed terlebih sudah hingga 4 jam...tup2 hampir kul 12 mlm sampai ke Bukit Marak....adoilah sungguh letih. Jammed lagi di Kuala Krai 2 jam,kat tol Karak pula penuh sesak nampak lampu kete sepanajng jalan on da way balik Semenyih...kekenyangan makan 'jammed' pelbagai perisa gitu...hohoho.

Balik raya hari itu baru start membuat kuih raya....kuih tunjuk2x yang banyak...cuma buat kuih gunting idaman cik abe sebanyak 1 kg...nasib baik ada assistant...dr pagi sampai ke petang juga nak settle kalau sorang2 tak taulah...pengsan kat dapur gayanya sebab lambat nak mengunting.

Pastu idea mencurah2x nak mulakan jualan/ambil tempahan KUAH ROJAK ISTIMEWA LAGI SPESEL dari biras dari Bidor tapi dah diubahsuai sedikit ikut selera SSHKC & masih lagi dalam proses bereksperimen utk dapatkan formula tetap..so agih2x kat jiran juga kawan opis cik abe untuk merasa...ada yang nak test kuah pun boleh sila roger HOTLINE 013-640 6625(pick up point TESCO SEMENYIH ye)

Apa yang spesel...mestilah sebab utama homemade dari dapur SSHKC(hanya satu kat Malaysia tau),yang lain2 in sha Allah dijamin kesegarannya HALALAN TOYYIBAN gitu(fardhu kifayah ni),orang order baru kita buat ok,lain2x sebab ada KACANG TUMBUK LESUNG BATU tau,BIJAN GORENG...oh la la... tukang2x tumbuk serta seisi famili pun tak jemu makan setiap hari pun ok aje...kuikuikui... lagi satu boleh request nak pedas lebih TANPA BAYAR LEBIH...yang dibuat kini ala sedang2 saja...budak2 pun boleh makan tau.

Cadangan jualan & hidangan:
  1. 1 kg/RM14(hidangan sederhana makan 25-35 orang)
  2. 1.5 kg/RM20(hidangan sederhana  makan 35-45 orang)
  3. 2kg/RM25(hidangan sederhana makan 50-70 orang)
Cadangan hidangan buah:
>>>Sesuai untuk majlis open house,menu raya atau jamuan makan ramai2 bila gathering famili...senang just order,make sure sentiasa ada stok kuah rojak di dalam peti ais anda dan bila ada tetamu berkunjung & hidangkan dengan buah2ah pilihan anda...kan...kan.

>>>Contoh hidangan ialah timun,sengkuang,betik muda,jambu batu,nenas,kedondong,mangga muda,belimbing,epal hijau,limau barli,cermai mengikut kesukaan anda,contoh foto seperti berikut atau gunakan kreativiti menyusun atur buah2an pilihan anda dengan kombinasi warna menarik:


 




 


 
 
Sekian,menu lain menanti untuk diupload pula...semestinya masih lagi berkisar menu raya.
 
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR & BATIN buat semua pengunjung blog ini jika ada kekhilafan diri dari pihak tuan rumah...0-0 ok!!!
 
 

1 comment:

  1. Assalamualaikum...kalu sesiapa nak try kuah rojak buah mak bee yg famous di UTARA bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com nie TQ

    ReplyDelete